Tuesday, December 17, 2013

Tips ASNB : Bagi ASB Penuh Dahulu, Baru Buka Produk ASNB yang Lain

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
 
Apa khabar anda semua? Saya harap anda sihat semua. Saya tahu anda semua ternanti-nantikan tips-tips terbaru dari blog saya ini. Bak kata orang, blog saya ini menarik (Tidak tahulah kalau ini saya ini perasan sahaja lebih). Baiklah, oleh kerana kekangan masa dan waktu untuk mengemaskini blog, saya berusaha juga untuk sekurang-kurangnya untuk mengemakini blog sekali seminggu.
 
Pada kali ini, saya ingin berkongsi tips mengenai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Baru-baru ini sewaktu saya ke kaunter CIMB Bank, saya sempat bertanya kerani kaunter adakah produk-produk ASNB selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) boleh dibuka di bank? Kerani kaunter itu memberitahu bahawa memang boleh sekiranya kita ingin membuka buku-buku pelaburan di kaunter bank seperi Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), dan sebagainya. Akan tetapi, sekiranya kita ingin membuka akaun pelaburan lain ASNB, pastikan ASB penuh terlebih dahulu. Mengapa? Ini adalah kerana ASB memberi pulangan bonus dan tertinggi berbanding produk-produk lain ASNB. Oleh itu, rugi sekiranya kita membuka akaun pelaburan ASNB yang lain sebelum akaun ASB penuh terlebih dahulu.
 
Saya juga pernah juga disapa oleh kakitangan berbangsa cina bank terbabit yang menasihatkan saya supaya membuat pinjaman ASB tetapi saya menolak. Beliau mengatakan bahawa adalah satu kerugian sekiranya orang melayu tidak membuat pinjaman ASB. Memang betul juga kata-kata beliau tetapi minda saya ialah saya tidak suka berhutang. Saya tidak akan membeli sesuatu atau membuat pelaburan melebihi kemampuan saya. Memang benar, ia bertentangan dengan konsep membuat pelaburan kerana dalam membuat pelaburan kita perlu berhutang di mana ia memberi leveraj yang lebih tinggi daripada kos untuk memberi keuntungan kepada kita.
 
Adakah anda sudah membuka akaun ASB? Sekiranya belum, mulalah sekarang. Bijak dahulu bijak sekarang. Sekiranya tidak bijak sekarang, bila lagi mahu bermula? Wallhua’lam.
 
Sekian, terima kasih.
 

No comments: