Tempoh genjatan senjata antara pejuang Hamas dan Israel baru-baru
ini yang dijangkakan berlangsung selama 52 hari rupa-rupanya hujan di tengah
siang. Genjatan senjata yang dimeterai antara pejuang Hamas dan Israel
baru-baru ini sudah tentu disebabkan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika
Syarikat yang baru.
Pembebasan tebusan-tebusan Israel oleh Hamas dalam
keadaan selamat dan siap diberikan cenderahati oleh pejuang pembebasan Palestin
ini atas nama genjatan senjata rupa-rupanya telah dikencing oleh Donald Trump
dan Benjamin Nentanyahu. Terbaru Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika
Syarikat akan mengambil Semenanjung Gaza dan melaksanakan usaha pembangunan
semula Gaza serta tentera Amerika Syarikat akan ditempatkan di sini sejurus
pertemuannya dengan Benjamin Nentanyahu.
Sudah tentu keadaan ini mencetuskan kemarahan umat Islam.
Di manakah maruah penduduk Gaza khususnya dan umat Islam amnya apabila kenyataaan
ini dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat? Menurut Trump lagi,
negara-negara umat Islam yang lain perlu menerima pelarian penduduk Gaza nanti
apabila usaha ‘ethnic cleansing’ akan dibuat nanti. Seolah-olah penduduk Gaza
ini tiada nilai apabila diminta untuk meninggalkan tanah air mereka nanti.
Sebab itu saya berasa pelik bantuan-bantuan kemanusiaan
dibenarkan masuk secara beramai-ramai untuk membantu penduduk Gaza tanpa ada
sekatan oleh penduduk Israel setelah perjanjian genjatan senjata ditemeterai.
Jika sebelum ini, penduduk Israel bersifat kebinatangan apabila merosakkan
makanan yang dibawa masuk oleh trak-trak bantuan kemanusiaan untuk membantu penduduk
Gaza. Rupa-rupanya ada niat tersembunyi oleh negara-negara musuh Islam ini membiarkan
sahaja bantuan-bantuan ini masuk ke Gaza terlebih dahulu.
Sudah tentu walaupun kenyataan Trump ini bersifat retorik
dan sekiranya ianya benar-benar berhasrat untuk menghalau penduduk Gaza, sudah
tentu pejuang-pejuang Palestin khususnya Hamas akan berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan tanah air mereka selepas ini. Tidak perlulah kita
mengadakan genjatan senjata dengan Israel ataupun apa-apa perjanjian sekalipun.
Ada baik kita renungi ayat al-Quran berikut;
“Sekali-kali tidak akan REDHA orang-orang
Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan-jalan hidup mereka.” al-Baqarah,
120.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment