Wednesday, April 11, 2012

Pertanyaan: Menjadi Penjamin


Assalamualaikum w.b.t.

Tuan, rakan saya meminta saya menjadi penjamin untuk dirinya bagi mendapatkan pinjaman dan pasangannya merupakan pegawai bank. Adakah perlu saya menolongnya bagi menjadi seorang penjamin bagi dirinya untuk mendapatkan pinjaman?

Abdullah (Bukan nama sebenar), Klang.

Wsslam w.b.t.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan kerana mengajukan pertanyaan kepada saya. Persoalannya, perlukah kita menjadi penjamin semata-mata untuk membantu kawan? Terlebih dahulu kita perlu memahami apa itu konsep penjamin atau guarantor sebenarnya. Penjamin diperlukan sekiranya pihak institusi yang memberikan pinjaman kepada seseorang mensyaratkan seseorang itu memerlukan seorang penjamin supaya pinjamannya diluluskan. Sekiranya peminjam ini gagal membayar pinjamannya, pihak bank atau pemberi pinjaman akan mencari penjamin kepada peminjam tersebut.

Diisytiharkan muflis menjadi igauan ngeri kepada semua orang

Di sini, dinyatakan sebab-sebab seseorang itu boleh diisytiharkan muflis:

a. Gagal membayar sewa beli kenderaan
b. Gagal membayar pinjaman perumahan
c. Gagal membayar pinjaman perniagaan
d. Gagal membayar pinjaman peribadi
e. Gagal membayar hutang cukai pendapatan
f. Menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal membayar hutangnya
g. Gagal membayar hutang kad kredit
h. Gagal membayar pinjaman pelajaran.

Daripada sebab-sebab di atas, seseorang itu boleh diisytiharkan muflis sekiranya menjadi penjamin kepada seseorang yang gagal membayar balik hutangnya kepada pihak institusi kewangan. Ini sudah tentu menjadi mimpi ngeri kepada seseorang penjamin walaupun dia mempunyai rekod yang bersih dengan mana-mana pihak institusi kewangan sama ada tidak pernah membuat pinjaman bank atau mempunyai rekod bayar balik yang baik dengan pihak bank.

Sekiranya anda menjadi penjamin kepada seseorang, anda sebenarnya meletakkan diri anda dalam keadaan risiko sehingga peminjam tersebut habis membayar semua pinjamannya sehingga tempoh tertentu. Di koperasi organisasi saya sekali pun, ramai peminjam yang telah disenaraihitamkan setelah membayar balik pinjaman mereka. Apa yang menyedihkan, semua penjamin bagi peminjam tersebut adalah sahabat akrab mereka sendiri. Ada yang tidak membayar balik pinjaman mereka setelah berhenti kerja selepas 10 tahun bekerja dan tidak membayar balik pinjaman mereka. Secara tidak langsung, penjamin kepada peminjam tersebut akan disenaraihitamkan juga. Ini adalah risiko yang perlu ditanggung sekiranya kita menjadi penjamin.

Tidak kurang juga ada yang terpaksa membuat pinjaman bank sehingga berpuluh-puluh ribu bagi membayar pinjaman bank rakannya yang tidak berbayar. Ini adalah kerana bank akan mencari penjamin kepada peminjam tersebut setelah peminjam tersebut gagal dikesan setelah pinjaman tidak berbayar. Ini juga merupakan salah satu risiko yang perlu dihadapi apabila kita menjadi penjamin kepada seseorang.

Nasihat saya ialah jangan sesekali menjadi penjamin kepada orang lain. Anda sebenarnya meletakkan diri anda dalam keadaan 1001 risiko apabila menjadi penjamin kepada seseorang. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Sekian, terima kasih.

Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad

4 comments:

Harris said...

Memang mudah mengata tidak, namun sekiranya org yg meminta kita menjadi penjamin itu ahli keluarga sendiri, bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

Unknown said...

adakah ini hanya terpakai untuk pelanggan institusi kewangan sahaja? kalau syarikat perniagaan mcm mana?
kakak sy beli barang untuk anaknya. kakak letak sy sbgai penjamin dan sy tak tahu sehingga dapat panggilan dr pihak syarikat untuk minta hubungi kakak bg jelaskan bayaran. dan sekarang mereka telefon tanpa henti. sedangkan sy masih belajar. adakah sy berisiko untuk muflis sekiranya kakak tidak menjelaskan bayaran? sy bimbang masa depan sy.

Anonymous said...

Mmg sgt sukar nak kata. Tp kita kena kaji risiko kemudian hari

Muhammad Firdaus said...

Saya ad seorg abg. Dlu time dia blajar . Dia takpenah pon kata dgn family yg dia buat pinjaman pelajaran dhn krajaan slangor . Baru2 ni dia mghadap illahi. Semasa tgh kemas2 bilik arwah. Terjumpa surat yg myatakan. Saya dan bapa saya mnjadi pnjamin pinjaman pelajaran beliau. Sbnyak 12k . Saya binggung mcm mana pinjaman itu bolej diluluskan tanpa pgesahan dari saya. Siapa ada mslah sperti saya .?