Alhamdulillah, saya sudah lulus dan lepas
Bahagian Pertama untuk master sejarah saya. Dan kini masuk Bahagian Kedua iaitu
fasa menyiapkan tesis pula. Untuk lulus Bahagian Pertama master sejarah UM,
anda perlu lulus lima kursus sekurang-kurangnya gred B sebelum layak masuk ke
Bahagian Kedua untuk menyiapkan tesis.
Kalau sebut tesis ini, ia sudah tentu
membuat kajian supaya mendapat penemuan-penemuan baru. Sudah tentu dalam bidang
sejarah, anda atau saya sekalipun perlu membaca dan mengkaji sumber-sumber primer
yakni sumber asal supaya mendapat penemuan baru.
Oleh itu, untuk mendapat sumber primer ini
anda perlu ke Arkib Negara. Di sini, akan menemui semua sumber asal seperti
surat-surat, fail-fail, rekod-rekod kolonial, dan sebagainya. Ini kalau taraf
master, kalau taraf Ph.D nanti anda perlu pergi ke London untuk mencari
sumber-sumber primer nanti untuk kajian anda.
Baiklah, untuk mencari sumber primer
mengenai sejarah Malaysia, anda perlu ke Arkib Negara di Menara Warisan. Kalau
hari Sabtu, ia hanya akan dibuka sebulan sekali sahaja melainkan bulan November
dan Disember di mana hari sabtu tidak akan dibuka.
Apabila anda pertama pergi ke Arkib Negara,
anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Mendaftar sebagai penyelidik. Masa nak
mendaftar ini, anda perlu mempunyai tajuk kajian terlebih dahulu. Oleh kerana
ia perlu mendaftar secara online, anda perlu mempunyai e-mail yahoo ataupun
gmail kerana pengesahan perlu dibuat melalui e-mail ini.
Setelah mendaftar secara online, anda akan
diberikan kad akses untuk menggunakan dewan penyelidikan di sini. Boleh kata
kakitangan di sini masa saya datang mula-mula dahulu memang cool. Layan saya
saja dengan baik. Ehem..ehem..ehem..
Kalau nak masuk dewan penyelidikan ini,
peraturannya memang ketat dan agak strict. Anda tidak dibenarkan membawa masuk
handphone. Saya masa mula datang sini dulu, mula-mulanya berangan ingatkan
boleh snap gambar rekod-rekod fail ini untuk tujuan rujukan apabila pulang ke
rumah. Tetapi, handphone tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk. Apa
yang dibenarkan ialah membawa kamera untuk mengambil gambar. So, untuk mengambil
gambar-gambar sumber primer ini, anda dibenarkan untuk membawa kamera sebenar.
Hanya kamera sahaja dibenarkan dibawa masuk.
Tetapi anda jangan bimbang jika untuk
mendapatkan salinan dokumen-dokumen primer ini. Anda boleh membuat salinan
fotostat dengan mengisi borang yang disediakan. Harga hanya RM0.30 satu
mukasurat. Namun begitu, bukan semua dokumen boleh dibuat salinan kerana
bertaraf PNC. Oleh itu, anda boleh menaip dengan menggunakan laktop anda sahaja
di sini (laktop dibenarkan dibawa masuk).
Apa yang mencabar sewaktu berada di sini
ialah untuk mencari dokumen yang anda kehendaki. Dokumen-dokumen ini bukan
disusun seperti buku di perpustakaan. Ada hanya boleh mencari dokumen dalam
sistem. Setelah jumpa mana-mana dokumen yang anda kehendaki, anda hanya buat
permohonan pinjam melalui sistem. Setelah itu, dalam 10 minit, kakitangan
kaunter akan memanggil anda setelah dokumen yang anda kehendaki diperolehi.
Tapi, anda boleh meminjam 10 dokumen dalam
satu-satu masa. Selain itu, untuk anda membelek-belek bahan yang anda kehendaki
memang tentu ambil masa yang agak lama. Itupun kalau jumpa. Kalau tak jumpa, memang sia-sia kerja anda itu. Pendek
kata, kerja-kerja mencari sumber bahan ini agak leceh. Setelah itu, baru anda
boleh buat salinan fotostat untuk dokumen yang anda kehendaki itu.
Sebelum anda pergi ke Arkib Negara ini, ada
baiknya anda terlebih tahu apa bahan yang hendak dicari. Seperti mana saya
sebutkan, anda hanya bergantung kepada sistem sedia ada untuk mencari bahan anda
kehendaki. Jika ingin melihat surat khabar 1940-an, study dahulu kajian-kajian
lepas akhbar apa yang telah digunakan. Cari dahulu akhbar-akhbar apa yang wujud
pada tahun ini untuk memudahkan kerja anda.
Ini baru pertama kali saya ke Arkib Negara
yang berdekatan dengan bangunan LHDN. Insya Allah, saya akan datang lagi pada
masa akan datang untuk membuat kajian di sini.
Wallhua’lam.
1 comment:
assalamualaikum, satu perkongsian yang sangat menarik. boleh saya tau, apa tajuk tesis tuan dan apa status master tuan sekarang?
Post a Comment