Wednesday, December 4, 2013

Buku Terbaru Datuk A Kadir Jasin : Mohd Najib Selepas Tsunami Cina

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Saya mula mengikuti tulisan Datuk A Kadir Jasin setelah membaca buku PRU 2008 : Rakyat Sahut Cabaran pada tahun 2008. Saya tertarik dengan tulisan buku tersebut kerana berjaya menganalisa kekalahan Barisan Nasional (BN) semasa PRU pada tahun tersebut. Apa yang lebih menarik beliau berani mengkritik kerajaan. Buku kedua saya baca buku tulisan beliau ialah Doktor Umum iaitu terjemahan buku A Doctor In the House iaitu buku tulisan Tun Dr. Mahathir. Seterusnya, buku yang saya baca tulisan beliau ialah Kunta Kinte Original iaitu himpunan artikel beliau yang ditulis dalam Berita Harian setiap hari Jumaat. Sekarang ini saya ternanti-nanti untuk membaca buku 'Mohd Najib Selepas Tsunami Cina' yang baru diterbitkan.
Datuk A Kadir Jasin merupakan bekas Ketua Pengarang New Straits Times (NST) dan mula berkhidmat sebagai wartawan pada tahun 1969. Oleh itu, apabila mengupas isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara, tulisan Datuk A Kadir Jasin mempunyai kredibiliti dan auranya tersendiri. Tidak hairanlah blognya The Scribe A Kadir Jasin sentiasa segar dengan ulasan peristiwa-peristiwan yang berlaku serta kritikan-kritikannya yang membina terhadap kerajaan. Berbanding dengan blog-blog yang lain yang hanya tahu menghentam kerajaan tetapi tidak menunjukkan cara yang membina bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Berbalik kepada buku terbaru A Kadir Jasin, apakah idea-idea atau kritikan-kritikan oleh penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 ini kepada Mohd Najib? Saya fikir sudah tentu ia membincangkan tindakan-tindakan oleh Perdana Menteri ke-6 ini sebelum dan selepas PRU-13 terhadap kaum cina. Walauapapun, kita dapatkan dahulu buku ini sebelum bersembang dengan lebih lanjut. Sudah tentu banyak perkara menarik yang diutarakan oleh Datuk A Kadir Jasin dalam buku terbaru beliau ini.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com

5 comments:

MI_roslinda said...

tak minat nak beli....

wankamarul701 said...

x pe..x paxse..

Anonymous said...

kat mana nak beli buku ni? susah nak cari d kedai2 buku seperti kinokuniya. mph & times ...

wankamarul701 said...

Saya pun tidak jumpa lagi. Menurut DAKJ dalam blog beliau, buku ini tidak mendapat sambutan di kalangan-kalangan pengurus buku cina kerana mereka tidak suka dengan tajuk ini iaitu 'tsunami cina'

Anonymous said...

buku ada jual di MPH menurut Datuk A Kadir Jasin. Tetapi saya tidak tahu harga buku. Ada sesiapa yang tahu harga buku ini? Saya nak beli...