Boleh
dikatakan bahawa buku ini sangat mahal. Buku ini hanya setebal 201 mukasurat
yang sepatutnya dijual antara harga RM20-RM30. Oleh kerana Dato’ Aliff Shukri,
Pengasas D’Herbs yang menulis buku ini, harga buku ini menjadi RM59.90.
Tip
yang dikongsikan oleh Dato’ Aliff ialah bagi permulaan ingin bergiat dalam
laman sosial ialah mengemaskini 3 kali status pada setiap hari. Yakni waktu
pagi, tengah hari, dan malam. Selepas 6 minggu, laman sosial ini perlu
dikemaskini sebanyak 5 kali sehari.
Jika
dahulu ketika saya menghadiri bengkel yang diusahakan oleh Shamsuddin Kadir,
beliau menyatakan bahawa keunikan penting dalam menjalankan bisnes supaya orang
ramai tertarik dengan produk atau perkhidmatan kita. Begitu juga tip yang
dikongsikan dengan Dato’ Aliff bahawa kita perlu mempunyai keunikan dalam
menjalankan bisnes. Yang kadang-kadang jarang didengar dan boleh menarik
perhatian orang. Inilah kunci utama untuk menarik perhatian orang untuk
membeli.
Kita juga perlu menangguhkan keinginan kita untuk
untuk hidup mewah. Setidak-tidaknya kita hanya perlu menggunakan 30 peratus
sahaja daripada keseluruhan harta kita jika ingin hidup mewah. Jika 30 peratus
sahaja kita perlu gunakan daripada keseluruhan harta kita, berapakah
agak-agaknya duit Dato’ Aliff apabila dia sedang membina rumah berharga RM30
juta sekarang?
Keistimewaan
buku ini juga kadang-kadang mengaitkan teori dengan realiti sebenar. Tetapi
teori-teori ini sebenarnya agak membosankan. Tidak ubah seperti dengan
buku-buku teks bisnes di universiti.
Jika
kita melihat Dato’ Aliff seperti lembut orang bahkan pernah diludah orang
ketika beliau menjual barang-barang komestik orang lain pada mulanya di
pejabat-pejabat, tetapi sebenarnya beliau mempunyai hati yang keras seperti
batu. Jika tidak, masakan beliau boleh menjadi jutawan pada usia masih terlalu
muda?
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment