Saturday, March 26, 2011

Pertanyaan ASN 2



Assalamualaikum w.b.t.,
.
Saya ingin bertanyakan mengenai Amanah Saham Nasional (ASN) . Bolehkah Tuan menerangkan pengiraan ASN dengan lebih lanjut?
.

Sulaiman (bukan nama sebenar).


Wsalam w.b.t.

Terima kasih di atas pertanyaan Tuan. Saya akan menjawab secara ringkas untuk memudahkan pemahaman Saudara. Keuntungan ASN adalah terbahagi kepada 2 iaitu keuntungan atas harga jualan dan dividen tahunan. Baiklah.

i. Keuntungan atas Jualan.
Contohnya, harga ASN pada hari ini ialah 0.8465 sen. Caj jualan ialah 5 sen, maka harga jualan seunit akan menjadi 0.8965 sen. (0.8465 sen+0.05 sen). Katakan saudara mempunyai RM10,000. Maka dengan RM10,000, saudara boleh membeli 11,154 unit saham (RM10,000 ÷ 0.8965 sen 1 unit). Sekiranya harga saham naik, contohnya dari 0.8465 sen kepada 0.90 sen, maka keuntungan seunit ialah 0.0535 sen (0.90 sen-0.8465 sen). Maka keuntungan yang saudara perolehi ketika menjual saham ketika itu ialah 11,154 unit x 0.0535 sen = RM596.77.

ii. Dividen Tahunan.
Dividen tahunan ialah pembahagian keuntungan saham seunit yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Contohnya, kerajaan menetapkan agihan saham akhir tahun ialah 0.06 ( 6 sen ) seunit. Maka dividen tahunan saudara ialah 11,154 unit x 0.06 sen =RM669.24. Ini dikira berdasarkan jumlah wang simpanan saudara yang masih ada dalam akaun pelaburan saudara.

Daripada informasi di atas, dapat kita fahami bahawa keuntungan dividen ASN adalah terbahagi kepada 2 iaitu keuntungan atas jualan dan dividen tahunan. Semoga informasi di atas dapat menambahkan kefahaman saudara.

Sekian, terima kasih.

"Bersama mengangkat maruah ekonomi bangsa melalui ASNB"


5 comments:

Unknown said...

asalammualaikum saudara saya nak bertanyakan satu soalan saya ad menyimpan didalam asn saya tiap2 bulan saya masukkan,adakah saya hanya menyimpan saya dapat keuntungan?atau ad urusan jual beli?bukan hanya simpan sahaja?

wankamarul701 said...

Saudara akan mendapat keuntungan selagi mana anda menyimpan atau membeli saham di ASN. Sekiranya anda mengambil atau menjual saham saudara, saudara tidak akan mendapat keuntungan. Ia adalah sama dengan ASB, namun ASN adalah lebih berisiko di mana anda boleh mendapat keuntungan yang lebih besar atau sebaliknya berbanding ASB.

Sekian, terima kasih.

iffah said...

macam mana proses jual beli ASN nie ya?? kena selalu ulang alik ke tempat ejen ke?

wankamarul701 said...

tengok laman web dia www.asnb.gov.my / surat khabar utama Utusan/ bank/ Pejabat Pos.

Hafiz M aka Jebat Jr said...

Dah masuk 2018, semua urusan dihujung jari, asalkan ada internet, duit boleh dipindah ke mana-mana termasuklah jual-beli saham ASN & ASB.