Apabila
bisnes tidak laku, seringkali kita mengeluh ayat sebegini, “Tiada rezeki.”
Memang benar bisnes tidak laku mungkin kerana tiada rezeki. Namun begitu, ada
baiknya kita merenungi ayat al-Quran berikut :
“Apa saja nikmat
yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka
dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap
manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.” Surah an-Nisa’:79.
Daripada ayat
ini, cuba kita renungi semula. Apa yang baik itu datang daripada Allah s.w.t.
dan apa yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri.
Jika ayat ini
dihubungkan dalam konteks bisnes, sudah tentu banyak perkara yang kita perlu
perbaiki supaya perniagaan kita semakin maju dari semasa ke semasa.
Kadang-kadang hal yang remeh-temeh pun kita tidak ambil kisah yang membuatkan bisnes
kita tidak laku.
Cuba kita
muhasabah diri kita semula. Adakah kita sentiasa melakukan perkara-perkara yang
mendatangkan kemungkaran Allah s.w.t. yang membuatkan rezeki kita tidak datang
atau lebih tepat lagi jika bisnes kita tidak laku?
Berani saya
mengatakan bahawa para usahawan yang berjaya ialah orang-orang yang sentiasa
mendirikan solat berjemaah di masjid seperti mana dalam ayat berikut :
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan
shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu
adalah bagi orang yang bertakwa.” Surah Thoha: 132.
Nah, di hujung ayat ini Allah s.w.t.
menyatakan bahawa akibat baik sendiri pun datang kepada orang-orang yang
bertaqwa. Oleh itu, ada baiknya kita sentiasa muhabasah diri kita dari semasa
ke semasa jika bisnes kita tidak laku.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment