Dalam buku Dr. Mahathir di dalam bukunya
iaitu Melayu Dilema, beliau ada menyentuh mengenai perbezaan antara sosio
budaya orang melayu dan orang cina yang disebabkan perbezaan alam semula jadi
di tempat asal masing-masing yang membentuk sikap dua kaum ini.
Orang melayu tinggal di iklim khatulistiwa
di mana geografi Tanah Melayu khususnya adalah bebas daripada ancaman bencana
bumi. Orang yang malas pun boleh hidup untuk meneruskan kehidupan mereka dalam
keadaan ini
Masyarakat melayu juga adalah sinonim
sebagai masyarakat penanam padi. Keadaan inilah yang memberi kesan kepada sikap
orang melayu sehingga ke hari ini. Apabila menanam padi, hasil dapat dituai
setiap enam bulan pada setiap tahun. Keadaan ini adalah berlanjutan dari
generasi demi generasi. Apabila sumber pendapatan ini adalah bergantung kepada hasil
tuaian padi, orang yang malas pun boleh hidup. Apatah lagi orang yang rajin.
Orang yang malas ini boleh hidup dan terus beranak-pinak generasi demi
generasi.
Berlainan dengan kaum cina. Bencana alam
yang berterusan melanda Tanah Besar China menyebabkan mereka harus berusaha
keras untuk terus hidup. Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak mampu
untuk menyambung nyawa mereka untuk terus hidup. Oleh itu, mereka melarikan
diri ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baru di sini. Sikap mereka yang
aggresif ini dibentuk dan dicanai sejak mereka berada di Tanah Besar mereka
lagi. Oleh itu, undang-undang diperlukan untuk melindungi orang-orang melayu
daripada sikap aggresif kaum ini di Tanah Melayu khususnya sejak kemerdekaan.
Zaman telah berubah. Orang melayu yang
dahulunya bekerja sebagai penanam padi kini kebanyakannya bekerja di
sektor-sektor kerajaan. Keadaan timbal terbalik juga berlaku sama seperti
dahulu. Orang melayu yang malas pun boleh mendapat gaji setiap bulan untuk
terus hidup dan seterusnya boleh beranak-pinak. Selain itu, orang-orang melayu
ini juga diberi skim pencen apabila bersara nanti. Skim pencen ini bukan
terhenti sebaik sahaja seseorang itu mati bahkan boleh diwariskan kepada ahli
keluarga terdekat untuk tempoh yang lama.
Maka dengan itu, orang melayu yang dahulunya
merupakan masyarakat penanam padi kini terus mengharapkan kerja kerajaan untuk
terus hidup. Sewaktu Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan, beliau telah
berhasrat untuk menghentikan skim pencen ini, namun hasrat beliau ini dihalang
oleh Dr. Mahathir yang ketika itu sedang menjadi Perdana Menteri.
Berlainan orang cina yang terkenal sebagai
masyarakat peniaga. Mereka tidak mengharapkan skim pencen kerajaan untuk terus
hidup yang boleh diwariskan kepada ahli keluarga mereka. Bahkan mereka
bertindak secara agresif dalam apa jua bidang sekalipun. Oleh itu,
undang-undang diperlukan untuk melindungi orang-orang melayu ini. Jika tidak,
masyarakat majmuk di Malaysia ini tidak mampu untuk hidup aman.
Dalam keadaan harga barang semakin naik
sudah tentu ianya memberi impak yang tersendiri khususnya kepada orang-orang
melayu. Dalam masa harga barang keperluan semakin, gaji pekerja-pekerja
kerajaan masih tidak naik. Secara tidak langsung, mereka terpaksa menggunakan
wang simpanan untuk memberi keperluan asas mereka. Bahkan ada yang sudah tidak
mampu untuk membeli barang keperluan asas jika bergantung semata-mata kepada
gaji bulanan!
Apabila wang simpanan pun sudah digunakan
untuk membeli keperluan asas, bagaimanakah kekayaan akan dapat dikumpul jika
keadaan ini terus berlaku? Khususnya bagi pekerja-pekerja kerajaan yang
rata-ratanya terdiri daripada orang melayu?
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment