Pagers AR-924 |
Serangan ke atas Lubnan melalui Pagers merupakan satu
tindakan yang amat licik oleh agensi perisikan Israel, Mossad. Oleh itu, tidak
hairanlah agensi perisikan ini merupakan agensi perisikan yang paling ditakuti
dan digeruni di seluruh dunia. Serangan ini mengakibatkan 9 orang maut,
mencederakan 2,800 orang awam yang lain dan 170 orang berada dalam keadaan kritikal
menurut berita atas talian pada 18 September 2024.
Pagers ataupun ‘alat kelui’ mengikut Kamus Dewan Bahasa
dan Pustaka merupakan alat komunikasi era 1990-an yang masih digunakan oleh pejuang-pejuang
Hizbullah sehingga pada hari ini. Salah satu kelebihan menggunakan alat
komunikasi Pager ini ialah ianya tidak dapat dipintas oleh mana-mana pihak
apabila terdapat 2 orang yang berhubung antara satu sama lain. Oleh itu, ianya
amat penting bagi pejuang Hizbullah untuk memastikan hubungan komunikasi mereka
tidak dapat dipintas oleh Israel.
Selain itu, Pagers ini hanya menggunakan isyarat radio
dan bukannya isyarat telefon yang sukar untuk didapati apabila berada di
kawasan pedalaman ataupun pergunungan. Kelebihan ini digunakan oleh pejuang
Hizbullah untuk membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain apabila mereka
berada di kawasan pedalaman. Pagers juga tidak memerlukan kuasa elektrik untuk
dicaj dan ianya hanya boleh menggunakan tenaga suria ataupun matahari untuk
dicaj. Isyarat mesej yang boleh dihantar melalui Pagers adalah sehingga 60
patah perkataan sahaja.
Pagers model AR-924 yang merupakan tempahan kerajaan
Lubnan ini merupakan buatan Taiwan dan dipercayai dihantar melalui kapal laut
ke Pelabuhan Amman, Jordan yang memakan masa selama 3 bulan. Tempahan Pagers
ini adalah antara 4,000 – 6,000 unit. Ketika dalam perjalanan laut inilah
agen-agen Mossad yang menyelinap masuk menjadi pekerja-pekerja kapal ini telah
memasang bom pada peranti Pager ini. Dipercayai agen-agen Mossad ini telah
melakukan kerja-kerja ini sejak 4 bulan yang lepas.
Ianya memberi risiko yang besar kepada pengguna-pengguna
Pagers ini iaitu menyebabkan salah satu atau kedua-dua belah tangan pengguna
peranti ini musnah apabila berada di tangan atau menyebabkan kecederaan di
bahagian perut apabila peranti ini dipakaikan di bahagian perut apabila ianya
meletup. Sehingga kini tidak dapat dipastikan berapakah jumlah pejuang Hizbullah
yang benar-benar terbunuh ataupun cedera akibat letupan alat peranti ini akibat
kerja-kerja terkutuk agen-agen Mossad ini.
Serangan licik pada kali ini menjadi peringatan kepada
Lubnan dan pihak-pihak lain khususnya negara-negara Arab bahawa Israel tidak
akan berdiam diri sekiranya negara haramnya diserang. Ini merupakan tindak
balas Israel setelah Lubnan menyerang utara Israel dan menyebabkan 80,000 orang
petani terpaksa berpindah ke tempat lain. Serangan menggunakan Pagers pada kali
ini merupakan serangan yang menggemparkan di seluruh dunia.
Kemungkinan besar pihak Hizbullah tidak akan membiarkan
Israel membunuh orang awam Lubnan begitu sahaja dan serangan lebih besar akan
dilancarkan oleh pejuang Hizbullah ke atas negara haram Israel ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment