Saya berminat
hendak membuka stesen minyak. Lokasinya adalah terletak di jalan utama iaitu
Jalan Alor Setar – Kangar di tepi masjid dan ianya amat strategik. Stesen
minyak masih belum banyak di situ dan stesen minyak paling dekat sekalipun
terletak lebih 3 km. Saya merupakan graduan dalam perakaunan dan mempunyai
pengetahuan mengenai akaun dan bisnes. Mungkin saya boleh dapatkan pinjaman
dari MARA ataupun TEKUN. Saya bercadang ingin membuka Caltex. Masalah sekarang
ialah tanah lapang itu terletak di tepi rumah. Mungkin tapak rumah itu perlu
dialihkan sedikit. Oleh itu, saya bertanyakan pendapat encik mengenai kes saya.
- Azuan
Jawapan :
Terima kasih kerana
sudi melayari dan membaca blog ini. Semoga ia dapat memberi ilmu manfaat kepada
Saudara Azuan. Mengenai pertanyaan saudara, saya hanya boleh memberi beberapa
pendapat mengenai apa yang saya tahu seperti berikut :
1. Lokasi Tapak Stesen Minyak
Sebelum sesebuah
stesen minyak dibuka, pihak stesen minyak akan terlebih dahulu melihat keadaan
trafik di sesuatu tapak yang ingin dibina stesen minyak tersebut. Mungkin
faktor yang dilihat ialah bagaimanakah keadaan jalan tersebut, berapakah purata
kenderaan melalui jalan tersebut setiap hari, kedudukan di luar bandar atau di
bandar dan sebagainya.
Ada seorang rakan
saya yang mempunyai tanah pusaka yang telah bercadang untuk membuka stesen
minyak di tanah tersebut. Apabila beliau berjumpa dengan pihak syarikat minyak,
faktor utama yang dipertimbangkan ialah keadaan trafik di kawasan tersebut.
Bagi kes saudara,
saya percaya peluang untuk membuka stesen minyak adalah cerah kerana terletak
di jalan utama. Tambahan pula banyak lagi stesen minyak belum dibuka di kawasan
tersebut.
2. Ijazah Tidak Dapat Menjamin Kejayaan Anda dalam Perniagaan
Mungkin dengan
kelebihan Saudara yang merupakan graduan perakaunan memberi kelebihan saudara
dalam menguruskan aliran tunai. Perniagaan merupakan entrepreneurship dan bukannya intrapreneurship.
Entrepreneurship bermaksud saudara
perlu membuka dan menjalankan perniagaan sendiri manakala intrapreneurship bermaksud saudara hanya bekerja dengan orang lain
dan menjalankan perniagaan mereka. Contohnya ialah bekerja dengan syarikat
swasta, GLC, dan sebagainya. Ini bukan racist.
Orang-orang melayu kebiasaannya mempunyai daya intrapreneurship yang tinggi berbanding daya entrepreneurship.
3. Pinjaman Untuk Membuka Stesen Minyak
Sebenarnya, pinjaman TEKUN adalah tidak mencukupi
untuk membuka stesen minyak kerana pinjamannya adalah sehingga RM100,000 sahaja
sedangkan modal untuk membuka stesen minyak ialah antara RM300,000 sehingga
RM400,000.
Pihak yang boleh
memberikan pinjaman sehingga RM400,000 ialah Pemodalan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB). Ini adalah pengalaman saya bertemu dengan kakitangan PUNB dan saya ada
bertanyakan modal untuk membuka stesen minyak. Beliau menyatakan bahawa modal
untuk membuka stesen minyak ialah antara RM300,000 sehingga RM400,000.
4. Masalah Kedudukan Rumah Saudara
Saudara ingin
membuka stesen minyak dan tapak tersebut terletak di tepi rumah saudara. Saya tidak mendapat gambaran ukuran sebenar dan persekitaran tanah saudara. Begitu juga dengan rumah saudara. Mungkin rumah Saudara
merupakan rumah papan kerana ia perlu dialihkan.
Jika betul-betul stesen minyak tersebut
terletak di tepi rumah Saudara, adakah Saudara betul-betul bersedia untuk
menghadapi keadaan trafik setelah stesen minyak akan beroperasi kelak? Adakah
berbaloi sekiranya rumah tersebut dialih dan semasa dalam pembinaan stesen
minyak ataupun selepas ianya beroperasi, ada masalah yang timbul dan keuntungan
tidak dapat dibuat daripada stesen minyak tersebut? Bagaimana dengan pinjaman
yang telah dibuat untuk membayarnya pada setiap bulan kelak?
Perkara-perkara ini
perlulah dipertimbangkan dalam mengusahakan stesen minyak. Apa yang penting
ialah Saudara memikirkan segala risiko bisnes saudara kelak jika Saudara
betul-betul ingin membuka stesen minyak.
Ini sahaja mengenai
pandangan saya. Terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment