Apabila saudara menulis buku yang akan dijual
di dalam kedai-kedai buku, saudara memasuki apa yang disebut sektor 'trade
book'. Dalam bahasa Melayu ia disebut 'buku umum'. Jadi semua buku dalam kedai
MPH adalah jenis trade book.
Daripada sudut bisnes, sektor trade book
adalah sektor yang sukar ditembusi, tetapi apabila sekali saudara dapat
menembusi sektor ini, saudara dapat bertahan lama dalam bisnes buku.
Apakah ciri-ciri trade book?
- Buku trade book dijual
kepada pembeli individu yang membayar dengan wang peribadi. Oleh itu buku
mesti dijual dengan harga patut. Ini berbeza dengan buku yang dijual
kepada perpustakaan awam yang dibayar menggunakan wang kerajaan. Buku-buku
yang dibeli oleh institusi dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi
daripada harga kedai.
- Bagi mendapatkan harga
patut, jumlah halaman perlu dikawal. Sebagai contoh, pembeli buku-buku
Melayu tidak sanggup membeli buku yang harganya lebih daripada RM25. Harga
yang paling sesuai adalah kurang daripada RM20.
- Majoriti lelaki yang
masuk kedai buku mencari buku-buku yang membantu mereka naik pangkat ataupun
buat lebih banyak duit.
- Majoriti perempuan yang
masuk kedai buku mula-mula pergi ke rak novel, kemudian baru mereka pergi
ke rak buku-buku menjalin hubungan bahagia dengan lelaki, parenting dan
kesihatan.
- Kulit buku perlu
menggunakan desain yang menarik. Pengalaman kita mendapati warna hijau
tidak diminati oleh pembeli buku-buku bukan agama.
Apabila buku-buku terbitan saudara dapat
masuk rangkaian kedai-kedai buku besar, kedudukan saudara sama dengan Ramly
Burger, Adabi Food ataupun Aminah Hassan. Saudara tidak perlu ambil pusing
siapa turun, siapa naik, dalam politik. Saudara sudah kuat dalam sektor
komsumer.
Sumber : universitipts.com
No comments:
Post a Comment