Buku Dr.
Mat Rofa Ismail yang bertajuk ‘Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu di Langit
Melayu’ sebenarnya memperihalkan mengenai sejarah alam melayu atau nusantara.
Buku ini sebenarnya adalah sambungan daripada buku beliau sebelum ini yang
bertajuk ‘Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki’ yang mencetuskan kontroversi
di tanah air kerana beliau menggunakan sumber primer hasil kajian beliau
sendiri untuk menyanggah sejarah rasmi negara kita.
Buku
ini adalah mengupas mengenai sejarah nusantara. ‘Malayonesia’ adalah merujuk
kepada gugusan kepulauan melayu seperti Malaysia, Indonesia, Thailand,
Filipina, dan sebagainya mengikut geografi moden pada hari ini.
Dr. Mat
Rofa mengupas tulisan yang ditulis oleh Salih Affandi Jaudat yang bertajuk
Ummat al-Malayu di mana buku ini telah diterbitkan pada tahun 1901. Buku ini
sebenarnya ingin menceritakan mengenai masyarakat Islam yang tinggal di Timur
jauh. Salih Affandi Jaudat sebenarnya merupakan kawan kepada anakanda Sultan
Kedah yang belajar di Mesir ketika itu yang bernama Tunku Mansor ibn al-Marhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1889-1932). Selain itu, Dr. Mat Rofa juga membedah
buku yang ditulis oleh Alfred Rusell Wallace yang bertajuk The Malay
Archipelago : The Lang of the Orang-Utan and the Bird of Paradise serta Tarikh
Fathani yang ditulis oleh Syeikh Faqih Ali.
Antara
kandungan menarik buku ini ialah :
a. Nama
negara kita Malaysia pada hari ini telah digunakan pada tahun 1937 walhal
negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Malaysia yang dirujuk oleh Ruppert
Emerson dalam bukunya bertajuk Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule yag
ditulis pada tahun 1937 adalah merujuk kepada gugusan kepulauan melayu atau
nusantara.
b. Jika
hari ini Amerika Syarikat menguasai dunia, maka Belanda telah menguasai dunia
pada kurun ke-16 dan 17. Apa yang lebih hebat lagi ialah Belanda telah dapat
menguasai geografi kepulauan melayu iaitu 40 kali ganda lebih besar daripada
geografinya sendiri!
c.
Gunung Ledang di Tanah Melayu juga merujuk kepada Mount Ophir yang ditulis di
dalam kitab Bible.
d.
Wallace telah melakukan kajian geografi di Alam Melayu dari tahun 1854 sehingga
1862 lalu pulang ke England selepas itu. Dalam kajian beliau mengenai tabii
alam melayu, beliau telah berjaya mengumpul 125,600 spesimen termasuk 310
haiwan mamalia, 100 reptilia, 8,050 burung dan unggas, 7,500 kulit kerang,
13,100 lepidoptera, dan 13,400 jenis serangga.
e. Jika
fahaman Orientalisme merupakan fahaman pandangan Barat terhadap Timur, maka
fahaman Timur terhadap Barat dikenali sebagai Oksidentalisme.
f.
Teori Darwin yang menyatakan bahawa manusia ini berasal daripada beruk
sebenarnya adalah mencuri teori yang telah diperkenalkan oleh Wallace.
Sekadar
ini sahaja dahulu saya menulis poin-poin penting mengenai buku ini. Anda boleh
mendapatkannya di pasaran untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buku ini. Saya
mengambil masa 2 bulan untuk memahami betul-betul dan menghabiskan pembacaan
buku ini. Jika anda lebih cepat menghabiskan pembacaan buku ini dari saya, sudah tentu anda lebih laju daripada
saya.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment