Friday, June 12, 2015

Buku Evergreen : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

 
 
Sebagai penulis buku, sudah tentu kita inginkan buku kita terus menjadi bacaan dan santapan minda kepada masyarakat walaupun kita telah meninggal dunia.
 
Saya tertarik dengan karya Prof Hamka dengan novelnya yang bertajuk 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' yang sehingga hari ini masih menjadi bacaan orang ramai. Novel ini mengisahkan Zainuddin yang mencintakan Hayati tetapi disebabkan Zainuddin bukan orang Minangkabau cintanya ditolak dan Hayati berkahwin dengan orang lain.
 
Nama 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' bukanlah berkisar mengenai kapal sebenarnya. Tetapi, disebabkan kapal yang membawa Hayati yang bernama Van Der Wijck telah karam dan menjadi penyebab Hayati meninggal dunia selepas itu.
 
Apa yang lebih menarik ialah novel ini telah diterbitkan pada tahun 1938 tetapi masih diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan sehingga hari ini. Ini bermakna novel ini telah berada di pasaran selama 77 tahun!
 
Daripada analisa saya, teknologi semasa bukanlah menjadi penyebab sesuatu novel itu menjadi evergreen atau kekal selama-lamanya. Contohnya, dalam novel ini banyak menceritakan penggunaan surat ketika itu khususnya Zainuddin dan Hayati sering berbalas surat-surat cinta. Waktu 1930-an ketika itu mana ada lagi Facebook, blog, SMS, telefon bimbit, dan sebagainya. Pendek kata, gaya bahasa Prof Hamka serta jalan cerita novel ini menjadikannya evergreen.
 
Mampukah kita menghasilkan sebuah buku yang masih bertahan selama 77 tahun???
 
 
http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: