Wednesday, June 29, 2011

Cut Cost atau Bekerja Lebih Masa?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Semoga Tuan dan Puan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan sebaik-baik hari adalah hari kematian yang merupakan hari terakhir kita berada di dunia ini. Bak kata Saidina Ali, " Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya, hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakalah orang itu. Moga-moga kita sentiasa terdiri daripada golongan pertama.

Dalam merancang untuk menambah pendapatan kita, perlukah kita bekerja lebih masa untuk melmbuat simpanan atau melabur? Perlukah kita bekerja lebih masa setelah berpenat lelah bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang selama 5 hari seminggu? Mungkin ia ada baik dan buruknya. Baiklah cuba kita situasi berikut:

Pendapatan bulanan: RM3,000.00
Perbelanjaan bulanan: RM2,200.00
Simpanan: RM800.00

Adalah tidak begitu sukar sekiranya kita ingin menambah simpanan kita sebanyak 10% atau RM300.00 dengan memotong (cut cost) perbelanjaan tidak perlu dan simpanan kita akan menjadi RM1,100.00 seperti berikut:

Pendapatan bulanan: RM3,000.00
Perbelanjaan bulanan: RM1,900.00
Simpanan: RM1,100.00

Bagaimana sekiranya kita bekerja lebih masa untuk semata-mata untuk mencari duit tambahan RM300.00?Anda mungkin menghadapi risiko seperti kehilangan lebih banyak wang apabila perniagaan gagal atau lebih teruk lagi akan menghadapi masalah kesihatan dan menerima tekanan apabila bekerja lebih masa.

Duit lebihan ini boleh digunakan untuk membayar hutang-hutang dengan lebih cepat atau digunakan untuk menjana pendapatan pasif. Kebiasaannya, orang yang berkerja lebih masa, pendapatannya digunakan untuk membayar gaya kehidupan mereka apabila bertambah seperti membeli membeli kereta mewah yang semakin susut nilainya dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda semua perlu mempunyai kewangan IQ Kewangan yang tinggi supaya tidak terjebak dalam mengejar dalam gaya hidup mewah. Bak kata Saidina Ali," Ilmu menjaga engkau dan wngkau pula menjaga harta..." Wallhua'lam.

Sekian, terima kasih.

No comments: