Assalamualaikuam w.b.t.
Terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog saya yang sentiasa membaca blog saya dari semasa ke semasa. Saya bukanlah orang hebat untuk bercakap mengenai ilmu kewangan. Tetapi berkongsi dari ilmu-ilmu saya serta kesilapan saya di masa lalu. Pengajaran yang paling berkesan ialah belajar melalui kesilapan lalu. Saya percaya ramai antara kita yang membuat silap dalam kehidupan ini. Buat silap tidak mengapa dalam membuat sesuatu keputusan tetapi yang membinasakan adalah kita teragak-agak.
Detik-detik Bersejarah Pengisytiharan Tanah Melayu |
Baiklah, pada kali ini saya ingin menulis artikel mengenai 'Mentaliti Cina dan Mentaliti Melayu'. Mentaliti di sini ialah mentaliti dalam menguruskan kewangan. Jika disebut dengan masyarakat cina ia adalah sinonim dengan masyarakat peniaga manakala jika disebut dengan masyarakat melayu adalah sinonim dengan masyakat makan gaji.
Menurut Ann Wan Seng dalam bukunya Rahsia Bisnes Orang Cina, beliau menyatakan masyarakat cina adalah masyarakat yang tidak suka makan gaji. Golongan makan gaji tidak mempunyai kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat. Orang cina digalakkan berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Pendapatannya mungkin lebih kecil berbanding mereka yang mereka yang makan gaji tetapi ia dianggap lebih baik berbanding bekerja dengan orang lain. Berniaga sendiri bermakna bermakna seseorang boleh menjadi bos atau tuan. Bekerja dengan orang, sampai bila-bila pun akan menjadi kuli. Orang yang berniaga dikatakan berani dan hanya orang yang berani sahaja mempunyai peluang menjadi kaya dan berjaya. Orang yang berniaga mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat cina. Keadaan ini menjelaskan mengapa orang cina suka bekerja dengan kerajaan ataupun di kilang.
Berbanding dengan masyarakat melayu, mereka adalah sinonim dengan bekerja dengan kerajaan ataupun dengan syarikat swasta. Dari kecil lagi, mereka diasuh supaya mereka belajar bersungguh untuk berjaya sehingga ke menara gading dan seterusnya menjadi Pegawai Kerajaan. Kerja dengan kerajaan adalah lebih terjamin kerana akan mendapat pencen setiap bulan setelah bersara kelak. Sehingga ke hari ini pun, saya tidak faham mengapa kita perlu terkejar-kejar bekerja dengan Kerajaan kerana hidup kita akan terjamin selepas pencen nanti. Pada saya, Allah Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki kepada hambaNya. Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Allah akan menyara hidup kita selepas kita pencen kelak? Saya percaya ramai di luar sana yang bukan kakitangan kerajaan pun masih mempunyai rezeki setelah mereka bersara dari syarikat-syarikat swasta atau sebagainya.
Daripada di atas, dapat kita fahami bahawa masyarakat cina adalah masyarakat peniaga manakala masyarakat melayu adalah sinonim dengan masyarakat makan gaji. Sekiranya, kita tengok masyarakat cina, mereka akan menyimpan dan menghargai setiap sen hasil keuntungan mereka. Dengan hasil keuntungan mereka perolehi, mereka akan simpan untuk dijadikan sebagai modal pusingan ataupun untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dapat kita fahami bahawa, masyarakat cina adalah bermula dengan keuntungan secara kecil sahaja. Dengan keuntungan sedikit ini, mereka terus melebarkan sayap perniagaan mereka untuk menjadi kaya.
Manakala mentaliti melayu pula adalah ingin memperolehi sesuatu kekayaan adalah dengan segera. Contohnya, sekiranya mereka ingin melabur dalam sesuatu pelaburan, mereka ingin melabur dengan jumlah wang yang besar secara terus contohnya dengan wang RM200,000 secara sekaligus. Bagi mereka, jalan pintas adalah penting untuk berjaya. Untuk mendapatkan wang tunai yang besar dengan cepat, mereka akan menggunakan talian hayat apalagi sekiranya talian hayat tersebut adalah pinjaman bank. Wang yang mudah diperolehi juga adalah mudah untuk hilang. Kebiasaannya, orang yang mendapat dividen melalui pelaburan akan menggunakan duit tersebut untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya apatah lagi merugikan diri sendiri. Alasan mereka ialah mereka hanya rugi atas angin apabila membuat sesuatu yang tidak memberikan keuntungan kepada mereka. Ingatlah, wang yang mudah diperolehi adalah mudah untuk hilang. Oleh itu, berusahalah untuk mengumpul kekayaan dengan cara yang lambat tetapi dapat membina momentum yang kuat dalam menghasilkan kekayaan pada masa hadapan.
Satu lagi yang menjadi mentaliti masyarakat melayu ialah mereka adalah mudah terppengaruh dengan sesuatu fenomena yang boleh mengembalikan keuntungan dengan segera. Contohnya, pada tahun lepas iaitu tahun 2011, masyarakat melayu digemparkan dengan pelaburan emas. Kononnnya, harga emas akan naik mendadak dari tahun ke tahun. Sekarang apa yang terjadi dengan pelaburan emas sekarang? Ianya sudah senyap sekarang. Mungkin ia sekadar fenomena atau trend masyarakat sahaja. Tidak kurang juga pada tahun 2010, masyarakat melayu digemparkan fenomena cicak tokek kononnya ia boleh mengubati penyakit AIDS. Harga seekor cicak ini mencecah ribuan ringgit bagi seekor. Kini, trend cicak ini sudah senyap begitu sahaja. Dapat kita fahami masyarakat melayu adalah mudah dipengaruhi dengan 'gula-gula' wang untuk mencapai kekayaan segera.
Apa yang penting, kita perlu pandai dalam menguruskan wang kita. Jangankan disebabkan faktor di sekeliling kita, kita teruja untuk mengejarnya dengan menghabiskan semua simpanan kita. Apa yang lebih penting kita perlu pandai merancang kewangan kita. Sekiranya gaji kita RM10,000 sebulan, merancanglah seperti orang bergaji RM10,000 sebulan. Sekiranya gaji kita RM2000 sebulan, merancanglah seperti gaji RM2,000 sebulan. Adalah amat pelik sekiranya kita menjadi buah mulut orang ramai apabila kita bergaji RM2,000 sebulan, kita berbelanja RM5,000 sebulan. Biar sedikit, asal diberkati.
Sekian, terima kasih.
Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad
No comments:
Post a Comment