“Barangsiapa
yang Allah s.w.t. inginkan kebaikan ke atas dirinya, maka Allah s.w.t. akan
limpahkan ilmu agama ke atas dirinya.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sejauh
manakah diri kita ini dipenuhi dengan ilmu-ilmu agama? Adakah sekadar mengucap
2 kalimah syahadah atau hanya tahu menunaikan solat 5 waktu sehari semalam?
Memang Allah s.w.t. melimpahkan ilmu agama ke atas diri seseorang yang
dikehendakiNya, tetapi adakah diri kita ini hanya berserah kepada takdir
semata-mata supaya ilmu itu akan datang sendiri kepada kita?
Al-quran
dan hadis itu adalah cahaya, dan ia tidak akan berada dalam hati-hati yang
dicemari maksiat. Apabila merujuk kepada maksiat, ia bukanlah hanya tertakluk
kepada dosa-dosa besar seperti minum arak, membunuh orang, dan sebagainya. Membuat
maksiat adalah melakukan larangan-larangan Allah s.w.t. Akibatnya, titik-titik
hitam akan datang kepada hati kita setiap kali maksiat dilakukan. Oleh itu,
marilah kita sentiasa beristighfar supaya hati-hati kita menjadi laksana piala
yang terang-menderang yang selalu terbuka untuk menerima ilmu-ilmu agama supaya
kita termasuk orang-orang yang mendapat kurniaan daripada Allah s.w.t.
Baiklah,
hari ini saya sebenarnya terpandang dan mula terfikir mengenai ayat Surah
al-Mulk yang berbunyi :
“Dialah
yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya
dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali
setelah) dibangkitkan.” Surah al-Mulk : 15
Melalui
ayat ini, al-Quran juga sebenarnya menganjurkan kepada kita untuk menggembara
atau dengan kata lain-lain melancong ke tempat-tempat lain ke seluruh dunia.
Mengapa? Tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk menambahkan lagi rasa
kehambaan kita kepadaNya dengan melihat ciptaan-ciptaanNya di seluruh dunia.
Apabila
kita menggembara, sudah tentu kita akan melihat betapa takjubnya alam ini
dengan melihat ciptaan-ciptaan serta kehidupan-kehidupan bangsa lain di tempat
lain. Mungkin ianya amat berlainan dengan diri kita. Sudah tentu ia merupakan
pengalaman yang baik sepanjang hayat kita. Bayangkan jika kita sudah berumur 60
tahun, namun tidak pernah ke mana-mana. Apakah pengalaman yang ingin kita ceritakan
kepada anak-cucu kita nanti?
Sememangnya,
menggembara itu memerlukan modal yang besar. Tetapi, jangan hanya menulis dan
menyimpan pengalaman anda dalam diari sahaja. Komersialkan
pengalaman-pengalaman dan catatan perjalanan anda dalam bentuk buku. Nescaya
buku anda akan menjadi harta intelek yang tinggi yang boleh menggamit ramai
pembaca untuk membeli buku hasil kembara anda. Sudah tentu pengalaman
penggembaraan anda menjadi pelaburan anda juga.
Saya
juga ada terbaca buku-buku pengurusan kewangan yang tidak menganjurkan kita
melancong ke luar negara. Sudah semestinya, idea ini kolot dan kita tidak perlu
mengikut idea ini yang sudah tentu bertentangan dengan ayat al-Quran di atas.
Apa yang penting ialah carilah kepuasan untuk diri kita sendiri dan jangan
mengikut idea yang kosong semata-mata.
Wallua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment