Friday, November 15, 2024
Al-Fatihah: Seluruh Negara Berduka dengan Pemergian Tun Daim Zainuddin.
Monday, November 4, 2024
Bagaimana Bank Mengira Pendapatan daripada Bank Akaun Semasa?
Adakah anda mempunyai akaun semasa?
Jika anda mempunyai SSM ataupun perniagaan, sudah tentu anda memerlukan akaun semasa anda sebagai penyata akaun untuk mendapatkan pinjaman bank. Akan tetapi, bagaimana anda boleh mendapatkan rekod pendapatan tambahan anda sekiranya anda bekerja makan gaji?
Caranya mudah sahaja. Setiap kali anda mendapat gaji bulanan setiap bulan, anda keluarkan wang gaji anda dan masukkan sahaja ke dalam akaun semasa anda melalui CDM. Jangan menggunakan akaun peribadi anda untuk memindahkan wang ke akaun semasa anda. Jika anda memasukkan duit sebanyak RM10,000 selama 6 bulan berturut-turut melalui CDM, pihak bank akan mengira sebanyak 10% daripada jumlah masuk ke akaun semasa anda sebagai pendapatan anda. Ini bermakna anda mempunyai pendapatan lebihan sebanyak RM1,000 dan anda layak mendapat pinjaman dengan ansuran bulanan sehingga RM1,000.
Persoalannya, bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan RM10,000 melalui CDM?
Caranya mudah sahaja. Jika pendapatan bersih anda RM2,000. Anda keluarkan duit gaji anda dan masukkan ke dalam akaun semasa anda melalui CDM. Kemudian, keluarkan duit anda dari akaun semasa ini sebanyak RM2,000 dan masukkan semula ke akaun semasa anda melalui CDM. Ulangi langkah ini sebanyak 5 kali dan ini bermakna jumlah duit masuk ke akaun semasa anda sebanyak RM10,000. Mungkin anda beranggapan cara ini cerewet tetapi cara ini paling berkesan untuk anda bagi mendapatkan pinjaman bank untuk jangka masa panjang anda.
Pihak bank tetap mengira pendapatan dari wang masuk melalui CDM ini sebagai pendapatan anda. Menarik bukan?
Wednesday, October 2, 2024
Friday, September 20, 2024
Serangan ke atas Lubnan melalui Pagers, Merupakan Tindakan Licik Agensi Mossad
Pagers AR-924 |
Serangan ke atas Lubnan melalui Pagers merupakan satu
tindakan yang amat licik oleh agensi perisikan Israel, Mossad. Oleh itu, tidak
hairanlah agensi perisikan ini merupakan agensi perisikan yang paling ditakuti
dan digeruni di seluruh dunia. Serangan ini mengakibatkan 9 orang maut,
mencederakan 2,800 orang awam yang lain dan 170 orang berada dalam keadaan kritikal
menurut berita atas talian pada 18 September 2024.
Pagers ataupun ‘alat kelui’ mengikut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka merupakan alat komunikasi era 1990-an yang masih digunakan oleh pejuang-pejuang
Hizbullah sehingga pada hari ini. Salah satu kelebihan menggunakan alat
komunikasi Pager ini ialah ianya tidak dapat dipintas oleh mana-mana pihak
apabila terdapat 2 orang yang berhubung antara satu sama lain. Oleh itu, ianya
amat penting bagi pejuang Hizbullah untuk memastikan hubungan komunikasi mereka
tidak dapat dipintas oleh Israel.
Selain itu, Pagers ini hanya menggunakan isyarat radio
dan bukannya isyarat telefon yang sukar untuk didapati apabila berada di
kawasan pedalaman ataupun pergunungan. Kelebihan ini digunakan oleh pejuang
Hizbullah untuk membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain apabila mereka
berada di kawasan pedalaman. Pagers juga tidak memerlukan kuasa elektrik untuk
dicaj dan ianya hanya boleh menggunakan tenaga suria ataupun matahari untuk
dicaj. Isyarat mesej yang boleh dihantar melalui Pagers adalah sehingga 60
patah perkataan sahaja.
Pagers model AR-924 yang merupakan tempahan kerajaan
Lubnan ini merupakan buatan Taiwan dan dipercayai dihantar melalui kapal laut
ke Pelabuhan Amman, Jordan yang memakan masa selama 3 bulan. Tempahan Pagers
ini adalah antara 4,000 – 6,000 unit. Ketika dalam perjalanan laut inilah
agen-agen Mossad yang menyelinap masuk menjadi pekerja-pekerja kapal ini telah
memasang bom pada peranti Pager ini. Dipercayai agen-agen Mossad ini telah
melakukan kerja-kerja ini sejak 4 bulan yang lepas.
Ianya memberi risiko yang besar kepada pengguna-pengguna
Pagers ini iaitu menyebabkan salah satu atau kedua-dua belah tangan pengguna
peranti ini musnah apabila berada di tangan atau menyebabkan kecederaan di
bahagian perut apabila peranti ini dipakaikan di bahagian perut apabila ianya
meletup. Sehingga kini tidak dapat dipastikan berapakah jumlah pejuang Hizbullah
yang benar-benar terbunuh ataupun cedera akibat letupan alat peranti ini akibat
kerja-kerja terkutuk agen-agen Mossad ini.
Serangan licik pada kali ini menjadi peringatan kepada
Lubnan dan pihak-pihak lain khususnya negara-negara Arab bahawa Israel tidak
akan berdiam diri sekiranya negara haramnya diserang. Ini merupakan tindak
balas Israel setelah Lubnan menyerang utara Israel dan menyebabkan 80,000 orang
petani terpaksa berpindah ke tempat lain. Serangan menggunakan Pagers pada kali
ini merupakan serangan yang menggemparkan di seluruh dunia.
Kemungkinan besar pihak Hizbullah tidak akan membiarkan
Israel membunuh orang awam Lubnan begitu sahaja dan serangan lebih besar akan
dilancarkan oleh pejuang Hizbullah ke atas negara haram Israel ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Thursday, September 12, 2024
Ucapan ke atas Pengantin Baru
Sebenarnya kita dilarang untuk mengucap ucapan-ucapan berikut kepada pengantin baru;
"Semoga kekal ke anak cucu..."
"Semoga kekal ke syurga..."
"Semoga kekal ke jannah..."
Yang sebenarnya kita dianjurkan oleh Nabi Muhammmad untuk mengucapkan kepada pengantin baru ialah;
"Semoga Allah s.w.t. memberkati perkahwinan kamu berdua..."
Ini adalah kerana jodoh seseorang dengan pasangan mereka ialah ditentukan oleh Allah s.w.t. Mungkin satu-satu pasangan itu boleh bertahan sehingga 3 tahun jodohnya, mungkin 3 hari sahaja, dan sebagainya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu berapa lama jodoh bagi satu-satu pasangan.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus.
Wallhua'alam.
Thursday, September 5, 2024
Kad Kredit Terbaik di Malaysia yang Saya Guna Sekarang
Zaman sekarang sudah berubah. Jika dahulu, orang mengatakan bahawa orang yang menggunakan kad kredit adalah orang yang tidak pandai merancang atau mengawal kewangan, boros, kaki hutang, dan sebagainya. Akan tetapi, pada hari ini orang yang menggunakan kad kredit ialah orang yang mempunyai literasi kewangan. Mereka tahu bahawa kad kredit dijadikan sebagai alat untuk mencapai matlamat kewangan dan bukannya alat untuk menimbunkan hutang secara banyak tanpa had.
Baiklah, pada kali ini saya berhasrat untuk berkongsi kad kredit yang saya gunakan sekarang. Ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 2 jenis rewards yang anda dapat jika kita menggunakan kad kredit.
Pertamanya ialah rewards secara cashback atau secara pulangan tunai contohnya anda mengisi minyak sebanyak RM100 dan pengeluar kad kredit menawarkan cashback sebanyak 5% untuk setiap pengisian minyak petrol, jadi anda mendapat RM5 bagi setiap pengisian RM100 ini. Akan tetapi, ianya mempunyai had tertentu contohnya sehingga RM50 sebulan untuk mendapatkan caschback ini. RM50 sebulan ini dikenali sebagai capped. Pendek kata, jika setahun anda memanfaatkan kad kredit ini, anda telah mendapat tunai secara percuma sebanyak RM600 bagi setiap pembelian anda dalam tempoh setahun. Hebat bukan?
Keduanya ialah faedah mendapat pulangan melalui penggunaan kad kredit ialah secara poin di mana anda boleh tebus poin ini apabila mencapai sejumlah poin tertentu untuk menebus barangan lain. Jadi, anda perlu melihat dahulu setiap manfaat jika anda memohon mana-mana kad kredit. Setiap kad kredit adalah kelebihan masing-masing. Oleh sebab itu, tidak hairanlah orang menggunakan banyak kad kredit pada satu-satu masa seperti saya ini. Oleh itu, mari kita lakukan edisi siasat dengan setiap kad kredit yang saya gunakan sekarang;
a. Kad Kredit RHB Shell Visa (Cinta Pandang Pertama)
Kad kredit ini merupakan cinta pertama saya kerana kad
ini merupakan kad kredit pertama yang mula-mula saya gunakan. Ketika ini, saya banyak melihat iklan kad kredit ini di
stesen-stesen minyak Shell dengan pulangan 12%. Apabila saya memohon
secara atas talian, bank RHB meluluskan permohonan saya ini maka bermulalah
kehidupan saya menggunakan kad kredit. Akan tetapi, manfaat menggunakan kad
kredit ini ialah ianya memberi pulangan secara tunai seperti dalam jadual
berikut;
Jadual di atas menunjukkan pulangan cashback bagi setiap
pembelian kad kredit RHB Shell Visa. Boleh diperhatikan bahawa untuk mendapat
pulangan cashback secara maksimum berjumlah RM100 (RM50 untuk petrol Shell dan
RM50 untuk 4 item barang dinyatakan) sebulan atau RM1,200 setahun, anda perlu berbelanja RM2,500 dan ke atas sebulan.
Namun, kad kredit ini mempunyai kelemahannya iaitu annual
fees iaitu RM195 tahun. Bagi mengelak dikenakan caj kad kredit ini, anda perlu
swipe kad kredit ini sebanyak sekurang-kurangnya 24 kali setahun. Tetapi tidak
mengapa, anda boleh fokus satu-satu bulan sahaja untuk swipe menggunakan kad
ini sebanyak 24 kali jika anda mempunyai banyak kad kredit jika anda ingin
mengelakkan daripada dikenakan anual fees ini.
Satu lagi kelebihan menggunakan kad kredit ini ialah anda
boleh mendapat pinjaman tunai atau CashXcess sehingga 36 bulan daripada 70 peratus
had kredit anda. Namun, CashXcess ini mengenakan caj tetap kepada anda.
Contohnya, jika anda ingin melangsaikan hutang baki CashXcess ini, ianya tidak
mempunyai rebat dan caj penuh tetap perlu dibayar walaupun lebih awal daripada
jadual yang sepatutnya.
b. Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold (Cinta Pandang Kedua)
Antara kelebihan kad kredit Maybank Ikhwan Gold ialah
ianya ialah tiada caj tahunan yang dikenakan oleh
bank tetapi hanya caj SST sahaja iaitu RM25 setahun sepertimana kad-kad kredit
yang lain. Sebenarnya, saya mendapat kad kredit ini ketika membuat pinjaman
untuk membeli kereta sewa pertama saya. Pendek kata, ini adalah cinta pandang
kedua saya untuk kad kredit.
Berbanding dengan kad-kad kredit yang lain, kelebihan
utama kad kredit Mybank Ikhwan Gold ini ialah ianya memberi 2 ganjaran iaitu
cashback dan poin sepertimana yang saya sebut di atas. Cashback
diberikan untuk penggunaan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja sebanyak 5 peratus.
Jadi, jika anda ingin betul-betul lenjan cashback ini, anda perlu betul-betul
pastikan tangki minyak kereta anda hampir kosong untuk diisi minyaknya pada
hari Jumaat atau Sabtu. Manakala untuk hari lain pula ialah anda hanya mendapat
bentuk poin.
Kelebihan kad ini ialah ianya memberi ganjaran satu poin untuk setiap RM1 untuk institusi pendidikan. Sudah tentu saya sedang sambung belajar ini akan menggunakan kad kredit Maybank Ikhwan ini untuk membayar yuran setiap semester. Jadi, sebagai imbuhan, saya mendapat poin setiap sekali yuran semester dibayar. Jika 1 semester pun sudah RM3,000 – RM4,000, ha... cuba kira berapa poin kita sudah dapat dengan membayar yuran semester universiti ataupun kolej dengan menggunakan kad kredit ini? Pasti berbaloi-baloi, bukan?
Bukan itu sahaja, bayar bil TNB, Unifi, bil
telefon, boleh mendapat poin! Pemurah betul kad ini, benar bukan?
Secara kasarnya, barang-barang yang boleh ditebus dengan
poin dalam katalog kad kredit Maybank ini adalah barang-barang fizikal dan
poinnya ialah tiada tarikh luput. Kelemahan kad
ini ialah ianya menyediakan 1 poin sahaja bagi setiap
RM1 bagi setiap barangan yang dibenarkan pada hari kerja.
c. Kad Kredit Sutera Platinum (Cinta Pandang Ketiga)
Kad Kredit ketiga iaitu kad kredit Sutera Platinum
merupakan cinta pandang ketiga saya untuk semua kad kredit yang saya gunakan.
Mengapa??? Kerana ianya menawarkan 8 x poin untuk
setiap RM1 pembelian untuk barangan tertentu contohnya Shopee, restoran,
e-wallet dan sebagainya seperti jadual berikut;
Saya tertarik untuk memohon menggunakan kad kredit Sutera
Platinum HLB ini kerana ianya memberi 8x poin untuk setiap pembelian RM1 bagi Shopee dan dining outlets (Restoran). Mengapa? Kerana
pada setiap minggu saya akan membeli mainan kepada anak-anak saya melalui
Shopee. Sudah tentu ianya lebih berbaloi jika saya
menggunakan kad kredit Sutera ini yang memberi 8x point berbanding dengan
menggunakan kad kredit Maybank Ikhwan Gold yang memberikan 1x point sahaja.
Sudah tentu ianya lagi berbaloi bukan?
Saya juga tertarik membeli menggunakan kad kredit Sutera Platinum ini kerana rewardsnya boleh ditebus dalam bentuk baucer-baucer seperti berikut yang disiarkan oleh kad kredit Hong Leong Bank;
Penebusan rewards untuk
mendapatkan baucer melalui kad kredit Sutera Platinum
Walau bagaimanapun, ada lagi barang-barang fizikal yang
boleh ditebus dengan menggunakan kad kredit Sutera Platinum ini. Akan tetapi,
kelemahan kad kredit Sutera Platinum ini ialah poin-poinnya
mempunyai tarikh luput walaupun memberi ganjaran sehingga 8x poin untuk
barang-barang terpilih dan terdapat annual fees yang
tetap sebanyak RM120 setahun.
d. Kad Kredit Simple UOB (Memenuhi hajat promoter bank)
Haaa... Kad kredit ini saya pohon kerana diperkenalkan
oleh seorang promoter kad kredit UOB Bank. Kad kredit Simple Card ini tidak
memberi apa-apa poin ataupun cashback sekiranya anda memiliki kad ini. Ianya akan memberi diskaun sebanyak 10% ke atas baki kini kad
kredit yang masih ada dengan pembayaran minimum pada setiap bulan.
Contohnya, jika anda mempunyai baki bayaran sebanyak RM5,000, dan anda hanya
membuat pembayaran minimum sebanyak 5% iaitu sebanyak RM250, maka caj 1.5%
daripada baki kad kredit anda adalah RM71.25. Maka anda mendapat diskaun 10%
daripada caj RM71.25 iaitu sebanyak RM7.13 dan baki caj anda akan menjadi
RM64.12 sahaja. Dengan kata lain, anda mendapat rebat ke atas caj ke atas kad
kredit anda.
Kelebihan kad kredit UOB Simple ini ialah ianya menawarkan had kredit sehingga 6 bulan gaji! Memang
padanlah dengan tawarannya kerana anda tidak ditawarkan
dengan apa-apa rewards sama ada cashback ataupun poin walaupun membuat bayaran
penuh baki kad kredit pada setiap bulan. Mungkin ini sesuai anda untuk
membeli barang-barang yang sedikit tinggi daripada anda dengan matlamat ingin
membayar baki pembelian dalam tempoh tertentu. Kad kredit ini akan dikenakan
annual fees selepas 3 tahun digunakan.
e. Kad Kredit Public Bank Petron Visa Gold (Saja test market mohon kad kredit)
Kad kredit Public Bank Petron Visa Gold ini saya saja-saja
mohon atas talian dan ditakdirkan kad ini sampai ke alamat pejabat saya tanpa seorang pun kakitangan bank yang menghubungi saya untuk
membuat pengesahan sama ada saya betul-betul membuat permohonan kad kredit ini
ataupun tidak.
Saya saja memohon kad kredit ini kerana ianya memberi
rewards dalam bentuk cashback untuk minyak Petron sahaja. Kad ini tiada annual
fees dan oleh sebab itu saya suka-suka sahaja untuk memohon kad ini. Kelebihan
kad ini ialah ianya memberi cashback sehingga 5% daripada pengisian petrol
Petron tanpa sebarang pembelian minimum dengan had cashback adalah sebanyak
RM50 sebulan. Dengan ini, anda perlu mengisi sekurang-kurangnya
RM1,000 sebulan untuk mendapat cashback maksimum RM50 sebulan (RM1,000 x 5%).
Ini bergantung kepada strategi anda. Sekiranya anda
mengisi minyak dalam RM200 sahaja sebulan dengan menggunakan kad kredit, sudah
tentu kad PBB Petron ini memberi anda hanya cashback sehingga 2% sahaja atau
RM4 sahaja. Berbanding jika anda menggunakan kad kredit Ikhwan Gold, ianya
memberi cashback sebanyak 5% tanpa pengisian minyak minimum untuk pengisian
pada hari Jumaat dan Sabtu. Jika anda mengisi minyak RM200 sekalipun dalam
tempoh satu bulan, anda masih boleh mendapat cashback 5% ataupun RM10
berbanding kad kredit PBB Petron ini. Tambahan pula, kad
kredit Ikhwan Gold ini adalah terpakai kepada semua stesen minyak untuk
mendapat cashback ini sehingga RM50 sebulan.
Alamak, terasa silaplah pula pergi mohon dan menggunakan
kad kredit PBB Petron ini. Hehehe...
Dengan kad kredit Maybank Ikhwan Gold, anda boleh mendapat cashback dengan pengisian minyak mana-mana stesen petrol pada hari Jumaat dan Sabtu sehingga RM50 sebulan.
Apapun pilihan di tangan anda dalam strategi menggunakan
kad kredit. Anda lebih tahu di mana anda di mana anda berbelanja pada setiap
bulan untuk memaksiumkan rewards yang diberikan oleh pengeluar kad-kad kredit kepada
anda. Sambil membeli sambil mendapat rewards – itulah kelebihan menggunakan kad
kredit.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Friday, August 30, 2024
Pengeboman Berani Mati di Tel Aviv: Langkah Terakhir Untuk Menghentikan Perang Gaza
Peperangan antara Hamas dan Israel masih belum
menunjukkan bahawa peperangan ini akan berakhir dalam masa terdekat. Hamas
masih bertenaga dalam melancarkan serangan gerila ke atas tentera Israel yang
memasuki wilayah Gaza walaupun peperangan ini telah berlarutan selama 10 bulan.
Di pihak Israel, mereka telah mengalami kematian anggota tentera antara 16,000
– 17,000 orang.
Walaupun panglima tentera Israel memohon supaya
peperangan ini dihentikan, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
tidak mahu kerana apabila peperangan ini dihentikan maka kerajaannya akan jatuh
apabila beberapa anggota ahli parlimen menarik diri dari kerajaan jika peperangan
ini dihentikan. Keadaan ini boleh menyebabkan dirinya boleh didakwa kerana
isterinya mempunyai kes rasuah sebanyak USD300 juta. Mahu atau tidak mahu
Netanyahu mesti terus berperang sehingga menang ataupun dijatuhkan sendiri oleh
rakyatnya.
Dalam masa yang sama rundingan genjatan antara pihak
Israel dan Hamas sudah masuk pusingan ke-29. Rundingan ini hanyalah semata-mata
kerana pilihanraya persekutuan di Amerika Syarikat akan diadakan pada bulan
November 2024 nanti bagi meraih sokongan pengundi Islam. Amerika Syarikat
sebagai sekutu kuat Israel buat masa sekarang perlu meredakan ketegangan perang
di Gaza bagi meraih undi pengundi Islam khususnya di Illionis yang mempunyai 19
pemilih elektoral. Harus diingat di sini bahawa pilihanraya persekutuan di
Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada pemilih elektoral dan bukannya undi
popular.
Apabila namanya pun adalah Yahudi, maka pihak Israel
mengenakan syarat yang berat sebelah kepada Hamas apabila mereka ingin membuat
genjatan senjata. Antara syarat yang dikenakan ialah askar Israel perlu
mengawal pintu masuk ‘Philadelphi Corridor’ dan ‘The Netzarim Corridor’. Syarat
ini memang berat sebelah bagi Hamas kerana sudah tentu Israel boleh mengawal
berapakah jumlah penduduk Gaza yang boleh pulang ke kediaman mereka di sebelah utara
Gaza dan jumlah trak yang boleh dibenarkan untuk melintasi dari sempadan Mesir.
Oleh kerana keadaan makin tersepit di mana Israel terus
membantai Gaza dan rundingan genjatan senjata tidak menunjukkan ianya boleh
diadakan, maka pengeboman berani mati merupakan cara paling ampuh untuk
menakutkan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Terbaru seorang pengebom
berani telah membuat pengeboman di Tel Aviv pada 19 Ogos 2024 yang lepas.
Walaupun tiada warga Israel yang terkorban, namun ini cukup memberi amaran
kepada Israel bahawa pejuang-pejuang Palestin akan menggunakan kaedah kuno
mereka untuk bertindak-balas ke atas keganasan yang mereka lakukan ke atas
penduduk Palestin.
Sesungguhnya konflik Perang Hamas – Israel masih belum
menunjukkan tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kedua-dua
pihak masing-masing akan membayar harga yang tinggi khususnya Israel yang
menunjukkan ekonomi negara haram ini terus merosot sejak perang ini meletus
sejak 7 Oktober 2023 yang lepas.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Friday, August 23, 2024
Tiada Istilah Serahkan Duit kepada Orang Lain untuk Mendapatkan Keuntungan
SUBANG JAYA – Kira-kira 400 pelabur berputih mata selepas
terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) ditawarkan sebuah
syarikat mencecah kerugian sebanyak RM100 juta.
Sindiket tersebut dikesan menawarkan pulangan 2.5 peratus
setiap bulan kepada mangsa bagi setiap wang pelaburan yang didepositkan
terhadap syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.
Seorang wakil mangsa pelaburan yang ingin dikenali
sebagai Lee, 32, berkata, dia menyertai pelaburan tersebut hasil pujukan
rakannya pada tahun 2016.
“Melihat pulangan yang konsisten, seterusnya saya bawa
keluarga untuk mengikuti melabur di dalam skim pelaburan ini sehingga tahun
2022.
“Awal tahun 2023 mula tak dapat duit, mereka mula beri
pelbagai alasan untuk berikan pulangan pelaburan, kerugian saya alami cecah RM1
juta,” katanya pada sidang akhbar di One City, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Lee memaklumkan pelbagai alasan
diberikan termasuk memerlukan masa memindahkan akaun pelaburan mereka di
Indonesia kepada sebuah ‘broker’ di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sementara itu, Ethan, 32, mangsa pelaburan yang sama juga
berkata, aktiviti penipuan yang dilakukan sindiket tersebut terbongkar selepas
salah seorang dalangnya menghantar satu dokumen penting di kumpulan WhatsApp
yang salah.
“Maklumat ini kami peroleh dari salah seorang pekerja di
syarikat itu. Dokumen itu memaparkan peratusan pembahagian wang antara tiga
dalang utama yang mengoperasi sindiket penipuan ini hasil wang pelaburan yang
kami berikan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan
Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, skim
pelaburan itu tidak sah dari segi undang-undang kerana syarikat tersebut gagal
mematuhi undang-undang di negara ini.
“Syarikat ini terang-terangan tidak berdaftar dengan Bank
Negara Malaysia (BNM) untuk melakukan pelaburan. Pembayaran wang pelaburan juga
melalui dua bank ternama di negara ini sebelum ke syarikat di luar negara itu.
“Justeru itu, saya meminta pihak berkuasa menyiasat
perkara ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sindiket ini didakwa di
mahkamah atas kesalahan mereka,” ujarnya. - KOSMO! ONLINE.
Ulasan:
Banyak skim-skim Pak Man Telo pada masa
sekarang yang berselindung di sebalik nama pelaburan. Semakin canggih kita
sekarang, semakin banyak taktik penipuan sekarang. Kes kerugian sebanyak RM100
juta yang melibatkan 400 orang pelabur baru-baru ini memang menggemparkan
negara. Kononnya, dengan memberi wang dengan sejumlah tertentu daripada berita
ini, maka seorang pelabur itu akan mendapat 2.5 peratus pada setiap bulan.
Maka, jika seseorang pelabur itu melaburkan (atau lebih tepat “Meleburkan”)
duitnya sebanyak RM1,000,000, maka dia akan mendapat pada RM25,000 setiap
bulan, banyak tu!!!
Akan tetapi, biasalah kalau skim pelaburan maka
generasi yang terawal sahaja yang akan mendapat dividen untuk mengaburi mata
orang ramai. Tetapi, mengikut kes ini hasil dividen pelaburan memang lama juga
iaitu dari tahun 2016 – 2022 dan bermula tahun 2023 dividen mula tidak boleh
diberi. Maknanya, ramai yang telah tertipu selama 6 tahun dengan skim pelaburan
ini apatah lagi melabur dengan duit mencecah jutaan ringgit. Bersabar
sahajalah. Menyesal tidak berguna lagi.
Sebenarnya, tiada istilah bagi duit kepada
orang dan terus mendapat keuntungan. Jika kita menjadi ahli tidur sekalipun
dengan memberi modal kepada orang lain, apakah mereka akan membayar hasil
keuntungan kepada kita sekiranya jika berlaku kes luar jangka atau apa-apa
risiko ke atas orang menjalankan modal kita di atas nama untuk menjalankan
perniagaan, pelaburan, dan sebagainya? Jika mereka tidak dapat mahu membayar
balik modal kita, mereka tidak akan membayar juga.
Begitu juga dengan pembunuhan Cikgu Istiqomah
yang dibunuh dipercayai ada kaitan dengan FOREX. Apakah pembunuhan ini disebabkan
suspek tidak mendapat pulangan keuntungan hasil daripada pelaburannya? Sukar
untuk dikatakan kerana kes ini masih dalam siasatan.
Jika kita ingin mendapat keuntungan ataupun
dividen tanpa membuat kerja, ada baiknya kita meletakkan duit kita dalam
skim-skim pelaburan yang dijamin oleh kerajaan seperti ASB dan Tabung Haji.
Jika kita meletakkan modal kita sebanyak RM1,000,000 di dalam Tabung Haji, maka
kita akan mendapat pulangan RM36,000 setahun ataupun RM3,000 sebulan. Untuk
mendapatkan duit RM1,000,000 sudah tentu kita perlu berusaha sendiri.
Ingat, tiada istilah memberi duit kepada orang
lain untuk mendapat keuntungan. Kita perlu berusaha sendiri. Tiada orang boleh
menjaga duit kita melainkan diri kita sendiri.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Wednesday, August 21, 2024
Usah Dikritik Usaha Membantu dan Merawat Rakyat Palestin ke Malaysia
Ketibaan rakyat Palestin di Malaysia pada 16 Ogos 2024 di
Lapangan Terbang Subang dengan 2 buah pesawat Airbus A-400 milik TUDM membawa
127 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada 41 orang rakyat Palestin yang
tercedera yang diiringi 86 orang waris bagi mendapat rawatan di Malaysia harus
dipuji sebagai usaha kerajaan bagi membantu rakyat Palestin yang menderita
akibat daripada peperangan yang masih belum reda.
Namun begitu, masih terdapat suara-suara sumbang yang
mempertikaikan usaha kerajaan ini yang ingin membantu orang-orang Islam yang
berada di sana kononnya atas alasan duit bagi membantu rakyat Palestin ini
merupakan duit pembayar cukai dan tidak patut dibayar kepada mereka. Beginikah
sifat yang perlu ada pada orang yang bergelar Melayu Islam? Ini kerana
orang-orang yang mempertikaikan usaha ini adalah datang daripada orang-orang
Melayu Islam sendiri dan bukannya orang bukan Islam di Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada mereka yang melemparkan
suara-suara sumbang ini, jika sehingga saat sekarang lebih 40,000 rakyat Gaza
telah terkorban akibat daripada pengeboman berterusan oleh pihak Israel dan
sekutunya Amerika Syarikat, berapa sen sangatkah wang yang diperlukan bagi
merawat pesakit-pesakit dari Palestin ini yang hanya seramai 41 orang? Ini pun
hanya rawatan sahaja dan mereka ini tidak diberi suaka politik untuk terus
tinggal di Malaysia dan hanya dengan kata lain mereka akan dihantar pulang ke
negara mereka apabila mereka sembuh nanti.
Kita sudah tentu tidak mampu untuk mengangkat senjata
untuk berperang bagi membantu saudara seagama kita di Gaza bagi menentang
Israel. Jika usaha murni bagi merawat rakyat dikritik oleh sesetengah pihak,
apakah sumbangan yang boleh kita berikan lagi kepada mereka atas dasar
kemanusiaan?
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Friday, August 2, 2024
Membeli XP Pen 15.6
Untuk anda yang masih belum mengetahui fungsi XP Pen, ianya merupakan sebuah gajet untuk anda melukis untuk disambungkan terus ke desktop ataupun laptop anda. Tetapi saya gunakannya untuk menulis simbol-simbol matematik kerana kita boleh menulisnya terus di atas skrin XP Pen ini dan disambungkan terus ke desktop ataupun laptop. Ianya amat menarik untuk digunakan. Anda boleh dapatkannya di pasaran.
Friday, July 26, 2024
Tuesday, July 2, 2024
PRK Sungai Bakap: Saya Optimis PH Akan Memenangi PRK pada Kali Ini
Apabila ditanya oleh rakan saya siapakah yang akan
memenangi PRK di Sungai Bakap pada 6 Julai 2024, saya secara optimis menyatakan
bahawa PH akan tetap memenangi PRK Sungai Bakap pada kali ini.
Jawapan saya ringkas sahaja. PN hanya memutarkan isu-isu
nasional sahaja iaitu Zahid Hamidi dan mengulang bait-bait mantera Anwar
Ibrahim sebelum menjadi Perdana Menteri iaitu, “Hari ini menang, esok harga
minyak turun.” Walaupun harga diesel naik, tapi ianya tidaklah begitu dirasai
oleh golongan B40 khususnya kerana mereka bukanlah majoriti yang menaiki 4 x 4
yang mengisi minyak diesel pada setiap hari. Memang tidak dinafikan bahawa ini
sedikit sebanyak akan membawa kesan kenaikan barang kerana barang-barang
semuanya diangkut menggunakan kenderaan menggunakan diesel tetapi ianya
tidaklah begitu dirasai oleh rakyat kebanyakan.
Dengan kerajaan membenarkan wang akaun KWSP melalui akaun
ke-3 ataupun akaun Fleksibel dikeluarkan memberi laba yang besar kepada kerajaan
pimpinan Anwar Ibrahim kerana dengan kebenaran pengeluaran akaun ini, ianya
sedikit sebanyak mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan ini. Rakyat akan
berfikir bahawa kerajaan sebenarnya merasai denyut nadi rakyat walaupun wang
KWSP itu sendiri bukan duit kerajaan. Berita baru-baru ini yang melaporkan
bahawa sebanyak RM6.98 bilion dikeluarkan daripada Akaun Fleksibel menunjukkan
betapa rakyat memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Rakyat sekarang bijak dan bertanyakan apa yang akan
mereka dapat sekiranya sesuatu kerajaan memerintah. Mereka tidak mahu mendengar
lagi isu-isu nasional yang sering dikitar semula yang tidak ubah pasc PRU-15
lepas apatah lagi isu 3R. Jika PH pandai bermain strategi dalam PRK akan
datang, tidak hairanlah PH akan dapat menawan semula kerusi ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Thursday, June 27, 2024
Kalau Semua Benda Senang, Semua Orang Mahu Buat
Bismillah.
Teringat saya suatu ketika dahulu, ketika saya naik
kereta Grab untuk pulang ke rumah, saya bersembang-sembang dengan pemandu Grab
mengenai pendapatan yang diperolehinya pada setiap hari. Pendapatan sebagai
pemandu Grab bergantung kepada waktu juga sama ada peak hour ataupun tidak dan
tidaklah meraih pendapatan harian secara lumayan pada setiap hari. Di akhir
cerita dia mengatakan, “Kalau Grab ini senang, semua orang akan buat Grab.”
Saya mula berfikir dengan kata-kata pemandu Grab ini.
Dalam apa-apa bidang yang saya ceburi semuanya ada halangan masing-masing.
Kalau semua benda senang, ramailah orang yang buat perkara yang kita juga
minat. Yang lebih penting lagi adalah kita perlu beristiqamah apabila berada dalam
sesuatu bidang. Jangan lompat-lompat bidang yang sama dalam tempoh waktu yang
sangat dekat. Jika tidak, bagaimana kita ingin membina nama kita dalam sesuatu
bidang khususnya perniagaan?
Begitu juga dalam mengumpul duit pendapatan kita, kita
tidak boleh membandingkan segmen yang berlainan dengan bagi mencapai matlamat
yang sama. Contohnya, kita membandingkan adakah dengan memasuki bidang hartanah
menjadikan kita menjadi jutawan segera berbanding dengan mengumpul emas? Walhal
segmen ini sebenarnya berlainan antara satu sama lain. Apa yang lebih penting,
kita perlu beristiqamah berada dalam sesuatu bidang.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, June 11, 2024
Menggemparkan – Persempadanan Semula Akan Dibuat Sebelum Menjelang PRU-16!
Pendedahan Isham Jalil baru-baru ini menggemparkan dalam
ceramah isu semasa baru-baru ini. Oleh kerana, sokongan Melayu Islam kepada
Pakatan Harapan (PH) saban hari apabila dilihat dalam trend-trend PRK yang
diadakan, kemungkinan besar Kerajaan PH akan membuat persempadanan semula untuk
memastikan mereka menang dalam PRU-16 akan datang. Ditambah pula dengan
sokongan orang Melayu hanya sekitar 20 peratus dalam PRU akan datang
memungkinkan mereka tidak dapat membentuk kerajaan. Di samping itu,
persempadanan semula dibuat untuk memastikan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah
dan Sarawak tidak menjadi King Maker selepas keputusan PRU diumumkan untuk
membentuk kerajaan.
Dalam membuat persempadanan semula ini, ia hanya tertumpu
kepada kawasan-kawasan bandar di mana kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk
yang ramai dan apabila disebut kawasan bandar sudah tentu kawasan ini didominasi
oleh orang-orang bukan Melayu. Jika kawasan-kawasan parlimen di bandar
dipecah-pecahkan maka bilangan kerusi Parlimen yang didominasi oleh orang bukan
Melayu akan bertambah dan sudah tentu ia memberi kelebihan kepada PH di mana
sokongan kepada PH adalah datang daripada kerusi-kerusi parlimen yang didominasi
oleh orang bukan Melayu untuk terus kekal berkuasa. Untuk memecahkan kawasan
mengikut keluasan kawasan, sudah tentu keadaan ini tidak berlaku kerana ini
akan memberi kelebihan kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak
pembangkang sekarang.
Dalam rancangan persempadanan semula ini, dijangka
bilangan kerusi parlimen ditambah kepada 58 kerusi dan ini bermakna bilangan
keseluruhan kerusi parlimen adalah sebanyak 280 kerusi (Termasuk 222 kerusi
parlimen sedia ada). Kawasan-kawasan yang mungkin mengalami persempadanan
semula ialah Gombak yang dipecahkan kepada 3 kerusi parlimen yang mempunyai
penduduk 200,000, Subang dipecahkan kepada 4 kerusi parlimen (400,000
penduduk), Kepong dipecahkan kepada 5 kerusi parlimen. Kerusi parlimen di
Selangor dijangka akan bertambah dari 22 kerusi parlimen kepada 40 kerusi parlimen.
Keadaan ini menyebabkan Perikatan Nasional (PN) di mana
majoritinya terdiri daripada Melayu Islam tidak akan dapat membentuk kerajaan
walaupun mendapat 99 peratus undi Melayu dalam PRU akan datang. Jika Kerajaan
dapat dibentuk yang datangnya majoriti daripada kawasan-kawasan bandar, sudah tentu
wang peruntukan akan pergi kepada kawasan bandar dan bukannya luar bandar.
Keadaan ini tiada beza dengan zaman Dr. Mahathir di mana
beliau membuat persempadanan semula di kawasan-kawasan majoriti Melayu kerana
orang Melayu kebanyakkannya menyokong PAS suatu ketika dahulu. Untuk memastikan
BN terus menang, undi-undi Melayu dipecahkan. Akibatnya, apabila keadaan
berubah di mana orang-orang Cina yang dulunya menyokong MCA dan BN kini
menyokong pula DAP. Akibatnya, orang Melayu pula dari segi politik daripada
segi persempadanan semula dibuat untuk jangka masa panjang.
Jika persempadanan semula betul-betul dibuat untuk
memastikan PH terus berkuasa selepas PRU-16 akan datang sudah tentu keadaan ini
akan menghakis kuasa politik Melayu untuk tempoh jangka masa panjang dan mereka
sukar untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Monday, June 3, 2024
Rumah Pusaka Banyak Nama Ahli Keluarga: Antara Nilai Sentimental dan Ahli Waris yang Memerlukan Wang
Setiap yang hidup akan mati. Begitu juga dengan ibu bapa kita di mana kedua-duanya akan meninggalkan kita pada suatu masa nanti buat selama-lamanya. Dan sudah tentu apabila mereka meninggal dunia, mereka meninggal dunia mereka akan meninggalkan harta kepada ahli-ahlinya yang layak menerima harta pusaka tersebut.
Harta pusaka pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu harta alih dan harta tidak alih. Jika harta tidak alih contohnya yang berupa wang tiada masalah untuk diselesaikan antara ahli keluarga si mati. Masalah yang timbul adalah untuk menyelesaikan masalah harta tidak alih seperti rumah ataupun tanah.
Dalam video temu bual Mingguan Wanita bersama Datuk Haji Adnan bin Seman (Peguam) yang menyebut masalah harta pusaka iaitu masalah rumah di kalangan 8 orang adik-beradik dan emak tiri mereka apabila ayah mereka meninggal dunia. Ada adik-beradik yang mahukan rumah pusaka ayah mereka dijual kerana ada yang mahu menggunakan wang manakala si abang pula menyuruh si adik tinggal di rumah tersebut kerana nilai sentimental (sentimental value).
Memang dalam kes ini, terdapat 2 perkara yang perlu dilihat iaitu adik-beradik yang ingin memerlukan wang dan satu lagi adik-beradik yang melihat rumah pusaka ini dari sudut nilai sentimental di mana mereka membesar dan kenangan bersama ibu bapa mereka berada di sini. Di sini, Datuk Haji Adnan bin Seman mencadangkan agar rumah pusaka ini dijual di kalangan adik-beradik sahaja dan dalam masa yang sama hak atau bahagian adik-beradik yang ingin menjual rumah tersebut tidak dapat dinafikan kerana itu harta ataupun bahagian mereka.
Jika ada adik – beradik yang tidak mahu rumah pusaka ini dijual, maka jika salah seorang adik-beradik ini meninggal dunia, maka ini akan menjadi masalah kerana ini menjadi tuntutan kepada anak-anak ataupun cucu-cucu kepada salah seorang adik-beraidk ini. Sudah tentu perkara ini menjadi rumit untuk jangka masa yang panjang. Mahu tidak mahu dengan menjual harta pusaka di kalangan adik-beradik sahaja jalan terbaik bagi menyelesaikan tuntutan harta pusaka ini. Sekurang-kurangnya nilai sentimental tetap terjaga apabila salah seorang ahli waris membeli rumah pusaka ini.
Jika ada ahli waris yang tidak mahu menjual bahagian mereka untuk harta tidak alih, ahli waris yang ingin menjual harta pusaka boleh membawa kes ini ke mahkamah untuk menjual harta pusaka ini. Ahli waris yang tidak mahu menjual perlu menandatangani dokumen pindah milik penjualan. Individu yang tidak bersetuju untuk menjual perlu mengikut perintah mahkamah. Jika individu tidak mengikut perintah mahkamah, individu ini boleh dikenakan komital atau tindakan oleh mahkamah kerana tidak mengikut perintah yang dikenakan. Individu ini boleh dipenjarakan atau didenda oleh mahkamah.
Tindakan ini mungkin keras tetapi inilah kaedah yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah harta pusaka. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ahli keluarga terpaksa menggunakan saluran mahkamah kerana tiada lagi jalan lain bagi menyelesaikan masalah harta pusaka.
Jika masalah harta pusaka khususnya tanah ataupun rumah tidak diselesaikan dengan segera, sudah tentu lama-kelamaan harta pusaka ini menjadi terbiar begitu sahaja apatah lagi pada zaman sekarang anak-anak muda sampai satu masa akan meninggalkan kampung halaman mereka dan akhirnya rumah pusaka terbiar begitu sahaja tanpa penghuni.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Wednesday, May 29, 2024
Hotel Big Tree, Temerloh.
Baru-baru ini pada Hari Wesak, 22 Mei 2024 saya telah pergi ke Temerloh untuk membuat kutipan data bagi kajian saya. Saya telah singgah untuk menginap di Hotel Big Tree, Temerloh. Harganya pun murah tidak sampai RM100 untuk satu malam. Saya berani recommend!