Dipetik daripada buku Mudahnya Menjemput Rezeki :
“Amalan ini dikongsikan oleh salah seorang pembaca buku MMR. Kemudian
amalan yang sama saya uji kepada salah seorang penjual buku MMR. Beliau
mengamalkan selama 4 minggu. Hasilnya…? Subhanallah, Masya-Allah, Allhuakbar!
Rezeki (Duit) yang sebelumnya diperoleh dalam tempoh sebulan (gaji) dapat
diraih dalam masa sehari sahaja. Yakni melalui sebuah perniagaan kecil-kecilan.
Apakah amalannya?
Pada setiap hari Jumaat, beliau bersedekah duit. Dimulai dengan RM100.
Jumaat berikutnya RM200 dan ia terus ditambah sehingga minggu ke-4 menjadi
RM400.
Hasilnya? Perniagaan kecil-kecilan yang beliau usahakan pernah mencapai
keuntungan RM4,000 sehari.
Sekarang saya ingin bertanya, jika amalan ini diteruskan selama setahun,
berapakah agaknya sedekah beliau setiap hari Jumaat?
Beranikah saudara mencuba amalan ini?
Baiklah, sebagai motivasi, suka saya beritahu bahawa pembaca yang berkongsi
amalan ini sudah berjaya meningkatkan keyakinan sehingga mampu bersedekah RM10,000 setiap minggu dengan senang hati.”
Wallahua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment