Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Saya masih teringat semasa menghadiri kursus yang dianjurkan oleh syarikat MLM yang diterajui oleh bumiputera iaitu Sure Return Corporation (SURECO) yang kini saya tidak tahu apa nasib syarikat bumiputera itu sekarang. Saya seronok mendengar penceramah memberi penerangan produk keluaran SURECO ketika itu.
Pelajar yang menjadi harapan bangsa...
Saya tertarik apabila penceramah memberi penerangan mengenai Spirulina. Khasiat Spirulina ini bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tetapi juga adalah untuk memberi makanan kepada minda. Di sini, saya bukan ingin mempromosikan Spirulina Sureco. Akan tetapi, beliau menyatakan bahawa pelajar cina kebiasaannya memberi makanan untuk minda mereka apabila ke sekolah contohnya ginseng. Berbanding pelajar melayu yang hanya makan roti dan minum Milo atau sebagainya untuk ke sekolah. Sebenarnya, makanan ini hanya memberi tenaga untuk badan dan tetapi tidak memberi makanan untuk minda. Tenaga minda ini penting kepada pelajar untuk menerima pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kita perlu mengetahui kepentingan makanan kepada tenaga minda ini.
Iklan-iklan di televisyen kebiasaannya mempromosikan mengenai kopi-kopi yang menguatkan tenaga batin. Inilah kelemahan kita sebagai orang melayu. Bahkan saya pernah membaca komentar pembaca di dalam suratkhabar Utusan Malaysia yang mengtengahkan sikap orang melayu ini suka kepada kopi-kopi yang menguatkan tenaga batin. Kita jarang mendengar atau melihat iklan-iklan yang memberi tenaga minda kepada kita. Begitulah sikap kita sebagai bangsa melayu.
Examo Penguat Minda
Saya sejak dahulu lagi ketika di bangku sekolah mengambil Examo sebagai makanan tambahan untuk minda saya. Examo ialah sejenis makanan yang memberikan nutrien yang untuk saraf bagi memulihkan saraf otak. Sehingga sekarang, saya masih mengambil Examo ini. Ia amat baik untuk diri kita sendiri sama ada kita ini pekerja ataupun pelajar. Anda boleh mencuba untuk diri anda ataupun anak anda. Semoga kita sentiasa beringat untuk menjaga tenaga minda kita.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment