Monday, November 4, 2024

Bagaimana Bank Mengira Pendapatan daripada Bank Akaun Semasa?


Adakah anda mempunyai akaun semasa?

Jika anda mempunyai SSM ataupun perniagaan, sudah tentu anda memerlukan akaun semasa anda sebagai penyata akaun untuk mendapatkan pinjaman bank. Akan tetapi, bagaimana anda boleh mendapatkan rekod pendapatan tambahan anda sekiranya anda bekerja makan gaji?

Caranya mudah sahaja. Setiap kali anda mendapat gaji bulanan setiap bulan, anda keluarkan wang gaji anda dan masukkan sahaja ke dalam akaun semasa anda melalui CDM. Jangan menggunakan akaun peribadi anda untuk memindahkan wang ke akaun semasa anda. Jika anda memasukkan duit sebanyak RM10,000 selama 6  bulan berturut-turut melalui CDM, pihak bank akan mengira sebanyak 10% daripada jumlah masuk ke akaun semasa anda sebagai pendapatan anda. Ini bermakna anda mempunyai pendapatan lebihan sebanyak RM1,000 dan anda layak mendapat pinjaman dengan ansuran bulanan sehingga RM1,000.

Persoalannya, bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan RM10,000 melalui CDM?

Caranya mudah sahaja. Jika pendapatan bersih anda RM2,000. Anda keluarkan duit gaji anda dan masukkan ke dalam akaun semasa anda melalui CDM. Kemudian, keluarkan duit anda dari akaun semasa ini sebanyak RM2,000 dan masukkan semula ke akaun semasa anda melalui CDM. Ulangi langkah ini sebanyak 5 kali dan ini bermakna jumlah duit masuk ke akaun semasa anda sebanyak RM10,000. Mungkin anda beranggapan cara ini cerewet tetapi cara ini paling berkesan untuk anda bagi mendapatkan pinjaman bank untuk jangka masa panjang anda.

Pihak bank tetap mengira pendapatan dari wang masuk melalui CDM ini sebagai pendapatan anda. Menarik bukan?

No comments: