Trend pasaran buku di seluruh dunia menunjukkan 80% buku
bacaan umum (tradebooks) yang terjual adalah kategori fiksyen. Hanya 20%
sahaja kategori bukan fiksyen. Fakta ini membawa implikasi serius kepada
penerbit komersial yakni, demi survival, penerbit terpaksa menerbitkan
buku-buku fiksyen.
Daripada semua kategori fiksyen yang terjual itu pula, 80%
adalah dibeli oleh perempuan! Inilah sebabnya penerbit novel-novel perempuan
dapat hidup kaya raya tanpa menerbitkan kategori lain.
Justeru, jika penerbit komersial seperti PTS yang menerbitkan
pelbagai kategori buku mahu survive, kita terpaksa juga menerbitkan
fiksyen-fiksyen yang ditargetkan khusus kepada pasaran perempuan. Kejayaan menerbitkan kategori fiksyen perempuan memerlukan
pengetahuan berkenaan jenis-jenis fiksyen yang diminati oleh perempuan. Tidak
semua kategori fiksyen dibeli oleh perempuan.
Fiksyen karya sastera yang berat-berat tidak dibeli oleh
perempuan. Karya sastera berat hanya dibeli oleh peminat sastera berat, baik
lelaki mahupun perempuan, manakala jumlah mereka amat kecil, tidak dapat
menjamin survival penerbit.
Sektor fiksyen perempuan yang paling besar adalah sektor novel
cinta. Sampai bila-bila pun novel cinta menjadi kegemaran perempuan. Pasaran novel cinta
adalah ibarat telaga yang tidak ada dasarnya. Berapa banyak pun
judul novel cinta yang sudah diterbitkan, mereka tetap mahukan lebih banyak
judul baru diterbitkan....
Keuntungan yang diperoleh daripada jualan fiksyen perempuan
itulah yang akan digunakan bagi membiayai penerbitan buku-buku kategori bukan
fiksyen, yang jualannya kecil. Strategi ini disebut cross-publishing,
yakni menggunakan keuntungan jualan daripada buku-buku lain bagi membiayai
penerbitan buku-buku lain.
Penerbitan karya sastera berat terpaksa ditanggung oleh jualan
novel-novel cinta popular. Realiti inilah yang menyebabkan setiap bulan PTS
menerbitkan lebih banyak fiksyen perempuan daripada kategori lain. Hanya sahaja
fiksyen popular terbitan PTS adalah syariah-compliant.
Sumber : universitipts.com
Komen saya :
Sememangnya pasaran novel
adalah luas di Malaysia apatah lagi para pembaca majoritinya terdiri daripada
kaum wanita. Kaum wanita suka berimiginasi dan fantasi sebab itu. Oleh itu,
tidak hairanlah mereka suka membaca novel. Saya masih teringat pada tahun 2017
apabila pergi ke kilang pencetak dan waktu itu menjelang Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Saya dimaklumkan oleh kilang pencetak,
sebuah syarikat penerbitan telah mencetak sebanyak 15,000 naskah novel bagi
satu judul! Nah, ini membuktikan pasaran novel adalah luas dan jualannya pasti
kencang! Rata-ratanya rakyat Malaysia suka membaca bacaan yang ringan dan tidak
suka membaca yang terlalu ilmiah atau berat. Ini realiti semasa apabila kita
ingin tenggelam dalam dunia penerbitan. Kita perlu menerbitkan apa yang orang
minat dan bukannya yang kita minat!
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment