Wednesday, May 4, 2011

Bateri Kereta Tiruan

Adakah bateri kereta anda adalah original atau tiruan?

Suatu ketika dahulu akhbar tabloid Kosmo melaporkan bahawa terdapat alat ganti tiruan yang bernilai RM3 billion yang berada di pasaran sekarang. Alat-alat ganti tiruan ini yang menyebabkan nahas jalan raya. Baru-baru ini saya ingin menukarkan bateri kereta saya di sebuah kedai cina berhampiran rumah saya. Secara ringkasnya, beliau menceritakan terdapat 3 alat ganti kereta yang perlu digunakan original punya iaitu:

i. Bateri Kereta


Bateri kereta adalah komponen yang paling penting dalam bahagian kereta. Akhbar-akhbar sering menceritakan bahawa banyak kereta yang mengalami kemalangan akibat terbabas adalah disebabkan oleh pemandu mengantuk. Sebenarnya, kenderaan yang terbabas di jalan raya adalah disebabkan oleh bateri yang meletup. Natijahnya, pemandu hilang kawalan dan akhirnya terbabas di jalan raya.

Sebenarnya, lambakan bateri yang berada di pasaran adalah bateri tiruan ataupun bateri 'cap ayam'. Bateri-bateri tiruan ini sebenarnya adalah mengandungi separuh blok timah sahaja berbanding dengan sukatan sebenar. Ini adalah kerana harga bijih timah sekarang adalah semakin tinggi. Oleh itu, syarikat-syarikat pembuat pembekal bateri kereta ini mengaut keuntungan dengan menjual bateri dengan harga yang murah.

Adakah anda membeli bateri kereta anda dengan harga RM200 lebih? Sekiranya harga bateri anda sekitar RM200 lebih anda perlu berjaga-jaga kerana anda sebenarnya memakai bateri tiruan. Sebenarnya, bateri original terdapat 3 jenis bateri iaitu black dynamic (RM4xx), blue dynamic (RM8xx) dan silver dynamic (RM1,xxx). Oleh itu, anda boleh menilai sesuatu bateri dari sudut harganya.

Adakah bateri anda tidak menggunakan air (free-maintenance) dan ia berharga sekitar RM200 lebih? Sekiranya demikian, anda perlu beringat juga. Cuba perhatikan bateri anda (free maintenance), adakah terdapat stikcer tertulis 'Do Not Remove This Sticker'? Sekiranya ada, cuba anda tanggalkan sticker tersebut, pasti terdapat penutup untuk meletakkan air bateri. Sekarang ini, bateri tipu (free maintenance) memakai slot pada bahagian atas bateri bagi mengelak ianya dapat dikesan kerana menggunakan air. Itulah contoh-contoh penipuan alat ganti kereta yang sebenarnya ramai orang tidak menyedarinya.

ii. Wayar air-cond

Wayar air-cond perlu anda jaga juga kerana ia boleh meletup sampai satu tahap sekiranya ia adalah tiruan. Wayar air-cond original mempunyai jaringan besi di dalamnya dan dapat menahan haba pada bahagian enjin. Anda boleh mengujinya dengan memegang wayar tersebut. Sekiranya anda menggunakan wayar tiruan, ia adalah tidak tahan panas dan boleh meletup jika anda sedang memandu. Oleh itu, anda perlu memeriksa perkara ini.

iii.Tayar

Jangan gunakan tayar recycle. Sekiranya anda menggunakan tayar ini, anda sebenarnya menggali kubur anda sendiri. Sekiranya anda ingin membeli tayar, anda boleh melihat tahun ia dibuat pada tayar tersebut. Tayar yang baik adalah tayar yang digunakan kurang 5 tahun selepas dikeluarkan. Anda boleh melihat tahun tayar tersebut dibuat pada bahagian tepi tayar.

Setakat ini sahaja dahulu kita boleh berkongsi bersama tentang cara-cara penjagaan dan penggunaan kereta dengan betul. Semoga ia dapat memberi peringatan kepada kita semua mengenai alat ganti kereta tiruan yang berlambak di pasaran.

Sekian,terima kasih.

5 comments:

Anonymous said...

Info yang berguna.. Terima kasih.

Anonymous said...

Bagus la awak ni..

Anonymous said...

Murah rezeki awak

Anonymous said...

ni komen sendiri ke ape? hehehe

Anonymous said...

Musuh pertama tayar kereta ialah cahaya matahari yang panas.