Thursday, December 4, 2025
Monday, November 24, 2025
3 Jenis Hukum Menipu Menurut Ustaz Azhar Idrus.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, terdapat 3 jenis hukum menipu iaitu;
i. Haram dan berdosa besar - Hukum ini adalah apabila membuat tuduhan palsu dan memudaratkan orang lain seperti menjadi saksi palsu untuk mendakwa orang dan sebagainya. Selain itu, berbohong untuk menipu orang dan menjatuhkan maruah orang turut dikatakan haram dan berdosa besar.
ii. Berdosa kecil - Menyebabkan mudarat kecil kepada orang seperti untuk berjanji berjumpa dengan orang pada pukul sekian-sekian sedangkan dia sendiri tidak bertemu dengan orang tersebut dan menyebabkan orang tersebut tertunggu-tunggu.
iii. Makruh - Menipu jenis adalah tidak menimbulkan mudarat orang ramai. Contohnya, seseorang itu menceritakan dia mempunyai rumah agam yang besar bernilai RM2 juta walhal dia sendiri tidak memiliki rumah tersebut.
Wallahua'lam.
Thursday, October 16, 2025
Kes Rogol, Bunuh di Sekolah Menunjukkan Dasar Pendidikan Negara Kita Telah Gagal!
Belum pun isu kematian Zara
Qairina masih belum selesai dan reda, negara kita digemparkan pula dengan kes
rogol beramai-ramai di sebuah sekolah di Melaka dan kes pembunuhan di sebuah
sekolah di Petaling Jaya. Itu pun belum diambil kira lagi kes hamil luar nikah
di kalangan pelajar-pelajar.
Di manakah kesilapan kita pada
hari ini? Adakah ini disebabkan oleh kesilapan ibu bapa dan guru-guru? Sudah
tentu ini menunjukkan bahawa Dasar Pendidikan Negara kita perlu dikaji dan
digubal semula mengikut peredaran zaman.
Saya juga kadang-kadang berasa
sinis dengan kata-kata di ruangan komen yang menyatakan bahawa Menteri Pendidikan
kita perlu ditukar dan hukuman rotan di sekolah perlu dikembalikan semula untuk
memberi kuasa kepada guru-guru. Saya percaya ini hanyalah merupakan serpihan
daripada kerangka Dasar Pendidikan Negara yang perlu dikaji semula.
Percayalah bahawa tukar Menteri
Pendidikan pun tidak akan menyelesaikan masalah di sekolah-sekolah di seluruh
negara dalam sekelip mata!
Benarlah kata-kata Saidina Umar
al-Khatab, “Didiklah anak kamu mengikut kepada peredaran zaman.” Nampaknya,
dengan kebejatan sosial yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah
sekarang memerlukan perubahan radikal yang menyeluruh dalam sistem pendidikan
di negara kita. Sistem pendidikan kita mungkin sudah lapuk dan ketinggalan zaman
dan tidak boleh mengikut cara lama dalam mendidik para pelajar.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, October 7, 2025
Kita Memarahi Orang Cina Jika Tidak Fasih Berbahasa Melayu tetapi Kita Tidak Marah Orang Melayu Tidak Fasih Berbahasa Cina
Sebagai masyarakat majmuk, kita akan memarahi sekiranya orang Cina sekiranya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun telah tinggal di Malaysia sejak sekian lama.
Akan tetapi, kita tidak akan
memarahi orang Melayu sekiranya tidak fasih berbahasa Cina.
Sebaik-baiknya orang Melayu
perlu juga fasih berbahasa Cina. Orang Melayu juga perlu juga fasih berbahasa
Cina kerana ekonomi Malaysia pada hari ini telah dipegang oleh orang Cina.
Walaupun keadaan telah berubah
sekarang jika dibandingkan sebelum tahun 1990-an dahulu, orang Melayu kurang
menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah cina. Sekarang, orang Melayu
sekarang sudah ada menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah kebangsaan
aliran Cina. Mungkin ada di kalangan orang-orang Melayu sudah fasih berbahasa
Cina tetapi tidak ramai.
Ini bukanlah rasis. Dalam untuk
mencapai keseimbangan pembahagian kek ekonomi, orang Melayu juga sepatutnya
menguasai Bahasa Cina kerana bangsa ini menguasai dalam lapangan perdagangan
dan perniagaan negara ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Saturday, October 4, 2025
Salah Melabur, Duit Melebur.
Salah Melabur, Duit Melebur. Itu tajuk khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib semalam.
Khatib mengingat para jemaah
semua agar berhati-hati dengan zaman sekarang dengan scammer yang banyak
memperdayakan duit orang ramai. Contohnya, dividen yang memberi pulangan
tinggi, love scam, dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa faktor
ekonomi yang selalu menekan membuatkan orang ramai mudah terpedaya untuk
terlibat dalam pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal.
Pihak scammer pula mengambil
kesempatan ke atas kehidupan orang ramai yang dihimpit dengan tekanan ekonomi,
harga barang naik dengan pelaburan yang
tidak masuk akal dengan memperdaya orang ramai.
Akhirnya duit yang dilabur oleh
orang ramai melebur di tangan scammer.
Scammer tidak tahu dosa apa itu
pahala. Selagi boleh mendapat duit orang ramai melalui tipu daya, selagi itu
perkara ini akan dibuat.
Tidak dinafikan bahawa faktor
ekonomi memang menekan sekarang. Tetapi peluang membuat wang cara halal pun
sangat mudah sekarang. Lihat sahaja media sosial, ramai orang mudah membuat
wang sekarang di media sosial dengan menjual barang secara live.
Elakkan pelaburan yang tidak
masuk akal yang disediakan oleh pihak scammer yang bersiap-siaga menipu sesiapa
sahaja.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Thursday, October 2, 2025
Sudah Dijangka Kumpulan Global Sumud Flotilla akan Ditahan oleh Israel
Harapan untuk kumpulan Global
Sumud Flotilla yang merupakan konvoi pelayaran untuk membawa bantuan
kemanusiaan tiba di Gaza yang dijangka pada jam 6.00 petang ini hancur berkecai
apabila kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ini telah dipintas oleh
tentera IDF Israel.
Israel akan menggunakan 1,001 cara
untuk menghalang apa-apa bantuan daripada tiba di Gaza. Sememangnya Israel ingin
penduduk Gaza mati kelaparan. Dendam kesumat sekian lama masih lagi belum reda
oleh bangsa pengganas ini.
Sehingga artikel ini ditulis
seramai 15 orang warganegara Malaysia telah ditahan oleh tentera IDF. Saya
tidak rasa pihak Israel akan mengancam nyawa mereka dan kita berharap mereka
akan dilepaskan dan selamat pulang semula ke tanah air.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Wednesday, October 1, 2025
Tidak Mungkin Hamas Menerima Perjanjian Damai yang Dibuat Secara Unilateral antara Amerika Syarikat dan Israel.
Semalam, Ketua Pengganas Dunia
iaitu Presiden Amerika Syarikat, Donal Trump dan Perdana Menteri Israel,
Benjamin Nentanyahu telah membentangkan 20 syarat untuk mencapai pendamaian di
Gaza.
Jika dilihat pembentangan yang
dibuat ini, ia dibuat secara sepihak sahaja iaitu di pihak Amerika Syarikat dan
Israel sahaja tanpa mengajak mana-mana pihak yang mewakili Hamas. Sudah tentu
keadaan ini adalah berat sebelah jika diteliti semua syarat-syarat yang
dikenakan.
Antara syarat yang mungkin
berat untuk diterima oleh Hamas ialah Hamas mestilah melupuskan senjatanya dan
tidak boleh terlibat dalam pemerintahan di Gaza. Sudah tentu syarat ini adalah
berat Hamas manakah mungkin Hamas ingin melupuskan senjatanya.
Jika perlu melupuskan senjata
mereka, bagaimana Hamas ingin melindungi penduduk-penduduk di Gaza dan
mengancam penaklukan Israel di Gaza? Begitu juga Hamas tidak boleh terlibat
dalam pemerintahan ataupun politik di Gaza. Bukankah Hamas merupakan parti
politik yang sah dipilih oleh penduduk Palestin sendiri? Adalah mustahil Hamas
ingin melepaskan kuasa politik di Gaza setelah bertahun-tahun berjuang untuk
mempertahankan tanah air mereka.
Dari sudut yang lain antara
syarat yang dibentangkan oleh Ketua-Ketua Pengganas Dunia ini, ia sudah tentu
akan menarik minat penduduk Gaza supaya Hamas menerima syarat genjatan senjata
ini kerana antara syarat yang lain yang ditawarkan ialah tentera Israel akan
berundur secara berperingkat dari bumi Gaza dan dalam masa yang sama Gaza akan
dibangunkan semula di atas kemusnahan yang dibuat oleh Amerika Syarikat dan
Israel sendiri. Secara halus boleh dilihat agar syarat genjatan ini ingin
memancing penduduk Gaza untuk menolak pihak Hamas agar pendamaian dapat dicapai
dengan segera.
Akan tetapi, saya tidak fikir
Hamas dan penduduk Gaza untuk beralah menerima perjanjian genjatan senjata ini
akan peperangan dapat ditamatkan. Sudah tentu Hamas ingin peperangan ini
ditamatkan tanpa syarat dengan pihak Israel berundur tanpa syarat.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, September 30, 2025
Pastikan Nutrisi Pemakanan Anak-Anak Mencukupi
Harga barang makin naik saban hari.
Kadang-kadang kenaikan gaji
tahunan adalah tidak mencukupi disebabkan kadar inflasi tahunan adalah melebihi
nilai gaji tahunan. Dengan kata lain, gaji bulanan adalah tidak dapat menampung
kos hidup.
Gaji bulanan diperlukan untuk
membayar pelbagai komitmen seperti kereta, rumah, perbelanjaan anak-anak, dan
sebagainya.
Dalam pada itu, kita tidak
harus memotong perbelanjaan pemakanan anak-anak kerana pemakanan adalah penting
untuk tumbesaran anak-anak.
Jika pemakanan anak-anak
dipotong sudah tentu mereka perlu berlapar di dalam kelas untuk belajar.
Ini adalah tidak baik untuk
mencapai kecemerlangan akademik bagi anak-anak untuk jangka panjang.
Mahu tidak mahu ibu bapa perlu
memastikan pemakanan atau nutrisi pemakanan anak-anak adalah mencukupi pada
setiap hari.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Wednesday, September 24, 2025
Anwar Ibrahim, Jangan bagi Minyak Subsidi Bersyarat Jika Ikhlas Ingin Membantu Rakyat.
Anwar Ibrahim ataupun PMX pada awalnya
mengumumkan minyak RON 95 diturunkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99
seliter. Penjimatan sebanyak 6 sen bagi setiap liter bagi pembelian minyak ini.
Kemudian, pada 22 September
2025 minyak RON 95 dihadkan kepada 300 liter sebulan bagi setiap rakyat
Malaysia. Itu pun mesti menunjukkan IC dan lesen di stesen minyak jika ingin
membeli dan mengisi minyak.
Tidak cukup dengan itu, negara
digegarkan sekali dengan pengumuman bahawa minyak subsidi ini hanya dihadkan
pengisian sekali sahaja sehari pada 23 September 2025.
Ini bermakna jika rakyat
Malaysia telah mengisi minyak subsidi RM1.99/ liter, maka ia perlu mengisi minyak
dengan harga RM2.60/ liter untuk kali kedua. Perkara ini sudah tentu membebankan
rakyat Malaysia jika bergerak untuk jarak jauh seperti pulang ke kampung dan
sebagainya.
Ini membuatkan rakyat tertanya-tanya,
adakah Anwar Ibrahim ikhlas ingin menolong rakyat Malaysia? Ada baiknya minyak
RON 95 dikekalkan pada harga RM2.05/ liter sahaja.
Rasanya tidak berbaloi jika
teriakan reformasi selama puluhan tahun oleh Anwar Ibrahim untuk menurunkan
harga minyak hanya memberi minyak subsidi secara bersyarat kepada rakyat
Malaysia.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Jika PAS dan DAP Merupakan Parti Terkuat di Semenanjung Malaysia Sekarang Maka UMNO akan Menjadi King Maker dalam PRU-16 Nanti
Situasi kedudukan kerusi parlimen sekarang adalah seperti berikut;
1. Kerusi parlimen yang
mempunyai pengundi Melayu 75 peratus dan ke atas – 59 kerusi parlimen.
2. Kerusi parlimen yang
mempunyai pengundi Melayu sebanyak 55 peratus dan ke bawah – 80 kerusi
parlimen.
3. Kerusi parlimen yang
mempunyai pengundi Melayu antara 55 peratus – 75 peratus – 52 kerusi parlimen.
Pada masa sekarang, kerusi
parlimen di Malaysia dipengaruhi oleh pengundi yang berasaskan kaum. PH secara
maksimum dijangka hanya boleh menguasai kerusi parlimen antara 80 – 82 kerusi
parlimen sahaja dalam PRU-16.
Dari segi kerusi parlimen mengikut
parti, PAS dan DAP merupakan parti terkuat jika mengikut keadaan sekarang di
mana bilangan kerusi PAS ialah sebanyak 43 kerusi parlimen dan DAP ialah
sebanyak 40 kerusi parlimen.
PAS dijangka akan terus
menguasai negeri pantai Timur dan Utara iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis, dan
Kedah manakala DAP akan terus menguasai kerusi-kerusi di kawasan bandar.
Sudah tentu tiada parti secara
tunggal dapat menguasai parlimen dengan 112 kerusi parlimen. Oleh itu,
mana-mana gabungan ataupun pakatan perlu dibuat jika ingin menubuhkan Kerajaan
Persekutuan.
UMNO ataupun BN boleh bertanding
secara solo dalam PRU-16 akan datang. Jika UMNO – BN masih boleh memenangi
kerusi sekitar 30 – 40 kerusi parlimen dalam PRU-16 akan datang dan bertanding
secara solo, sudah tentu UMNO – BN akan menjadi king maker dan boleh berpakat
dengan mana-mana pakatan ataupun gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan
dalam paca PRU-16 akan datang.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Wednesday, September 17, 2025
Perdana Menteri daripada PAS Memberi Mesej bahawa Tiada Lagi Parti Melayu yang Dapat Melindungi Hak-Hak Orang Melayu
Bismillah.
Muktamar PAS yang berlangsung pada 15 – 16 September 2025 yang mencadangkan supaya Perdana Menteri pasca PRU-16 akan datang adalah perlu datang daripada PAS. Hal ini memberi mesej yang jelas bahawa tiada lagi parti-parti Melayu yang dapat melindungi hak-hak orang Melayu di negara ini.
Isu-isi yang timbul seperti URA
yang melibatkan Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa pimpinan
Melayu di peringkat Pusat sama ada daripada UMNO dan PKR sendiri tidak mampu
untuk menyelesaikan isu-isu orang Melayu. Selain itu, projek-projek mewah yang
dijalankan di Pulau Pinang yang didominasi oleh pimpinan DAP yang mendapat peruntukan
kewangan yang besar daripada Kerajaan Pusat seperti dalam membuat Penang Hill,
LRT, dan sebagainya menunjukkan Anwar Ibrahim sendiri sebagai Menteri Kewangan
tidak mampu untuk membuat apa-apa di dalam kerajaan sekaligus menunjukkan
bahawa kuasa politik orang Melayu sudah mula berkurangan. Ini mengukuhkan tanggapan
bahawa PAS sahaja dilihat sekarang yang mampu untuk melindungi kepentingan-kepentingan
orang Melayu pada masa akan datang.
PH pimpinan Anwar Ibrahim gagal
untuk melaksanakan apa janji-janji reformasinya seperti yang dilaungkan dahulu
sewaktu menjadi pembangkang. Ini membuatkan orang mengatakan bahawa pentadbiran
Najib suatu ketika dahulu adalah lebih baik daripada sekarang. Pentadbiran Anwar
Ibrahim seolah-olah mentadbir kerajaan secara Pak Man Telo iaitu memotong
subsidi rakyat bagi memberi projek kepada kroni. Realitinya, rakyat terus hidup
melarat dengan kos kehidupan yang meningkat dari masa ke semasa.
Dengan mengambil kata-kata
azimat Tun Abdul Razak, “Jika berlaku apa-apa kepada UMNO, PAS adalah menjadi
pilihan orang Melayu.” Realitinya ini yang berlaku. UMNO selepas kalah dalam
PRU-14 pada tahun 2018 dilihat sudah tidak bermaya lagi untuk bangkit semula. Lebih
dari itu, UMNO dilihat berlagak seolah-olah masih memegang majoriti di
parlimen. Jika ada pun ada pemimpin-pemimpin UMNO yang ingin memulihkan semula
UMNO, ia dilihat sebagai tidak menyeluruh dan gagal untuk menambat semula hati
orang Melayu untuk menyokong parti ini.
Jika melihat kedudukan kerusi
parlimen sekarang, PAS dan DAP merupakan parti terkuat di seluruh Malaysia di
mana PAS masih dilihat mampu untuk menguasai negeri-negeri Pantai Timur dan
Utara dan DAP dilihat terus mampu untuk menguasai kerusi-kerusi parlimen di
kawasan bandar. Untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dengan selesa, PAS perlu
memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. Oleh itu,
bertanding secara solo adalah mustahil bagi PAS jika ingin mentadbir
Persekutuan. Sehubungan dengan itu, PAS perlu menguatkan kedudukan parti sekutunya
dalam Perikatan Nasional khususnya Bersatu dalam usaha untuk memenangi bagi
membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU akan datang.
Dalam keadaan ini UMNO sudah
tentu berada dalam dilemma sama ada untuk bersekutu dengan PN atau PH dalam
PRU-16 akan datang. Mahu tidak mahu UMNO hanya akan menjadi penumpang sahaja
dalam kerajaan kerana tidak mampu lagi untuk memenangi kerusi Parlimen dengan majoriti
besar sepertimana zaman kegemilangan dia dahulu. Zaman itu sudah pun berlalu
bagi UMNO melainkan dia hanya akan menjadi king maker ataupun kerusi penentu
bagi mana-mana gabungan dalam PRU akan datang jika parti ini bertanding secara
solo.
Kesimpulannya, PAS mempunyai
peluang yang cerah dalam PRU akan datang untuk membentuk Kerajaan Persekutuan
sekiranya ia berjaya memainkan isu-isu yang membelenggui rakyat pada masa ini.
Kerajaan PH pada hari ini seolah-olah lesu dalam menyelesaikan isu-isu yang
timbul yang memperlihatkan ianya tidak kelihatan berwibawa dalam menyelesaikan
isu-isu semasa rakyat.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Monday, September 8, 2025
Masa Muda adalah Masa Terbaik untuk Menyimpan Wang dengan Banyak
Masa muda adalah masa terbaik
untuk menyimpan wang kita dengan sebanyak mungkin di awal kerjaya kita sebelum
kita mendirikan rumah tangga. Apabila kita telah berumah tangga dan
beranak-pinak, maka ia memerlukan banyak komitmen untuk bayaran komitmen kita
seperti rumah, kereta, dan belanja anak-anak.
Semestinya sewaktu muda dan
belum berumah tangga, kita perlu menjana pendapatan pasif kita sebanyak
mungkin. Tidak kira sama ada Tabung Haji, ASB, Koperasi, dan sebagainya. Insya
Allah, kelak, pendapatan yang dapat dijana daripada pendapatan pasif ini yang
dapat menampung perbelanjaan kita kelak khususnya setelah berumah tangga.
Saya teringat suatu ketika
dahulu, ada rakan sekerja yang lebih senior supaya mencarum dengan jumlah yang
tinggi pada setiap bulan dalam Koperasi. Untuk jangka panjang, ia boleh menjana
pendapatan pasif pada masa hadapan dan sekurang-kurangnya dapat menampung
perbelanjaan anak-anak kita. Hakikatnya, itulah yang berlaku. Rasa-rasanya ada
benarnya juga pendapat ini iaitu kita perlu menjana pendapatan pasif sebanyak
mungkin sewaktu di awal kerjaya kita.
Kita perlu berkorban untuk hari
ini untuk mendapat kekayaan pada hari esok. Jika kita hanya tahu bermewah-mewah
sahaja di awal kerjaya kita kerana baru mendapat pendapatan tetap, nescaya ia
akan membawa mudarat kepada kewangan kita pada masa hadapan.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Friday, August 8, 2025
Tangga Krai di Kuala Krai
Tangga Krai terletak dipinggir Sungai Kelantan, berhampiran dengan Pejabat Majlis Daerah Kuala Krai Utara dengan ketinggian 81 bilangan anak tangga. Pembinaanya adalah di antara tahun 1927 dan 1929 dengan dikenali sebagai Tangga Bradley sempena nama Tuan Bradley, ketua jajahan semasa itu dan telah ditukar nama kepada Tangga Krai pada tahun 1994. Tangga Krai digunakan sebagai pengkalan / tempat persinggahan orang ramai dari kawasan pedalaman Kuala Krai dengan menggunakan perahu / motorbot. JPS menggunakan Tangga Krai untuk menyukat aras air Sungai Kelantan pada musim tengkujuh secara manual dan aras air di Tangga Krai akan menjadi aras rujukan semasa musim banjir bagi kawasan-kawasan lain.
Sumber: Universiti Malaysia Kelantan Institutional Repository (UMK IR)
Tuesday, July 22, 2025
Friday, July 18, 2025
Wednesday, June 11, 2025
Nasyid yang Betul-Betul Menyentuh Hati Mengenai Kematian
Friday, May 23, 2025
Cuit-Cuit: Harga Tiket Konsert Lady Gaga di Singapore
Wednesday, May 14, 2025
Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas?
Sejak zaman purba, emas telah menjadi simbol kekayaan dan lambang kemegahan. Ia digunakan oleh pemerintah, pedagang dan bangsawan sebagai mata wang, perhiasan dan alat tukar utama dalam perdagangan. Walaupun zaman telah berubah dan sistem kewangan moden telah diperkenalkan, emas tetap kekal sebagai aset yang bernilai dan diyakini oleh masyarakat seluruh dunia. Keupayaannya untuk mengekalkan nilai menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang ingin melindungi kekayaan dalam jangka panjang.
Salah satu kelebihan utama emas ialah peranannya sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Apabila nilai mata wang jatuh akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan, harga emas cenderung untuk meningkat. Ini menjadikan emas sebagai aset yang sesuai untuk mengekalkan kuasa beli seseorang dalam tempoh ekonomi tidak menentu. Ramai pelabur menyimpan emas sebagai langkah berjaga-jaga ketika krisis kewangan melanda.
Emas juga merupakan aset yang sangat mudah dicairkan. Ia boleh dijual dengan cepat dan diterima di hampir semua negara tanpa banyak syarat. Sama ada dalam bentuk jongkong, syiling atau barang kemas, emas sentiasa mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Ini memberikan kelebihan kepada pemiliknya kerana emas boleh ditukar kepada wang tunai pada bila-bila masa ketika diperlukan, terutamanya semasa kecemasan.
Selain itu, emas dianggap sebagai pelaburan jangka panjang yang stabil. Tidak seperti saham atau mata wang kripto yang boleh mengalami turun naik mendadak, harga emas biasanya menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam jangka masa panjang. Ini memberikan ketenangan kepada pelabur konservatif yang mengutamakan keselamatan modal berbanding keuntungan segera.
Kelebihan lain yang dimiliki oleh emas ialah sifatnya sebagai aset fizikal yang bebas daripada hutang dan risiko kredit. Emas tidak bergantung kepada prestasi mana-mana syarikat atau kerajaan, dan tidak akan menjadi tidak bernilai akibat kegagalan pihak ketiga. Ia tidak memerlukan kontrak, tidak terjejas oleh inflasi buatan, dan tidak tertakluk kepada sistem perbankan.
Emas juga mempunyai nilai sejagat. Tidak kira di mana seseorang berada, emas tetap diterima dan dihargai. Ini membolehkan pemilik emas membawa kekayaan mereka merentasi sempadan negara tanpa perlu bimbang akan nilai tukaran mata wang tempatan. Nilai emas ditentukan secara global dan ini memberikan kestabilan serta keyakinan kepada para pelabur.
Permintaan terhadap emas pula kekal konsisten sepanjang masa. Ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan pelaburan, malah digunakan dalam industri pembuatan, perubatan dan teknologi. Tambahan pula, bekalan emas adalah terhad kerana proses perlombongannya memerlukan masa, kos dan tenaga yang tinggi. Faktor-faktor ini membantu mengekalkan nilainya dari semasa ke semasa.
Dalam dunia pelaburan, emas memainkan peranan penting dalam strategi diversifikasi. Ia tidak bergerak seiring dengan pasaran saham atau pasaran hartanah. Oleh itu, apabila nilai aset-aset lain jatuh, emas sering kali mengekalkan nilainya atau meningkat. Ini membantu mengimbangi kerugian dan melindungi pelabur daripada risiko yang berlebihan.
Emas juga sering dijadikan sebagai bentuk simpanan dan warisan yang boleh diberikan kepada generasi akan datang. Ia tidak rosak, tidak tamat tempoh, dan tidak menyusut seperti nilai mata wang. Ramai ibu bapa menyimpan emas sebagai bentuk harta pusaka yang mudah diagihkan dan kekal bernilai walaupun selepas puluhan tahun.
Akhir sekali, emas adalah aset fizikal yang tidak bergantung kepada sistem teknologi atau digital. Dalam era moden yang bergantung kepada teknologi dan terdedah kepada serangan siber serta penipuan, emas kekal sebagai aset yang selamat dan nyata. Ia boleh dipegang, disimpan dan digunakan tanpa memerlukan sebarang sistem digital, menjadikannya antara bentuk simpanan paling kukuh dalam apa jua keadaan.
https://wankamarul701.blogpsot.com
Monday, April 21, 2025
Dosa-Dosa adalah Penghalang untuk Rezeki Datang kepada Kita, Maka Solat Sunat Tasbih adalah Salah Satu Penawarnya
Apa yang menghalang rezeki datang kepada kita ialah dosa-dosa kita sendiri
yang kita lakukan secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Oleh itu, dalam
usaha untuk menghapuskan dosa-dosa kita ialah salah satunya ialah dengan
mengamalkan solat sunat tasbih.
Dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas:
"Jika engkau lakukan (solat tasbih ini), maka Allah akan
mengampunkan dosamu, yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang
tersembunyi dan yang terang, yang kecil dan yang besar, yang sengaja dan yang
tidak disengajakan."
Menurut Ustaz Shamsuri Ahmad,
untuk mendapat kekuatan roh dalam agama, kita perlu mengamalkan solat sunat dan
salah satunya ialah mengamalkan solat sunat. Antara solat-solat sunat yang
boleh dilakukan ialah solat sunat tasbih, tahajud, witir, sebelum subuh dan
sebagainya. Menurut beliau lagi kita tidak akan mendapat kekuatan dalam beragama
jika hanya mendengar ceramah pada setiap malam serta mengaji al-Quran. Ianya
perlu disertai juga dengan amalan-amalan lain seperti puasa sunat mengikut
kemampuan kita serta mengamalkan solat sunat.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, April 8, 2025
Central Market Suatu Ketika Dahulu...
Thursday, March 6, 2025
Kepada Siapakah Lagu 'Rindu PadaMu' Nyanyian Yasin Sulaiman Ditujukan?
Monday, March 3, 2025
Wilayah Kekuasaan Khilafah Umaiyah yang Lebih Besar daripada Khilafah Uthmaniyah
Hari ini (3 Mac 2025) genaplah 101 tahun Khilafah
Uthmaniyah dibubarkan secara rasminya pada 3 Mac 1924 oleh Mustafa Kamal
Attaturk. Bermakna 101 tahun juga umat Islam tiada pemimpin mereka yang menjadi
pelindung mereka. Ibarat anak-anak ayam yang dikejar musang. Umat Islam
mempunyai 3 kerajaan Islam yang terbesar selepas kepimpinan para Sahabat yang
dikenali sebagai Khulafa’ ar-Rasyidin iaitu Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah.
Jika disoroti sejarah antara Kerajaan Umaiyah dan Uthmaniyah, Kerajaan Umaiyah sebenarnya adalah lebih besar daripada Kerajaan Uthmaniyah di mana keluasan Daulah Umaiyah ialah 11.1 juta km persegi berbanding keluasan Daulah Uthmaniyah iaitu seluas 5.2 juta km persegi. Dari segi tempoh pemerintahan pula, Daulah Uthmaniyah adalah lebih lama iaitu selama 623 tahun berbanding Daulah Umaiyah iaitu hanya selama 89 tahun.
Apa yang lebih menarik lagi ialah Sultan Uthmaniyah iaitu
Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya membuka Kota Konstantinople sepertimana
yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai sebaik-baik pemimpin walaupun
ekspedisi untuk membuka Kota Konstantinople bermula daripada pemimpin Kerajaan
Umaiyah iaitu Muawiyah sendiri sebagai pendiri kerajaan ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Wednesday, February 26, 2025
Untuk Podcaster-Podcaster yang Menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai Tetamu Jemputan
Pada masa sekarang banyak podcast disiarkan di Youtube
dengan pihak penganjur menjemput tetamu-tetamu undangan mereka dan tidak kurang
juga yang menjemput tetamu bertaraf VVIP untuk meminta pandangan mereka
berkenaan dengan sesuatu isu semasa, berkongsi pandangan mengenai kepakaran
atau minat mereka dan sebagainya. Namun, apa yang saya berasa skeptikal apabila
pihak penganjur menjemput negarawan negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad
dalam siaran podcast mereka.
Apabila melihat podcast-podcast yang baru disiarkan dalam
Youtube dengan tetamu undangan ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, saya berasa
skeptikal dalam siaran podcast ini kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada Tun
Dr. Mahathir adalah isu-isu lama atau basi yang sudah biasa kita dengar.
Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh podcaster-podcaster
ialah penyelesaian ekonomi oleh beliau ketika kegawatan ekonomi Asia 1997/98
dan langkah-langkah kawalan modal yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan
masalah ekonomi negara, hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Tun Daim Zainuddin,
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pandang ke Timur, dan boleh dikatakan semua soalan
ini telah diceritakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku memoir beliau yang
bertajuk Doktor Umum.
Untuk podcaster-podcaster yang berada di luar sana jika
ingin menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai tetamu undangan mereka, cubalah tanya
soalan-soalan kepada beliau mengenai isu-isu yang masih belum didengar ataupun
tidak diketahui oleh penonton bagi mengetahui pandangan daripada beliau yang
masih belum didengar. Para penonton memang mengalu-alukan para podcaster untuk
membuat siaran bersama Tun Dr. Mahathir tetapi janganlah semata-mata menjemput
negarawan ini sekadar untuk menaikkan bilangan subscriber untuk channel mereka
dengan bertanyakan soalan-soalan yang orang awam sudah tahu dan maklum mengenai
negarawan ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Saturday, February 15, 2025
Apa-Apa pun Solat Berjemaah di Awal Waktu Merupakan Tulang Belakang Utama untuk Kita Murah Rezeki
Zaman sekarang merupakan zaman media sosial. Segala apa
yang baik dan buruk itu segala-galanya dikongsi dalam media sosial pada zaman
sekarang.
Dari satu sudut yang lain, ada pengguna-pengguna media
sosial berkongsi mengenai amalan-amalan murah rezeki yang kadang-kadang kita
tidak biasa dengarnya sebelum ini. Antaranya ialah membaca Surah al-Kauthar
1,000 kali sehari setiap hari, membaca selawat jibril antara 1,000 – 3,000 kali
sehari, dan sebagainya.
Saya tidak nafikan amalan-amalan murah rezeki yang dianjurkan
oleh agama. Akan tetapi, amalan murah rezeki yang paling utama bagi kita ialah
menunaikan solat berjemaah. Saya tertarik dengan buku ‘Mudahnya Menjemput
Rezeki’ tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin yang berkongsi tip untuk kita murah
rezeki. Antara poin utama dalam buku ini untuk kita murah rezeki ialah
menunaikan solat berjemaah di awal waktu selain daripada berkongsi dengan
tip-tip lain seperti bersedekah, mengamalkan solat sunat tasbih, dan
sebagainya.
Beliau menceritakan pengalamannya yang hanya bekerja di
peringkat bawahan pada mulanya. Setelah dia menjaga solat 5 waktu secara
berjemaah pada setiap hari, akhirnya dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus
dengan mendapat elaun minyak percuma.
Pengalaman peribadi saya sendiri merasakan apabila kita
menjaga solat 5 waktu setiap hari secara berjemaah, ianya akan memberi aura
tersendiri dalam kehidupan kita. Sudah tentu Allah s.w.t. yang memberi aura
tersebut kepada kita. Apabila kita menunaikan
solat berjemaah di masjid, sudah tentu kita membawa pulang rahmat dari masjid
ataupun rumah Allah s.w.t. pulang ke rumah kita.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Sunday, February 9, 2025
Rahsia Mempunyai Anak yang Ramai Walaupun Menghidapi Penyakit Jantung Berlubang
Ada seorang jiran di kampung saya yang merupakan seorang
wanita. Mulanya, pada awal perkahwinan dia, dia dinasihatkan oleh doktor supaya
tidak bersalin ataupun melahirkan anak kerana dia menghidapi masalah penyakit
jantung berlubang. Lalu dia bertanya dirinya, “Apakah hikmah perkahwinan jika
dia berkahwin tetapi tidak melahirkan anak?”
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., dia dikurniakan
dengan 5 orang anak selepas itu. Namun, apakah rahsianya masih boleh melahirkan
5 orang anak walaupun menghadapi masalah jantung berlubang? Rahsianya ialah dia
sentiasa membaca al-Quran. Setiap kali selepas menunaikan solat fardhu, dia
akan membaca 1 – 2 juzuk al-Quran. Kiranya dalam sebulan, dia akan berjaya
mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 – 4 kali! Hebat bukan? Oleh itu, tidak
hairanlah dia masih boleh melahirkan anak dan dikurniakan umur yang panjang
walaupun menghidapi penyakit jantung berlubang.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Thursday, February 6, 2025
Ingatkan Panas Hingga ke Petang, Rupa-Rupanya di Kencing pada Waktu Tengahari!
Tempoh genjatan senjata antara pejuang Hamas dan Israel baru-baru
ini yang dijangkakan berlangsung selama 52 hari rupa-rupanya hujan di tengah
siang. Genjatan senjata yang dimeterai antara pejuang Hamas dan Israel
baru-baru ini sudah tentu disebabkan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika
Syarikat yang baru.
Pembebasan tebusan-tebusan Israel oleh Hamas dalam
keadaan selamat dan siap diberikan cenderahati oleh pejuang pembebasan Palestin
ini atas nama genjatan senjata rupa-rupanya telah dikencing oleh Donald Trump
dan Benjamin Nentanyahu. Terbaru Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika
Syarikat akan mengambil Semenanjung Gaza dan melaksanakan usaha pembangunan
semula Gaza serta tentera Amerika Syarikat akan ditempatkan di sini sejurus
pertemuannya dengan Benjamin Nentanyahu.
Sudah tentu keadaan ini mencetuskan kemarahan umat Islam.
Di manakah maruah penduduk Gaza khususnya dan umat Islam amnya apabila kenyataaan
ini dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat? Menurut Trump lagi,
negara-negara umat Islam yang lain perlu menerima pelarian penduduk Gaza nanti
apabila usaha ‘ethnic cleansing’ akan dibuat nanti. Seolah-olah penduduk Gaza
ini tiada nilai apabila diminta untuk meninggalkan tanah air mereka nanti.
Sebab itu saya berasa pelik bantuan-bantuan kemanusiaan
dibenarkan masuk secara beramai-ramai untuk membantu penduduk Gaza tanpa ada
sekatan oleh penduduk Israel setelah perjanjian genjatan senjata ditemeterai.
Jika sebelum ini, penduduk Israel bersifat kebinatangan apabila merosakkan
makanan yang dibawa masuk oleh trak-trak bantuan kemanusiaan untuk membantu penduduk
Gaza. Rupa-rupanya ada niat tersembunyi oleh negara-negara musuh Islam ini membiarkan
sahaja bantuan-bantuan ini masuk ke Gaza terlebih dahulu.
Sudah tentu walaupun kenyataan Trump ini bersifat retorik
dan sekiranya ianya benar-benar berhasrat untuk menghalau penduduk Gaza, sudah
tentu pejuang-pejuang Palestin khususnya Hamas akan berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan tanah air mereka selepas ini. Tidak perlulah kita
mengadakan genjatan senjata dengan Israel ataupun apa-apa perjanjian sekalipun.
Ada baik kita renungi ayat al-Quran berikut;
“Sekali-kali tidak akan REDHA orang-orang
Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan-jalan hidup mereka.” al-Baqarah,
120.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Saturday, February 1, 2025
Berapakah Komisen Menjadi Agen Hartanah?
Sudah tentu kita akan tertanya-tanya, berapakah komisen menjadi
agen hartanah? Sememangnya menjual itu mendatangkan pendapatan yang lumayan.
Berikut adalah bacaan rambang saya komisen yang diperolehi untuk rumah yang
dapat dijual;
Rumah berharga RM200,000 – Komisen RM6,000.
Rumah berharga RM300,000 – Komisen RM9,000.
Rumah berharga RM400,000 – Komisen RM12,000.
Rumah berharga RM500,000 – Komisen RM15,000.
Rumah berharga RM600,000 – Komisen RM18,000.
Rumah berharga RM1 juta
- Komisen RM30,000.
Banyak tu! Akan tetapi, menjual itu memang susah. Kalau
benda ini senang ramailah orang yang menjadi agen hartanah untuk menjual rumah.
Sekali dapat, memang berbaloi-baloi makan komisen! Anda ada berani untuk
menceburi bidang hartanah?
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
































