Kemaskini :
Datuk Ghani Othman kalah kepada Lim Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi di mana Datuk Ghani Othman memperolehi 39,522 undi dan Lim Kit Siang memperolehi 54,284 undi.
Datuk Ghani Othman kalah kepada Lim Kit Siang dengan majoriti 14,762 undi di mana Datuk Ghani Othman memperolehi 39,522 undi dan Lim Kit Siang memperolehi 54,284 undi.
Cabaran penasihat Parti Dap iaitu Lim
Kit Siang yang ingin menguji staminanya sekaligus ingin menguburkan pengaruh
MCA di Johor dengan bertanding di kubu Umno di parlimen Gelang Patah disambut
dengan penamaan bekas Menteri Besar Johor iaitu Datuk Ghani Othman untuk
menentangnya di parlimen yang sama.
Pada awalnya, media-media pembangkang
memainkan isu ini dengan mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin atasan Umno ingin
mematikan karier politik Ghani Othman dengan meletaknya bertanding menentang
Lim Kit Siang. Bagi saya, pembangkang hanya melihat sudut yang lain iaitu
melihat isu ini secara negatif. Adakah pemimpin-pemimpin Umno ingin menamatkan
karier Ghani Othman di mana Johor pada tahun 2008 adalah tidak terkena tempias
tsunami politik di mana cuma hanya satu sahaja kerusi parlimen Johor yang
terlepas kepada pembangkang? Sudah tentu panglima-panglima Umno yang berjasa
kepada parti tidak akan dikorbankan begitu sahaja. Saya pasti puak-puak pembangkang
sebenarnya bimbang pertandingan sengit yang akan berlaku di parlimen Gelang
Patah. Datuk Ghani Othman juga dalam satu kenyataan menyatakan bahawa beliau
gembira tidak lagi dilantik sebagai Menteri Besar lagi. Sudah tentu ini kerana
beliau telah menjadi Menteri Besar selama 4 tahun berturut-turut dan kini tiba
masanya beliau berkhidmat pula di parlimen. Jika kita melihat Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Dato’ Sri Najib masing-masing pernah menjadi Menteri Besar di neger
masing-masing.
Lain pula dengan kenyataan Lim Kit Siang
bahawa penamaan Datuk Ghani Othman adalah sebagai membantu proksi Tun Dr.
Mahathir untuk menamatkan karier politik beliau. Jika difikir balik kenyataan
ini, adakah Tun Dr. Mahathir yang menentukan sama ada karier politik Lim Kit Siang
untuk hidup ataupun mati. Sudah tentu ini tidak benar sama sekali. Apa yang
menentukan karier politik seseorang ahli politik itu ialah pengundi-pengundi
atau pemilih-pemilih semasa pilihanraya umum nanti. Sekiranya kita melihat
bekas Presiden MIC iaitu Dato’ Seri Samy Vellu, beliau ditolak oleh
pengundi-pengundi Sungai Siput pada pilihanraya umum tahun 2008. Kenapa beliau
ditolak? Sudah tentu kerana beliau gagal memberi khidmat terbaik untuk kawasan
parlimennya berbanding lawannya. Sekiranya kita melihat parlimen Gelang Patah,
apakah khidmat yang diberikan oleh Lim Kit Siang? Lim Kit Siang yang sebelum
ini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur tiba-tiba terbang ke kubu Umno untuk
menumbangkan pengaruh MCA di sana. Adakah pengundi-pengundi di sana akan memilih
beliau walaupun di sana majoriti cina? Jika pengundi-pengundi Gelang Patah
tidak memilih beliau, sudah tentu bukan disebabkan oleh Tun Dr. Mahathir tetapi
disebabkan oleh sikap sembrono beliau untuk bertanding di sana secara
membabi-buta.
Lim Kit Siang juga sepatutnya menanti
segala kemungkinan apa yang akan berlaku di sana memandangkan beliau dicalonkan
terlebih dahulu di kerusi parlimen Gelang Patah sebelum Datuk Ghani Othman
dicalonkan di sana. Oleh itu, beliau perlu bersiap-siaga menghadapi segala kemungkinan
yang akan dihadapi daripada parti lawan dan bukannya menuduh Datuk Ghani Othman
itu sebagai proksi Tun Dr. Mahathir. Sekiranya beliau (Datuk Ghani Othman)
proksi Mahathir sekalipun, mengapa beliau takut untuk menentang Datuk Ghani
Othman secara sama satu? Tambahan pula, ada cadangan oleh Tun Dr. Mahathir
untuk pilihanraya umum pada kali ini tidak dipilih seperti Dato’ Ibrahim Ali
yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Pasir Mas bahkan
Khairy Jamaluddin (KJ) yang tidak disukai oleh Tun Dr. Mahathir sekalipun
dicalonkan untuk bertanding di Rembau bagi pihak BN.
Pendek kata, Lim Kit Siang sekarang
berada dalam kebimbangan kerana beliau sendiri akan ditentang oleh pemimpin
utama negeri Johor iaitu Datuk Ghani Othman yang telah bersemadi sebagai
Menteri Besar Johor di hati rakyat negeri Johor selama 4 penggal
berturut-turut. Sebenarnya Tun Dr. Mahathir tidak menguburkan karier politik
beliau tetapi beliau sendiri yang menggali kubur politiknya di parlimen Gelang
Patah.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com