Sunday, November 20, 2011

Melaburlah di dalam ASNB


"Jika kamu seorang pemegang Ijazah tetapi tidak tahu mengenai ASNB, bagaimana keadaan orang melayu di luar sana?"

Itulah kata-kata rakan pejabat saya yang dilontarkan kepada saya. Ya, saya baru tahun lepas mengetahui mengenai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Sebenarnya, ASNB adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu penyertaan bumiputera dalam ekonomi di bawah seliaan Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Ramai golongan bumiputera yang tidak mengetahui manfaat ASNB ini yang menyebabkan matlamat kerajaan untuk memastikan ekuiti pemilikan orang melayu di dalam ekonomi sebanyak 30% gagal pada akhir tahun 1990.



Jangan lepaskan peluang melabur dalam ASNB

Mengapa ASNB?

Ya, ASNB adalah pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan dengan dividen tahunan adalah sebanyak 6-7% setahun. Ia mungkin lebih kerana bergantung jenis akaun pelaburan saham itu sendiri seperti Amanah Saham Nasional (ASN) yang mungkin lebih daripada 7% setahun. Cuba anda beritahu kepada saya, apakah pelaburan yang paling kurang risiko dan menguntungkan di Malaysia selain syarikat Koperasi anda? Sudah tentu ASNB bukan? Amat malang sekali sekiranya anda tidak melabur di dalam ASNB.

ASNB ini hanya terbuka kepada kaum bumiputera sahaja dan tidak dibuka kepada kaum lain khususnya bangsa cina. Tetapi, apakah cara orang cina untuk melabur di dalam ASNB ini? Diceritakan kepada saya yang berusia 60-an telah berkahwin dengan orang asli berusia 20-an semata-mata kerana ingin memperolehi peluang untuk melabur di dalam ASNB.Apa yang lebih menarik lagi, pasangan tersebut masih memperolehi zuriat walaupun si suami telah berusia 60-an. Itulah cara orang cina ingin melabur di dalam ASNB iaitu melalui perkahwinan dengan golongan bumiputera. Alangkah besar manfaatnya melabur di dalam ASNB ini!

Bagaimana kita ingin melabur di dalam ASNB ini? 

Terdapat dua cara sekiranya anda ingin melabur di dalam ASNB ini, iaitu secara tunai dan juga secara pinjaman bank. Untuk secara tunai, anda boleh membuat potongan gaji ataupun bank-in duit anda di kaunter-kaunter bank terpilih. Saya hanya membuat potongan gaji sahaja kerana saya tidak suka berhutang. Untuk kaedah kedua pula, anda boleh membuat pinjaman peribadi (personal loan) dengan bank-bank terpilih dengan syarat dividen tahunan anda lebih daripada jumlah yang dibayar kepada bank untuk tempoh setahun.

Terdapat juga bank-bank yang menawarkan pinjaman dalam bentuk geran contohnya RHB Bank yang menyediakan pinjaman kepada pelabur. Contohnya, anda membuat pinjaman sebanyak RM100,000 dengan pihak bank untuk melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pihak bank akan memberi anda geran tanda anda membuat pelaburan sebanyak RM100,000 di dalam ASB. Apa yang menarik, anda boleh menarik balik geran tersebut sekiranya anda tidak mahu melabur di dalam ASB lagi. Tetapi dengan syarat anda sekurang-kurangnya membayar pinjaman tersebut selama 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, anda boleh memberi balik geran tersebut kepada pihak bank sekiranya anda tidak mahu lagi menggunapakai duit bank untuk melabur.Anda boleh menikmati dividen sekurang-kurangnya berjumlah RM21,000 untuk tempoh 3 tahun melalui cara pelaburan ini. Menarik bukan?

Apakah hukum pelaburan ASNB?

Tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah Mufti yang mengeluarkan fatwa yang mengatakan bahawa pelaburan di dalam ASNB adalah Haram. Namun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa hukum melabur di dalam ASNB adalah HARUS. Mengapa? Ini adalah kerana dana-dana pelaburan di bawah kawalan PNB ini dilaburkan di dalam syarikat-syarikat strategik negara walaupun ada antara syarikat-syarikat ini tidak mematuhi Syariah. Sekiranya, difatwakan Haram, dibimbangi bahawa  orang Islam di negara ini tidak mempunyai kepentingan ataupun aset dalam syarikat-syarikat strategik negara dan ia akan dikuasai oleh orang bukan Islam. Oleh itu, fatwa HARUS dikeluarkan atas dasar darurat kepada Umat Islam di negara ini. (Sila layari Youtube untuk mendengar penjelasan Dr. Asri Zainul Abidin lebih lanjut).

Oleh itu, melaburlah di dalam ASNB bermula sekarang sekiranya anda masih tidak membuat pelaburan di dalam akaun ini. Ini merupakan tempat pelaburan yang paling selamat. Apa yang lebih penting, kita dapat bersama-sama mengangkat martabat ekonomi bangsa Melayu di persada tanah air ini.Mudah-mudahan.

Sekian, terima kasih.

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad




1 comment:

Anonymous said...

biar sedikit,asalkan halal,drp banyak,tpi haram..
ASB diragui statusnya kerana investmennya ke dlm tmpt yg haram melebihi 30%,so,lebih daripada benchmark yg diluluskan oleh MPS Suruhanjya sekuriti..so,bg yg berpegang pd fatwa mufti Selangor,ASB adalah haram,tpi bg yg berpegang pd fatwa mufti perak,ASB adalah harus atas alasan 'maslahah' kpd ekonomi umat islam hari ini..tepuk dada,tnya iman..bagi sy,byk lg tmpt yg boleh dilaburkan oleh ASB jika mahu pelaburan yg halal,so,biar sedikit,asal diberkati;)