Ketibaan rakyat Palestin di Malaysia pada 16 Ogos 2024 di
Lapangan Terbang Subang dengan 2 buah pesawat Airbus A-400 milik TUDM membawa
127 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada 41 orang rakyat Palestin yang
tercedera yang diiringi 86 orang waris bagi mendapat rawatan di Malaysia harus
dipuji sebagai usaha kerajaan bagi membantu rakyat Palestin yang menderita
akibat daripada peperangan yang masih belum reda.
Namun begitu, masih terdapat suara-suara sumbang yang
mempertikaikan usaha kerajaan ini yang ingin membantu orang-orang Islam yang
berada di sana kononnya atas alasan duit bagi membantu rakyat Palestin ini
merupakan duit pembayar cukai dan tidak patut dibayar kepada mereka. Beginikah
sifat yang perlu ada pada orang yang bergelar Melayu Islam? Ini kerana
orang-orang yang mempertikaikan usaha ini adalah datang daripada orang-orang
Melayu Islam sendiri dan bukannya orang bukan Islam di Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada mereka yang melemparkan
suara-suara sumbang ini, jika sehingga saat sekarang lebih 40,000 rakyat Gaza
telah terkorban akibat daripada pengeboman berterusan oleh pihak Israel dan
sekutunya Amerika Syarikat, berapa sen sangatkah wang yang diperlukan bagi
merawat pesakit-pesakit dari Palestin ini yang hanya seramai 41 orang? Ini pun
hanya rawatan sahaja dan mereka ini tidak diberi suaka politik untuk terus
tinggal di Malaysia dan hanya dengan kata lain mereka akan dihantar pulang ke
negara mereka apabila mereka sembuh nanti.
Kita sudah tentu tidak mampu untuk mengangkat senjata
untuk berperang bagi membantu saudara seagama kita di Gaza bagi menentang
Israel. Jika usaha murni bagi merawat rakyat dikritik oleh sesetengah pihak,
apakah sumbangan yang boleh kita berikan lagi kepada mereka atas dasar
kemanusiaan?
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment