Monday, June 15, 2015

Penulisan Yang Baik dan Menarik Sekalian Pembaca Perlu Menyalahi Tatabahasa?


Bak kata ulama’ hadis tersohor di Syria iaitu Sheikh Abd Fatah Abu Ghuddah, “ Sesiapa yang tidak membaca dari awal hingga akhir sebuah kitab, dia tidak akan menemui rahsia kitab tersebut.”

Saya tertarik dengan kata-kata Sheikh Abd Fatah Abu Ghuddah ini bahawa kita perlu membaca sesebuah buku dari kulit depan sehingga kulit belakang untuk mengetahui rahsia sesebuah buku walhal buku tersebut hanya sebuah novel. Apabila kita membaca sesebuah buku, kita tidak boleh main celup-celup sahaja atau memilih bab-bab tertentu sahaja jika kita fikir ia menarik untuk dibaca. Saya juga tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat orang yang mengatakan bahawa kita perlu membaca sinopsis sesebuah buku dan kemudian membaca apa kandungan utama yang dibincangkan dalam sesebuah buku. Dengan kata lain, bahagian yang tidak utama diabaikan dari dibaca. Mungkin isi kandungan yang tidak berapa penting itu mungkin boleh menjadi benda yang bermanfaat bagi kita.

Sebenarnya, saya tertarik dengan kandungan buku novel karya Prof Hamka yang bertajuk ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ yang sudah berada di pasaran selama 77 tahun! Saya tertarik dengan watak Zainuddin yang telah menjadi pengarang terkenal selepas kecewa dalam percintaan yang disebut dalam novel ini.

Apa yang menarik ialah seolah-olah Prof Hamka ingin menyampaikan mesej dalam novelnya kepada semua penulis atau bakal penulis bahawa jika kita ingin menulis, kita perlu menyalahi tatabahasa ataupun nahu dan saraf dalam penulisan. Ini sebenarnya perlu dititikberatkan supaya tulisan seseorang penulis itu lain daripada yang lain.

Antara petikan novel ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ yang menarik perhatian saya ialah :

“Kata sesetengah orang, ilmu mengarang itu diperdapat lantaran dipelajari, diketahui nahu dan saraf bahasa dan dibaca karangan pujangga-pujangga lain dan menirunya, bisa orang menjadi pengarang. Banyak diperbuat orang aturan mengarang, mesti begini, mesti begitu, tak boleh salah. Tetapi bilamana kita lihat karangan pujangga yang sejati sentiasa berlainan susunannya dengan lain pujangga. Seorang pengarang, bilamana dibaca orang karangannya, orang tertarik dengan kesulitan bahasa yang dipakainya. Yang lain pula bahasanya tidak begitu dipedulikannya, kadang-kadang menyalahi orang lain, bahkan menyalahi nahu dan saraf yang terpakai pada lazim, tetapi lebih enak orang membaca karangan itu.”

Antara intipati daripada perenggan ini jika kita ingin menjadi penulis ialah (1) Meniru karya penulisan pengarang lain untuk melatih diri kita menulis, (2) Menggunakan bahasa yang sukar, dan (3) Menyalahi nahu dan saraf.

Dalam kes ini, saya cuba ingin kaitkan dengan kata-kata Prof Hamka dengan penulisan Zainuddin Maidin yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu. Saya amat tertarik dengan penulisan dengan tulisan Zainuddin Maidin atau Zam dalam blognya Zamkata kerana penulisannya adalah amat lain dan kadang-kadang menyalahi tatabahasa. Contohnya ialah perenggan dalam artikel beliau yang bertajuk ‘Siapakah Sebenarnya Mahathir Kepada Saya?’ :
 
“Sebuah lukisan Jambatan Bengkok tergantung di suatu sudut di Geleria Perdana Langkawi di Pulau Langkawi untuk menjadi nisan kenangan pahit dan pedih terkuburnya harapan tinggi Tun Dr. Mahathir untuk membangunkan maruah kemuliaan dan keberanian bangsa dan negara di pintu sebuah negara kecil yang sombong yang menganggap dirinya lebih kuat dan lebih besar.”

Sudah tentu secara sekilas pandang sahaja, kesilapan bahasa oleh Zam ialah penggunaan perkataan ‘dan’ di mana perkataan ‘dan’ diulang sebanyak empat kali dalam satu ayat sedangkan jika kita belajar di bangku sekolah dahulu, perkataan ‘dan’ hanya boleh sekali sahaja dalam satu-satu ayat.

Satu lagi dalam tulisan Zam ialah beliau suka menggunakan ejaan-ejaan lama era 1950-an. Ini contoh perenggan artikel ‘Bukan Semua Penyokong Najib Adalah Sampah’ :

“Saya tahu dalam perjuangan,parti parti politik tidak boleh memileh penyokong, tetapi letakkanlah mereka di tempat yang sesuai.Janganlah penunjolan mereka menyamai orang-orang parti yang berintegriti sehingga kerana seorang dua menyebabkan  penyokong Najib kelihatan seolah olah lebih banyak sampah. Maka itulah saya bimbang Najib akan ditenggelami oleh timbunan sampah.”

Dapat diperhatikan bahawa perkataan ‘memilih’ menjadi ‘memileh’, dan ‘penonjolan’ menjadi ‘penunjolan’ dalam contoh penulisan Zam.

Bagaimana pula dengan anda? Bagaimanakah standard penulisan anda untuk anda karang supaya penulisan anda itu menyalahi nahu dan saraf bak kata Prof Hamka supaya ia ada kelainan daripada tulisan yang lain di samping dapat menambat hati jutaan manusia untuk membaca tulisan hasil tangan anda?

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.com

Friday, June 12, 2015

Buku Evergreen : Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

 
 
Sebagai penulis buku, sudah tentu kita inginkan buku kita terus menjadi bacaan dan santapan minda kepada masyarakat walaupun kita telah meninggal dunia.
 
Saya tertarik dengan karya Prof Hamka dengan novelnya yang bertajuk 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' yang sehingga hari ini masih menjadi bacaan orang ramai. Novel ini mengisahkan Zainuddin yang mencintakan Hayati tetapi disebabkan Zainuddin bukan orang Minangkabau cintanya ditolak dan Hayati berkahwin dengan orang lain.
 
Nama 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' bukanlah berkisar mengenai kapal sebenarnya. Tetapi, disebabkan kapal yang membawa Hayati yang bernama Van Der Wijck telah karam dan menjadi penyebab Hayati meninggal dunia selepas itu.
 
Apa yang lebih menarik ialah novel ini telah diterbitkan pada tahun 1938 tetapi masih diterbitkan oleh pelbagai syarikat penerbitan sehingga hari ini. Ini bermakna novel ini telah berada di pasaran selama 77 tahun!
 
Daripada analisa saya, teknologi semasa bukanlah menjadi penyebab sesuatu novel itu menjadi evergreen atau kekal selama-lamanya. Contohnya, dalam novel ini banyak menceritakan penggunaan surat ketika itu khususnya Zainuddin dan Hayati sering berbalas surat-surat cinta. Waktu 1930-an ketika itu mana ada lagi Facebook, blog, SMS, telefon bimbit, dan sebagainya. Pendek kata, gaya bahasa Prof Hamka serta jalan cerita novel ini menjadikannya evergreen.
 
Mampukah kita menghasilkan sebuah buku yang masih bertahan selama 77 tahun???
 
 
http://wankamarul701.blogspot.com

Friday, May 22, 2015

Level-level Pemain Pelabur Hartanah



Hartanah adalah tempat membina kekayaan. Bukannya skim cepat kaya. Dalam hartanah ini ada level-level dia sendiri. Menarik juga apa yang ditulis oleh Dexter Lim dan W.T. Kam dalam mereka yang bertajuk ‘Start From 0! 3 Years to a RM10 million Property Portfolio’.

Saya tertarik dengan kata-kata beliau bahawa sebagai pekerja makan gaji, kita akan mengutuk majikan kita saban tahun dan hanya tutup mulut apabila mendapat bonus. Begitulah yang terjadi dari tahun ke tahun. Bonus dan insentif yang ditawarkan oleh majikan kita sebenarnya adalah umpan supaya kita terus bekerja dengan mereka. Pendek kata, kita harus membina keyakinan untuk bekerja sendiri.

Level-level pemain pelabur hartanah ialah :

1. Sekolah Tadika : Masih menyewa (Mungkin anda salah satu)

2. Sekolah : 1 hartanah setiap 10 tahun

3. Universiti : 1 hartanah setiap 5 tahun

4. Daerah : 1 hartanah setiap 3 tahun

5. Negeri : 1 hartanah setiap 2 tahun

6. Negara : 1 hartanah setiap tahun

7. Benua : 2 hartanah setiap tahun

8. Antarabangsa : 3 hartanah setiap tahun

9. World class : 5 atau lebih pada setiap tahun (Ada ke?)

Anda level mana?

http://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, May 21, 2015

Dr. Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Ke?


Biasanya orang-orang yang tubuh parti baru ni ialah orang-orang yang kecewa dengan Umno. Mana taknya rata-ratanya yang tubuh parti baru kebanyakannya adalah ex-Umno. Pkr dari Umno, Pas pun dari Umno, KITA pun dari Umno, Perkasa pun dari Umno, IKATAN dari Umno, Semangat 46 pun dari Umno, dan terbaru Dr. Mahathir pun nak tubuh parti baru.

Hei, betullah orang cakap. Umno adalah parti keramat. Dari Umno lahir lagi berbagai-bagai parti. Yang membezakan ialah survival parti itu sendiri itu untuk hidup dari semasa ke semasa. Al-maklumlah, kalau takda duit janganlah cuba nak tubuh parti-parti politik. Lagi-lagi nak PRU. Berjuta-juta makan belanja pasang sepanduk sana-sini. Tak masuk bagi upah pasang bendera kat jambatan sampai gaduh-gaduh ngan parti lawan. Silap wang pertaruhan hilang. Baik wak downpayment beli Iriz atau Viva je kan?

Berbalik kepada Dr. Mahathir tadi. Betul ke Tun nak tubuh parti baru? Tak habis-habis kecewa dengan Datuk Najib. Apa yang SNAD salute dengan Dr. Mahathir ini ialah main blog pun boleh jatuhkan Perdana Menteri (Pak Lah ler). Mana taknya. Sekali pos berjuta-juta orang baca. Tu pun belum kira lagi bila shared dalam Malaysiakini, masuk TV3, dll.  Pendek kata, Tun boleh mempengaruhi pendapat umum. Takut Najib pula jatuh kali ini kerana blog chedet.cc.
 
Apa kebarangkalian implikasi Dr. Mahathir tubuh parti baru?
1. Ahli Umno yang tak dapat projek atau kecewa tinggalkan parti Umno masuk Parti Tun Mahathir.
2. Parti Umno tinggal 2 orang aje – najib dan Rosmah serta ahli-ahli kabinet dapurnya (Termasuk Mat Maslan)                                       .
3. Keadaan masih sedia kala kerana tiada orang masuk parti baru Dr. M. (Parti baru meyakinkan ke?)
4. Dr. Mahathir memang perasan dia masih disokong ramai kerana PRU-13 menunjukkan pengaruhnya makin merosok kerana Umno terus kehilangan kerusi.
Datuk Najib tak bimbang ke? Ke nak main duduk diam je?         
http://wankamarul701.blogspot.com
 
 

Apabila Pas dan Umno Saling Memerlukan.


Haishhh.. apasal Tok Guru Haji Hadi tetiba memberikan sokongan kepada Datuk Najib ini lepas berbilion-bilion hilang. Tok Guru cakap Najib kena selesai sendiri masalah dia.

Agak-agaknya Najib nak selesai camana kalau dah bertong-tong duit rakyat sudah hilang? Bail-out semua ke 1MDB yang dah takda duit tu semua dengan duit rakyat etc. dengan duit Tabung Haji ke? Atau bagaimana?

Mahadei pula suruh Najeb letak jawatan. Sah-sah Najib tak nak letak jawatan kalau dah jadi orang nombor 1 negara. Apalagi Kak Ros tu dah control Najib sana-sini. Sekali-sekala SNAD tengok Mahadei macam nyanyuk juga asyik semua orang tak betul. Dia sorang saja yang betul. Kan gitew?

Lepas sehari Haji Hadi keluar statement, berbondon-bondonlah akhbar-akhbar utama siarkan statement Haji Hadi supaya Najib pertahan jawatan. Ada niat apa-apa ke?

Nah, SNAD yakin bahawa Pas tersempit dalam Pakatan apatah lagi Dap dah sah-sah tolak perjuangan hudud Pas. Kadang-kadang isu hudud menjadi senjata paling ampuh memecahkan Pakatan. Sudah tentu dalam konteks demokrasi, sokongan Umno amat-amat diperlukan buat masa ini buat Pas.

Di pihak Umno pula mereka terkongtang-kanting kerana sudah berduyun-duyun orang cina masuk sokong Dap. Apatah lagi harga barang asyik naik sahaja. Sapa nak sokong BN kalau keadaan macam ni. Betul orang cakap BN = Barang Naik. Ingat gaji kita orang nak buat bayar beli jet korang ke?

So, sokongan Pas amat diperlukan oleh Umno buat masa ini. Pegang sahaja Pas, maka penyokong-penyokong Pas secara otomatik akan sokong Umno. Kalau dah penyokong fanatik Pas, semua pemimpin Pas buat dikatakan betul. Doa Lim Guan Eng masuk Islam betul, duk kata Dap telah mengenal Islam, dll.. semua betul... Pemimpin Umno sahaja yang salah!!!

SNAD mungkin silap. Kadang-kadang Umno dan Pas perlu bergabung buat masa kini untuk kekuatan orang melayu sebenarnya. Apatah lagi Umno dan Pas sudah berada dalam keadaan lemah di pihak pakatan masing-masing. Sejarah pasti akan berulang. Dulu Umno dan Pas pernah bersatu. Tetapi akhirnya, Pas ditendang keluarkan dari BN.

Harap-harap lah kalau Umno dan Pas bersatu boleh melemahkan Dap. SNAD sebenarnya tak suka tengok Dap makin lama makin kuat. Orang-orang melayu duduk melolong duk sokong Dap. Sadisnya!!!
 
                        http://wankamarul701.blogspot.com         

Menulis 2 Perenggan 1 Hari


 
Berapa mukasurat kita nak menulis setiap hari?

10 mukasurat?

5 mukasurat?

3 mukasurat?

1 mukasurat?

Kalau menjadi penulis sepenuh masa, boleh terbitkan buku setiap 2 bulan sekali. Itu kalau menjadi penulis sepenuh masa.

Kalau Pak Latep penulis novel sejarah PTS, sekali bersin sahaja (terbit buku baru) 3 kali cetak..

Bagaimana kalau kita asyik sahaja dengan kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang?

Nak tulis berapa mukasurat sehari? Lagi-lagi kalau nak target sale buku menjadi bestseller. (Kalau Malaysia ni, buku bestseller jualan dia lebih 10,000 dalam masa setahun.)

So, ini tip untuk penulis part-time yang saya cuba lakukan iaitu menulis 2 perenggan sahaja sehari. Senang bukan? Sebulan pun paling kurang boleh tulis 40 perenggan (tolak 10 hari tak boleh menulis sebab ada hal lain). Anda bagaimana? Boleh nak cuba?

Seorang penulis tidak boleh mengatakan dia tak da masa. Kalau anda kata anda tak da masa nak menulis, sebenarnya anda tidak memberi peluang diri anda untuk menjadi penulis.

Terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com