Satu
pokok getah tidak dinamakan estet – Itulah pepatah tamil yang boleh kita
kaitkan dengan kehidupan seharian kita.
Apabila
kita melihat satu batang pokok getah walaupun ianya boleh mengeluarkan hasil,
ianya tidak boleh memberikan keuntungan yang berganda kepada kita untuk menjadi
seorang jutawan. Itulah realitinya apabila kita cuba kaitkan dengan kehidupan
kita pada hari ini
Dalam
bidang hartanah, sekiranya anda hanya mempunyai sebuah rumah sewa, ianya tidak
boleh memberikan keuntungan berganda kepada anda. Melainkan anda membina satu
demi satu hartanah anda. Ada baiknya anda perlu mempunyai 79 buah rumah sewa
untuk menjadi seorang jutawan. Saya tidak mahu memberi sifir keuntungan sekian
sekian jika anda mempunyai bilangan rumah sewa sebanyak sekian sekian kerana
sifir keuntungan perniagaan adalah tidak sama dengan sifir matematik.
Apa
yang lebih penting lagi dalam bisnes buku, kita tidak boleh bergantung kepada
sebuah buku sahaja untuk survive dalam industri penerbitan ini yang boleh
membawa anda menjadi seorang selebriti ataupun ke arah menjadi seorang
selebriti. Jika anda bergantung kepada sebuah buku sahaja, sudah tentu bayaran
royalti ataupun keuntungan yang diterima boleh membayar bayaran rumah sewa anda
untuk hanya beberapa bulan sahaja.
Jika
anda mempunyai banyak buku, sudah tentu royalti yang diperolehi daripada
buku-buku anda ini boleh membawa pulangan berganda dan lumayan kepada anda.
Kata orang, jika anda ingin hidup dengan royalti buku-buku anda, anda perlu
memberi masa sekurang-sekurangnya lima tahun kepada diri anda untuk memberi
tumpuan kepada bidang penulisan buku ini.
Ingatlah,
tiada jalan pintas untuk berjaya di dalam dunia ini!
Saya
teringat dengan nama seorang novelis lelaki terkenal iaitu Ahadiat Akashah yang
merupakan penulis novel yang paling popular pada tahun 1990-an. Beliau
dikatakan boleh membeli sebuah kondominium berharga RM400,000 hasil daripada
royalti daripada novel-novelnya.
Malangnya,
setiap sesuatu ada awal dan akhirnya. Bintang Ahadiat Akashah ini mulai pudar
apabila Malaysia ini memasuki alaf baru bermula tahun 2000 apabila muncul lagi
penulis-penulis novel baru yang berjaya menyaingi beliau apabila menampilkan
jalan-jalan cerita baru yang boleh memancing minat remaja ketika ini.
Apa
yang anda harus ingat ketika ini ialah cerita-cerita novel adalah berubah
mengikut zaman dan citarasa semasa. Jika dahulu jalan ceritanya ialah lelaki
tidak diterima oleh keluarga perempuan kerana dirinya miskin tetapi zaman
sekarang cerita-cerita perkahwinan adalah sekadar di atas kertas sahaja. Zina,
seks bebas, anak luar nikah sekarang menjadi trend biasa dalam cerita-cerita
novel zaman sekarang.
Menulis
satu-satu genre bolehkan anda menulis atau membuat buku dengan banyak kerana
fakta yang anda gunakan adalah bertindih-tindih antara satu buku dengan satu
buku yang lain. Cuba kita di pasaran seseorang penulis buku yang tertumpu
kepada satu-satu genre sahaja dan tidak meloncat dari satu genre ke genre yang
lain. Oleh itu, tidak hairanlah seseorang penulis itu boleh memiliki 30 – 40 buah
buku walaupun usianya boleh lagi nak tambah 3 orang bini lagi.
Pendek
kata, perancangan perlu ada dalam membuat sesuatu. Tidak kiralah apa-apa bidang
sekalipun. Janji serasi dengan minat dan hati supaya ianya menjadi suatu hari
nanti.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment