Friday, December 20, 2013

Bukan Semua Orang Boleh Berniaga.

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Bukan semua orang boleh berniaga kerana untuk menjalankan perniagaan bakat seseorang adalah menjadi point penting bagi menentukan seseorang boleh berniaga. Apa gunanya mempunyai modal yang besar, cable atau networking yang besar sekalipun sekiranya tiada bakat untuk berniaga. Sememangnya perniagaan mempunyai daya tarikan yang cukup hebat, namun tidak semua orang boleh berniaga.

Ia melibatkan risiko yang tinggi dan tidak semua orang akan berjaya. Lapan puluh peratus perniagaan lingkup dalam tahun pertama. Selepas lima tahun, hanya lima peratus yang masih bertahan. Peratusan kegagalan ini cukup tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan agar berhati-hati jika mahu berniaga. Cerminlah diri anda dan tanyakan pada diri sama ada anda sudah bersedia untuk menghadapinya. Sudahkah anda membuat persiapan mengenai produk yang hendak diniagakan, mengkaji saingan serta keadaan pasaran? Sudahkah anda berbincang dengan anggota keluarga? Bolehkah anda bertahan selama setahun tanpa mendapat satu sen pun? Jika soalan ini mempunyai jawapan-jawapan negatif, maka ada baiknya anda mengasah kemahiran dahulu. Jika tidak, peluang untuk gagal agak besar. Wang lesap, pening kepala, sakit badan dan sakit hati. Semua ini bukan idaman mana-mana individu. 

Malah, sesetengah orang sewajarnya tidak menceburi bidang perniagaan kerana mereka sememangnya tidak layak berbuat demikian. Mereka yang tidak seharusnya terlibat dalam perniagaan ialah orang yang tidak ingin menjadi kaya, hendak menjadi kaya secepak mungkin, tidak bersedia untuk berkorban, dan tidak mempunyai pengalaman yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com


Diadaptasi dari : Azizi Ali, 2010, Jutawan Dari Planet Jupiter!

3 comments:

MI_roslinda said...

berniaga perlukan keberanian... berani utk berdikari

wankamarul701 said...

bakat la..

Unknown said...

Bakat dan ketokohan yang penting ade orang tidak menokoh menjadi tukang cat rumah...ade juga orang tidak ade ketokohan untuk menjadi penjahit kain...begitula juga perniagaan niat tujuan anda berniaga untuk ape? Ade orang berniaga menyelesaikan masalah orang lain, ade juga yang berniaga untuk keuntungan sahaja untuk menjadi kaya..tidak kurang ade juga yang berniaga untuk tawan semua bidang perniagaan..ade juga orang berniaga kerana ugama mencari jalan spiritual dari perniagaan yang jujur...untuk mengenal sikap dan watak manusia..idea pernigaan berada didalam dii anda sendiri..