Tuesday, January 21, 2025
Monday, January 20, 2025
Friday, January 17, 2025
Adakah Sesuai Kita Menggunakan Istilah ‘Bodoh Macam Lembu’? Apa yang al-Quran Cakap Mengenai Lembu?
Istilah Melayu sinonim dengan kata-kata “Bodoh macam
lembu.” Akan tetapi, dalam al-Quran ada menyebut mengenai Surah al-Baqarah
iaitu Surah ‘Lembu’. Mengapa kita tidak memandang lembu itu sebagai sesuatu
yang mempunyai nilai ekonomi pada kita? Padahal lembu merupakan nilai industri
yang mempunyai nilai multi-bilion ringgit yang boleh memberi sumbangan kepada
kita ataupun negara kita.
Lihat sahaja FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak
syarikatnya FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) yang meletakkan sasaran untuk
mengeluarkan sebanyak 30,000 liter sehari susu lembu untuk suku pertama tahun
2021 suatu ketika dahulu. Lembu yang diperlukan ini adalah sebanyak 258 ekor.
Susu lembu ini diperlukan bagi memenuhi permintaan tempatan, terutama oleh
segmen pasar HORECA (Hotel, Restaurant and Cafe).
Begitu juga bisnes kulit lembu pun boleh meraih
pendapatan sebanyak RM7,000 sebulan. Kulit lembu ini dijual dengan harga RM30 –
RM40 bagi satu kulit lembu bagi seekor lembu. Kulit lembu ini boleh dijadikan menu
masakan seperti masak lemak cili padi, taucu dan sambal goreng.
Pengusaha lembu akan memperolehi pendapatan berlipat kali
ganda apabila menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha. Harga seekor lembu adalah
sekitar RM4,900 hingga RM6,020 bergantung kepada saiz lembu tersebut. Sekiranya
lembu tersebut dijadikan lembu korban, purata satu bahagian lembu (1/7) adalah
antara RM700 hingga RM860. Para pengusaha lembu ini akan memperolehi keuntungan
RM300 – RM400 bagi setiap ekor lembu yang dapat dijual. Di Malaysia, terdapat
24,000 buah masjid dan surau. Jika secara purata 10 ekor lembu diperlukan untuk
menyambut perayaan korban dengan harga seekor bernilai RM6,000, sudah tentu nilai
ekonomi sebanyak RM1.4 bilion sudah berada di sini sahaja semata-mata untuk
menyambut perayaan korban.
Dalam al-Quran secara umumnya terdapat 3 perkara yang
boleh memberi kekayaan kepada kita iaitu binatang ternakan, pertanian, dan
emas. Ketiga-tiga perkara ini sememangnya dikenakan zakat dengan mengikut
jumlah tertentu apabila cukup syarat. Sebagai orang yang bekerja makan gaji,
kita kadang-kadang tidak mengetahui atau perasan mengenai perkara ini. Kita
harus ambil peluang ini untuk menambah nilai kekayaan kita.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, January 14, 2025
Apabila Tentera Allah s.w.t. Membakar Los Angeles
KEMASKINI 21 JANUARI 2025
Saintis Amerika Syarikat yang menyiasat punca kebakaran di Los Angeles (LA) ini mendapati terdapat burung gagak (Falcon) yang membawa ranting-ranting kayu yang berapi ke LA ini yang menyebabkan kebakaran besar berlaku. Adakah burung ini bayangan burung Ababil yang disebutkan dalam al-Quran yang memusnahkan tentera Abrahah?
Kebakaran yang amat dahsyat yang melanda Los Angeles
mengingatkan saya dengan lirik lagu Raihan mengenai burung Ababil yang dihantar
oleh Allah s.w.t. bagi menghancurkan tentera Abrahah di mana tentera ini
berhasrat untuk memusnahkan kota Mekah ketika itu. Malangnya, orang-orang
mukmin yang ketika itu tidak mampu membuat apa-apa dan hanya berserah dan
berdoa kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menghantar burung Ababil yang
membawa batu api dari neraka untuk menghancurkan tentera Abrahah ini.
Hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi, “Imam (Khalifah) adalah
laksana perisai yang di belakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”Nabi
Muhammad s.a.w. menyanjung tinggi dengan adanya pemimpin umat Islam di dunia
ini sebagai pelindung mereka. Malangnya, imam atau khalifah ini sudah tiada
apabila Mustafa Kamal Attaturk memansuhkan sistem pemerintahan berkhalifah
secara rasminya pada tahun 1924. Umat Islam pada hari ini ibarat anak-anak ayam
yang dikejar musang tanpa ibunya.
![]() |
| Kawasan yang Terlibat dengan Kebakaran Hutan di Los Angeles |
Selepas meletusnya Perang Gaza pada 7 Oktober 2023 dunia
Islam dilihat seolah-olah membisu bagi menyelamatkan nyawa umat Islam yang
dibunuh pada setiap hari di Gaza. Negara-negara umat Islam yang berjiran dengan
Palestin seperti Syria, Jordan, dan Mesir yang sepatutnya menjadi fardhu ain ke
atas diri mereka untuk membantu umat Islam di Gaza senyap seribu bahasa tanpa
membuat apa-apa untuk melindungi saudara seagama mereka dibom dan dibunuh oleh
tentera Israel. Saya percaya umat Islam di seluruh dunia berdoa ke atas
kesejahteraan saudara seagama mereka di Gaza ini walaupun mereka termasuk
Malaysia tidak mampu menghantar tentera untuk menentang tentera pengganas
Israel.
Doa umat Islam ini seolah-olah dimakbulkan oleh Allah
s.w.t. apabila Los Angeles yang merupakan bandar kedua terbesar mengalami
kebakaran yang amat dahsyat selepas 2 hari Donald Trump mengeluarkan kenyataan
biadap yang mengatakan pada 8 Januari 2025 bahawa Timur Tengah dan Gaza akan
menjadi neraka sekiranya tebusan Israel tidak dibebaskan oleh Hamas sebelum dia
mengangkat sumpah jawatan presiden pada 20 Januari 2025. Allah Maha Mendengar.
Apa yang terjadi ialah Los Angeles yang menjadi ‘neraka’ apabila mengalami
kebakaran hutan pada 10 Januari 2025 iaitu selepas 2 hari Trump mengeluarkan
kenyataan biadap tersebut. Kebakaran ini memusnahkan 12,000 struktur binaan dan
Los Angeles mengalami kerugian sebanyak 150 bilion Dollar.
![]() |
| Kawasan Utara Gaza yang Dikepung oleh Tentera Israel Seluas 160 km persegi. |
Apa yang lebih menarik lagi ialah kebakaran Los Angeles
adalah melibatkan kebakaran seluas 160 km persegi iaitu sama dengan keluasan
utara Gaza dan Gaza City yang telah dikepung oleh Israel dengan bantuan Amerika
Syarikat dengan seluas 160 km persegi juga di samping seramai 400,000 penduduk
Gaza terperangkap dengan kebuluran di sini. Selain itu, kebakaran hutan yang biasanya
berlaku pada musim panas berlaku pada bulan Jun – Julai pada setiap tahun
berlaku pada bulan Januari yang merupakan musim sejuk di Los Angeles. Kebakaran
ini juga merupakan kebakaran sebesar 40 kali ganda lebih besar berbanding yang
terjadi sebelum ini. Adakah ini merupakan kebetulan ataupun suratan? Antara
logik sains dan hukum karma Allah s.w.t. ke atas Amerika Syarikat bersubahat
membunuh umat Islam tidak dapat ditolak dalam bencana ini.
Kejadian yang berlaku ini menggambarkan bahawa peristiwa
yang berlaku dahulu seperti apa yang berlaku kepada tentera Abrahah tidak
mustahil berlaku kepada musuh Allah s.w.t. kerana umat Islam sekarang amat
lemah dan kebergantungan mereka hanyalah kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Thursday, December 26, 2024
Terminate Kad Kredit Pertama
Sudah semestinya apabila memasuki tahun baru, kita akan membuat penilaian semula mengenai pengurusan kewangan kita. Pada sebentar tadi, saya pergi ke bank untuk terminate satu kad kredit. Bukan apa, kerana telah mempunyai kad kredit lain dan saya pun merasa pening jika hendak maintain banyak kad kredit dalam satu-satu masa. Kad kredit yang saya terminate ini memerlukan 24 swipe kali setahun jika tidak mahu dikenakan caj tahunan sebanyak RM195 setahun. Tambahan pula, kad kredit ini merupakan jenis mendapat manfaat cashback dan bukannya poin. Mungkin ada 2 kad kredit lagi saya ingin terminate selepas ini kerana saya tidak mahu maintain kad kredit yang banyak dalam satu-satu masa.
Wallhua'lam.
Friday, December 6, 2024
Bala Menggunakan Buku Tanpa Nama Penulis, Penerbit, Tahun, dan Nombor ISBN.
Semalam negara dikejutkan dengan MP Kepala Batas iaitu
Dr. Siti Mastura kalah saman dengan pemimpin-pemimpin DAP apabila Dr. Siti
Mastura mengaitkan 3 orang pemimpin DAP iaitu Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan
Eng, dan Teresa Kok dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.
Dr. Siti Mastura perlu membayar sebanyak RM300,000 kepada
Tan Sri Lim Kit Siang, RM250,000 kepada Lim Guan Eng, dan RM200,000 kepada
Teresa Kok. Ini tidak termasuk dengan kos-kos lain yang perlu dibayar oleh
defendan.
Ini adalah suatu mengejutkan kerana defendan iaitu Dr. Siti
Mastura hanya menggunakan sumber buku propaganda Barisan Nasional yang tidak
pasti sumber kesahihannya dan hakim berpendapat bahawa sesiapa sahaja boleh
menggunakan nama Barisan Nasional (BN) untuk menerbitkan buku ini.
Keadaan ini sudah tentu memalukan Parti Islam SeMalaysia
(PAS) yang merupakan parti yang memperjuangkan Islam kalah dalam saman fitnah
ini. Dr. Siti Mastura sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan
apatah lagi memetik daripada buku yang tidak pasti sumber kesahihannya.
Kekalahan saman oleh pihak defendan yang mewakili Parti
PAS ini memberi laba besar kepada Parti DAP khasnya dan PH umum jika Parti DAP
ini menyerang semula dalam kempen PRU akan datang.
Sesungguhnya fitnah adalah lebih bahaya daripada
membunuh. Sudah tentu isu ini boleh memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin
politik khasnya supaya jangan sembrono dalam membuat dakwaan tidak sahih kepada
lawan masing-masing.
Wahhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, December 3, 2024
Onedrive pun Kadang-Kadang Tidak Boleh Pakai Juga
Pada zaman sekarang, software-software seperti Onedrive, Cloud, ataupun Google Drive telah menjadi pengganti kepada pendrive. Seolah-olah pada zaman sekarang orang ramai tidak lagi menggunakan peranti pen drive kerana ianya mempunyai risiko untuk rosak ataupun lebih teruk lagi pen drive ini mungkin hilang.
Begitu juga dengan jika fail-fail kita disimpan dalam desktop ataupun laptop kita di mana ianya masih ada risiko sekiranya ianya rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi. Saya masih ingat ketika pada tahun 2007, setelah habis program ijazah sarjana muda ketika saya menemui rakan saya yang berlainan kursus yang mengambil Sains Biologi yang bekerja di kedai makan. Dia menceritakan bahawa data-data untuk projek tahun akhirnya telah 'hilang' kerana hard disk laptopnya rosak dan tidak dapat diperbaiki atau diselamatkan lagi. Atas nasihat pensyarahnya, dia perlu mencari data baru dan terpaksa extend semester pengajiannya untuk membuat semula projek tahun akhir. Begitulah ujian apabila ianya datang kepada kita.
Berbalik kepada Onedrive tadi walaupun ianya disimpan secara online dan dapat mengelak daripada risiko rosak sepertimana yang boleh terjadi kepada pen drive atau hard disk, ianya masih mempunyai risiko tersendiri dan ianya juga tidak boleh dipercayai kerana pernah terkena pada diri saya sendiri. Saya memang baru sahaja menggunakan Onedrive dalam sebulan dua ini kerana percaya ianya lebih selamat untuk membuat kerja-kerja tesis saya. Malangnya, terdapat satu kerja dalam file Microsoft Word yang saya gunakan telah 'hilang' dan seolah-olah tidak disave walaupun Microsoft Word ini disave secara automatik. Rupa-rupanya file yang disimpan secara online ini juga masih mempunyai risiko dan masalah. Saya perlu berjaga-jaga selepas ini supaya kerja-kerja Microsoft Word perlu dibuat terlebih dahulu dalam desktop sebelum ianya diletakkan semula dalam Onedrive.
Begitulah dunia IT, walaupun semakin maju tahap IT dari masa ke semasa, ianya masih mempunyai risiko yang tersendiri. Kita harus berjaga-jaga dan beringat mengenai perkara ini.
Wallhua'lam.














