Perancangan untuk menjana pendapatan adalah penting kepada kita...
Pernah satu ketika rakan saya menegur saya sewaktu melihat ada 3 orang cina tua yang sering minum pagi di kedai makan berdekatan dengan pejabat. "Dia tu nampak relaks sahaja setiap pagi minum di sini, tak ada kerja ke?" Saya menjawab itu tandanya dia sudah mempunyai pendapatan pasif yang sudah banyak. Kita sudah tentu pernah melihat kedai-kedai cina yang hidup segan segan mati tak mahu iaitu kedai yang pelanggannya ala-ala kadar sahaja tetapi mereka masih boleh hidup macam biasa. Ini menandakan mereka sudah berjaya menjana pendapatan pasif.
Apakah itu pendapatan pasif dan pendapatan aktif? Baiklah saya akan terangkan.
a. Pendapatan Aktif
Pendapatan aktif ialah pendapatan yang kita perlu bekerja untuk mendapatkannya. Contohnya ialah kita bekerja sekarang dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Kita akan menerima pendapatan kita pada setiap bulan. Ini yang dinamakan sebagai pendapatan aktif iaitu kita perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Sekiranya kita tidak bekerja sudah tentu kita tidak memperolehi pendapatan. Bekerja secara part-time selepas waktu pejabat juga merupakan pendapatan aktif kerana kita perlu bekerja untuk mendapatkan wang.
b. Pendapatan Pasif
Pendapatan pasif pula pendapatan yang kita perolehi tanpa perlu kita bekerja. Antara contoh pendapatan pasif ialah pelaburan bidang hartanah, menulis buku, MLM, menjadi agen takaful dan sebagainya. Pendapatan pasif ini boleh dijadikan sebagai back-up sewaktu kita berada dalam kecemasan atau sebagai pendapatan kita di hari tua nanti. Buat masa sekarang kita hanya perlu mengumpul wang terlebih dahulu supaya wang yang digunakan ini dapat digunakan untuk menjana pendapatan pasif kita pada masa hadapan. Ini terpulang kepada kita bagaimana kita ingin menjana pendapatan pasif kita sama ada melalui pelaburan hartanah dan sebagainya.
Daripada maklumat di atas dapat kita fahami mengenai pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Semoga info ini dapat menambah pengetahuan kita mengenai jenis-jenis pendapatan. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment