Peperangan antara Hamas dan Israel masih belum
menunjukkan bahawa peperangan ini akan berakhir dalam masa terdekat. Hamas
masih bertenaga dalam melancarkan serangan gerila ke atas tentera Israel yang
memasuki wilayah Gaza walaupun peperangan ini telah berlarutan selama 10 bulan.
Di pihak Israel, mereka telah mengalami kematian anggota tentera antara 16,000
– 17,000 orang.
Walaupun panglima tentera Israel memohon supaya
peperangan ini dihentikan, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
tidak mahu kerana apabila peperangan ini dihentikan maka kerajaannya akan jatuh
apabila beberapa anggota ahli parlimen menarik diri dari kerajaan jika peperangan
ini dihentikan. Keadaan ini boleh menyebabkan dirinya boleh didakwa kerana
isterinya mempunyai kes rasuah sebanyak USD300 juta. Mahu atau tidak mahu
Netanyahu mesti terus berperang sehingga menang ataupun dijatuhkan sendiri oleh
rakyatnya.
Dalam masa yang sama rundingan genjatan antara pihak
Israel dan Hamas sudah masuk pusingan ke-29. Rundingan ini hanyalah semata-mata
kerana pilihanraya persekutuan di Amerika Syarikat akan diadakan pada bulan
November 2024 nanti bagi meraih sokongan pengundi Islam. Amerika Syarikat
sebagai sekutu kuat Israel buat masa sekarang perlu meredakan ketegangan perang
di Gaza bagi meraih undi pengundi Islam khususnya di Illionis yang mempunyai 19
pemilih elektoral. Harus diingat di sini bahawa pilihanraya persekutuan di
Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada pemilih elektoral dan bukannya undi
popular.
Apabila namanya pun adalah Yahudi, maka pihak Israel
mengenakan syarat yang berat sebelah kepada Hamas apabila mereka ingin membuat
genjatan senjata. Antara syarat yang dikenakan ialah askar Israel perlu
mengawal pintu masuk ‘Philadelphi Corridor’ dan ‘The Netzarim Corridor’. Syarat
ini memang berat sebelah bagi Hamas kerana sudah tentu Israel boleh mengawal
berapakah jumlah penduduk Gaza yang boleh pulang ke kediaman mereka di sebelah utara
Gaza dan jumlah trak yang boleh dibenarkan untuk melintasi dari sempadan Mesir.
Oleh kerana keadaan makin tersepit di mana Israel terus
membantai Gaza dan rundingan genjatan senjata tidak menunjukkan ianya boleh
diadakan, maka pengeboman berani mati merupakan cara paling ampuh untuk
menakutkan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Terbaru seorang pengebom
berani telah membuat pengeboman di Tel Aviv pada 19 Ogos 2024 yang lepas.
Walaupun tiada warga Israel yang terkorban, namun ini cukup memberi amaran
kepada Israel bahawa pejuang-pejuang Palestin akan menggunakan kaedah kuno
mereka untuk bertindak-balas ke atas keganasan yang mereka lakukan ke atas
penduduk Palestin.
Sesungguhnya konflik Perang Hamas – Israel masih belum
menunjukkan tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kedua-dua
pihak masing-masing akan membayar harga yang tinggi khususnya Israel yang
menunjukkan ekonomi negara haram ini terus merosot sejak perang ini meletus
sejak 7 Oktober 2023 yang lepas.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment