Wednesday, August 5, 2020

Modal Umno Parti Rasuah Sudah Basi dan Tidak Laku Lagi

Pasca pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal tahun lalu menampakkan para penyokong Pakatan Harapan (PH) sudah tidak keruan lagi kerana mereka sudah lagi kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan. Mungkin mereka perlu menunggu 60 tahun lagi untuk menguasai kerajaan persekutuan semula.

Namun daripada satu sudut, para blogger pembangkang (PH) kini mula memainkan lagu-lagu, syair-syair, dan bait-bait lama iaitu Umno merupakan parti rasuah. Seolah-olah Umno itu rasuah dan rasuah itu Umno. Umno sekarang merupakan big brother dalam kerajaan PN sekarang. Para pemimpin mereka sekarang sudah membahagi-bahagikan harta-harta rampasan mereka setelah membentuk kerajaan. Beberapa pemimpin politik sekarang sudah memegang jawatan-jawatan penting dalam syarikat-syarikat strategik negera seperti PUNB, Guthrie, dan sebagainya.

Para pemimpin Umno sudah menunjukkan sikap lamanya semula setelah berjaya mengambil kuasa melainkan Tok Mat Hassan yang menolak jawatan penting yang ditawarkan kepadanya. Bagi saya inilah sikap pejuang politik yang sejati. Beliau setia bersama dengan Umno ketika dahulu ketika parti dicap rasuah ini berada di ambang kejatuhannya ketika dilanyak sewaktu PH berkuasa dahulu.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah modal Umno sebagai parti rasuah sudah lagi tidak relevan untuk meraih simpati orang ramai. Orang tahu khsususnya orang-orang Melayu berasa tertekan dengan sikap pemimpin-pemimpin Dap apabila mereka berada di puncak kuasa. Apatah lagi agama Islam dimain-mainkan oleh kaum ini. Islam dihina secara terbuka dalam media-media sosial. Pendek kata, sikap bangsa Dap ini sudah melampaui batas.

Sikap orang Malaysia khususnya orang Melayu adalah mereka mudah simpati dengan pemimpin-pemimpin politik yang mereka sendiri jatuhkan. Contohnya ialah dengan fenomena ‘Malu Apa Bossku’. Sewaktu Najib berkuasa, mereka meluat dan menyumpah berbakul-bakul kepada Mohd. Najib. Setelah kerajaan Najib berjaya ditumbangkan dan Najib diturunkan daripada jawatannya menjadi Perdana Menteri, mereka berasa simpati dengan anak Tun Abdul Razak ini dan memberikan sokongan kepadanya dalam media sosial khususnya dalam Facebook.

Begitu juga Tun Dr. Mahathir, ketika beliau berkuasa, semua orang meluat dengan beliau kerana menghumbankan Anwar Ibrahim ke dalam penjara pada tahun 1998. Namun, apabila beliau turun takhta pada tahun 2003, semua orang khususnya umat Melayu berasa simpati dengannya kerana teruk dihentam oleh Abdullah Ahmad Badawi sehingga beliau berjaya menaiki semula takhta kerajaan pada tahun 2018 di atas tiket pembangkang. 

Sehingga artikel ini ditulis, Datuk Seri Mohd. Najib telah dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. (SRC). Tiada apa lagi yang boleh dikatakan dengan persabitan pertuduhan Mohd. Najib ini. 

Seseorang itu tidak boleh dijatuhkan hukuman bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah. Walaupun Mohd. Najib sering memainkan bait-bait ayat Tun Dr. Mahathir ini, kini kata-katanya terkena pada dirinya sendiri. Sekarang adalah masa untuk Mohd. Najib untuk membuat rayuan sekarang bagi membebaskan dirinya daripada semua pertuduhan ini.

Modal Umno sebagai sudah parti rasuah sudah tidak laku lagi. Orang Melayu khususnya lebih sensitif dengan kedudukan agama Islam di negara ini sebagai agama rasmi dan hak keistimewaan mereka yang termaktub dalam perlembagaan negara. Mengusik kedua-dua perkara ini oleh mana-mana pihak adalah umpama menjolok sarang tebuan.

Wallahua’lam. 

No comments: