Sunday, February 28, 2016

Sultan Johor Menghukum Pengundi Cina?

Sultan Johor menghukum pengundi cina kerana tidak memberi sokongan kepada BN dalam PRU-13 dengan menukarkan cuti umum hari Ahad kepada hari Jumaat? Perkara saya temui dalam blog Tan Sri Zainuddin Maidin iaitu Zamkata. Tan Sri Zainuddin Maidin menulis perkara berikut :

"Pendirian  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menguatkuasakan pelarasan  cukai pintu mengikut nilai hartanah semasa pada 1 Januari depan dan ketegasan Kerajaan Johor untuk menukarkan cuti umum negeri itu dari Ahad kepada Jumaat telah dianggap oleh kebanyakan orang Cina sebagai bermotif politik , hendak  balas dendam kerana tidak memberikan undi kepada BN."

Seterusnya, beliau menulis :

"Saya mendapat kabar dari luar negara ,ada Cina Malaysia yang menyebarkan cerita langkah kerajaan Johor itu hendak menunjukan kuasa Raja, kuasa Melayu dan martabat Islam."

Nampaknya, orang cina perlu memberi sokongan kepada BN dalam PRU akan datang jika tidak mahu dihukum lebih teruk lagi oleh Sultan-sultan di Tanah Melayu. Mereka jangan cuba untuk mendominasi politik Malaysia ini.

Wallhua'lam.

http://wankamarul701.blogspot.my

No comments: