Sunday, July 29, 2012

Mengapa Kereta Toyota Camry Boleh Terbakar?

Gambar Menunjukkan Kereta Toyota Camry Terbakar

Gambar di atas menunjukkan sebuah kereta Toyota Camry terbakar yang saya petik dari sebuah blog iaitu www.penembak-tepat.com tetapi ia tidak menyatakan sebab kereta ini terbakar. Secara logiknya, kereta Camry merupakan kereta produk keluaran Toyota di mana Toyota merupakan pengeluar kereta paling berkualiti di dunia. Tetapi mengapa produk kereta sebuah pengeluar yang tersohor di persada antabangsa boleh terbakar?

Secara mudahnya, apabila sesebuah kereta terbakar ini adalah disebabkan oleh bahagian minyak yang terbakar di mana minyak kereta ini terletak di bahagian belakang kereta. Cuba anda perhatikan gambar di atas, bahagian kereta yang terbakar adalah bahagian hadapan tetapi bukan bahagian belakang. Mengapa?

Sebenarnya, ini adalah disebabkan oleh lambakan bateri kereta tiruan yang banyak di pasaran. Bateri tiruan ini hanya mengandungi separuh daripada plak timah daripada isi kandungan yang sepatutnya. Akibatnya, bateri tiruan ini tidak tahan panas sehingga sampai suatu tempoh ia boleh meletup dan terbakar. Ini banyak berlaku kepada pemandu yang selalu outstation di merata-rata tempat dalam tempoh masa yang singkat. Akibatnya, bateri tiruan ini tidak tahan panas untuk perjalanan yang jauh. Banyak kemalangan kereta di jalan raya akibat terbabas adalah disebabkan oleh bateri kereta tiruan ini yang meletup dan mengakibatkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas. Malangnya, akhbar-akhbar biasanya melaporkan pemandu kereta tersebut mengantuk lalu terbabas. Ada juga mengatakan kes-kes kereta terbakar disebabkan oleh minyak kereta itu sendiri (Klik di Sini).

Apa yang lebih buruk lagi bateri kereta tiruan yang tidak memerlukan air bateri  atau free maintenance juga turut dijual. Sebenarnya, bateri kereta tiruan free-maintenance ini memerlukan air dan terdapat sticker di atas bateri ini yang tertulis 'Don't Remove This Sticker'. Sekiranya, anda menanggalkan sticker tersebut, terdapat lubang untuk mengisi air bateri. Sekarang ini, bateri kereta tiruan ini sudah menggunakan penutup slot kerana taktik kotor sudah diketahui oleh orang ramai. Anda boleh menarik slot bateri tersebut untuk menguji sama ada ia bateri original atau tiruan.

Sekiranya, anda ingin mengetahui cara-cara mengenal pasti bateri kereta original, anda boleh mengujinya melalui beratnya. Apabila anda cuba mengangkat bateri yang sama jenis, bateri original biasanya akan lebih berat daripada bateri tiruan. Untuk lebih mudah, anda boleh mengenalpasti jenis bateri ini melalui harganya sahaja. (Klik di Sini)

Semoga info ini dapat menambah pengetahuan kepada Tuan dan Selamat. Pastikan bateri kereta tuan puan merupakan bateri kereta original. Pandu cermat, jiwa selamat.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Awak ni mmg lelaki sejati la..

Unknown said...

Tangkap babi mana yg jual bateri tiruab