Saturday, April 2, 2011

0% Pembaziran

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.


Hapuskan pembaziran bermula hari ini...


Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat organisasi saya bagi mencapai '0% Pembaziran' dalam organisasi. Tujuannya adalah untuk mengelak pembaziran dalam belanja organisasi dan sekali gus untuk menjimatkan kos operasi. Mesyuarat pada kali ini menjemput konsultan luar bagi memberi penerangan untuk menghapuskan pembaziran dalam sesebuah organisasi. Beliau menerangkan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam mencegah pembaziran ialah :

i. Ability to identify the waste
ii. Ability to recognize the waste
iii. Eliminate waste

i. Ability to identify the waste

Pada peringkat ini, kita perlu mengenal pasti pembaziran yang berlaku di sekeliling kita. Semasa mesyuarat tersebut, konsultan tersebut memberi contoh iaitu kereta Proton iaitu Proton Wira yang sentiasa mengalami masalah pintu cermin atau screen untuk dibuka. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakan pemandu kereta Proton perlu membuka pintu untuk membayar tol di lebuh raya. Oleh itu, dapat kita fahami di sini punca pembaziran Proton di sini ialah screennya adalah kurang berkualiti kerana syarikat tersebut perlu menggantikan atau membaiki bahagian kereta yang rosak ini apabila pelanggannya membuat aduan.

ii. Ability to recognize waste

Seterusnya, kita perlu menerima bahawa sebab atau punca yang menyebabkan punca pembaziran tersebut berlaku. Contohnya, semua orang tahu bahawa Proton mengalami masalah screen dan apabila orang tengok di tol apabila pemandunya perlu membuka pintu untuk membayar tol, orang sudah tentu mengatakan "Biasalah kereta Proton memang macam tu...". Sekiranya sebab atau punca pembaziran tidak diterima, maka masalah pembaziran akan terus berlaku. Begitulah dengan Proton, masalah screen yang berlaku pada Proton Wira akan 'diturunkan' kepada Proton Waja kerana pembekalnya tidak menerima dan menyelesaikan masalah tersebut.

iii. Eliminate the waste

Pada peringkat ini, masalah pembaziran dihapuskan apabila punca dan sebab pembaziran dapat dikenalpasti dan diselesaikan. Sekiranya Proton dapat mengenalpasti dan menerima masalah keretanya iaitu masalah screen, maka masalah tersebut sudah lama selesai. Pembaziran juga dapat dihapuskan untuk menyelesaikan masalah pelanggannya.


Proton

Masalah pembaziran ada kalanya memang wujud dalam organisasi atau dalam diri kita sendiri. Langkah-langkah di atas boleh digunakan untuk memperbaiki diri kita dalam pengurusan belanjawan kita setiap waktu. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan kita boros dalam berbelanja sehinggakan mabuk berbelanja membeli barangan tidak perlu. InsyaAllah, kehidupan kita akan selamat dan berkat.

Sekian, terima kasih.

No comments: