Saturday, August 22, 2020

Menggemparkan! Sultan al-Fateh Membeli Hagia Sophia dahulu Sebelum Menukarkannya kepada Masjid!

Surat belian Hagia Sophia oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Surat ini masih sah untuk diperakukan sehingga kini.

Menggemparkan! Sultan Muhammad al-Fateh sebenarnya telah membeli dahulu gereja Hagia Sophia sebelum menukarkannya kepada masjid! Gereja yang dibeli oleh beliau ini kemudian ditukarkan kepada masjid dan diwakafkan. Surat pembelian oleh sultan masih tersimpan sehingga hari ini dan ianya masih sah untuk digunakan. Akan tetapi, nilai belian gereja ini tidak dinyatakan dalam surat ini.

Perkara ini telah didedahkan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa dalam siri video ceramahnya.

Khutbah al-Fateh - Laknat Allah s.w.t. kepada sesiapa yang menukarkan status Hagia Sophia sebagai masjid.

Konstantinople telah dibuka pada 29 Mei 1453 dan pada 1 Jun 1453 yang merupakan hari Jumaat pertama setelah pembukaan kota Konstantinople, Sultan Muhammad al-Fateh telah menyampaikan khutbah pertamanya. Dalam khutbah ini beliau menyatakan bahawa laknat Allah s.w.t. akan menimpa kepada sesiapa yang menukar status masjid ini. Seolah-olah beliau tahu perkara yang tidak diingini akan berlaku pada masa akan datang.

Hal ini terbukti apabila Mustafa Kemal Ataturk telah menukarkan status masjid ini menjadi muzium pada tahun 1935 dan status ini kemudian Berjaya ditukar menjadi masjid oleh Erdorgan baru-baru ini. Laknat Allah s.w.t. menimpa Mustafa Kemal azab menimpanya sebelum dia meninggal dunia.

Wallhua'lam.

No comments: