Kebakaran yang amat dahsyat yang melanda Los Angeles
mengingatkan saya dengan lirik lagu Raihan mengenai burung Ababil yang dihantar
oleh Allah s.w.t. bagi menghancurkan tentera Abrahah di mana tentera ini
berhasrat untuk memusnahkan kota Mekah ketika itu. Malangnya, orang-orang
mukmin yang ketika itu tidak mampu membuat apa-apa dan hanya berserah dan
berdoa kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menghantar burung Ababil yang
membawa batu api dari neraka untuk menghancurkan tentera Abrahah ini.
Hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi, “Imam (Khalifah) adalah
laksana perisai yang di belakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”Nabi
Muhammad s.a.w. menyanjung tinggi dengan adanya pemimpin umat Islam di dunia
ini sebagai pelindung mereka. Malangnya, imam atau khalifah ini sudah tiada
apabila Mustafa Kamal Attaturk memansuhkan sistem pemerintahan berkhalifah
secara rasminya pada tahun 1924. Umat Islam pada hari ini ibarat anak-anak ayam
yang dikejar musang tanpa ibunya.
Kawasan yang Terlibat dengan Kebakaran Hutan di Los Angeles |
Selepas meletusnya Perang Gaza pada 7 Oktober 2023 dunia
Islam dilihat seolah-olah membisu bagi menyelamatkan nyawa umat Islam yang
dibunuh pada setiap hari di Gaza. Negara-negara umat Islam yang berjiran dengan
Palestin seperti Syria, Jordan, dan Mesir yang sepatutnya menjadi fardhu ain ke
atas diri mereka untuk membantu umat Islam di Gaza senyap seribu bahasa tanpa
membuat apa-apa untuk melindungi saudara seagama mereka dibom dan dibunuh oleh
tentera Israel. Saya percaya umat Islam di seluruh dunia berdoa ke atas
kesejahteraan saudara seagama mereka di Gaza ini walaupun mereka termasuk
Malaysia tidak mampu menghantar tentera untuk menentang tentera pengganas
Israel.
Doa umat Islam ini seolah-olah dimakbulkan oleh Allah
s.w.t. apabila Los Angeles yang merupakan bandar kedua terbesar mengalami
kebakaran yang amat dahsyat selepas 2 hari Donald Trump mengeluarkan kenyataan
biadap yang mengatakan pada 8 Januari 2025 bahawa Timur Tengah dan Gaza akan
menjadi neraka sekiranya tebusan Israel tidak dibebaskan oleh Hamas sebelum dia
mengangkat sumpah jawatan presiden pada 20 Januari 2025. Allah Maha Mendengar.
Apa yang terjadi ialah Los Angeles yang menjadi ‘neraka’ apabila mengalami
kebakaran hutan pada 10 Januari 2025 iaitu selepas 2 hari Trump mengeluarkan
kenyataan biadap tersebut. Kebakaran ini memusnahkan 12,000 struktur binaan dan
Los Angeles mengalami kerugian sebanyak 150 bilion Dollar.
Kawasan Utara Gaza yang Dikepung oleh Tentera Israel Seluas 160 km persegi. |
Apa yang lebih menarik lagi ialah kebakaran Los Angeles
adalah melibatkan kebakaran seluas 160 km persegi iaitu sama dengan keluasan
utara Gaza dan Gaza City yang telah dikepung oleh Israel dengan bantuan Amerika
Syarikat dengan seluas 160 km persegi juga di samping seramai 400,000 penduduk
Gaza terperangkap dengan kebuluran di sini. Selain itu, kebakaran hutan yang biasanya
berlaku pada musim panas berlaku pada bulan Jun – Julai pada setiap tahun
berlaku pada bulan Januari yang merupakan musim sejuk di Los Angeles. Kebakaran
ini juga merupakan kebakaran sebesar 40 kali ganda lebih besar berbanding yang
terjadi sebelum ini. Adakah ini merupakan kebetulan ataupun suratan? Antara
logik sains dan hukum karma Allah s.w.t. ke atas Amerika Syarikat bersubahat
membunuh umat Islam tidak dapat ditolak dalam bencana ini.
Kejadian yang berlaku ini menggambarkan bahawa peristiwa
yang berlaku dahulu seperti apa yang berlaku kepada tentera Abrahah tidak
mustahil berlaku kepada musuh Allah s.w.t. kerana umat Islam sekarang amat
lemah dan kebergantungan mereka hanyalah kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment