Pada masa sekarang banyak podcast disiarkan di Youtube
dengan pihak penganjur menjemput tetamu-tetamu undangan mereka dan tidak kurang
juga yang menjemput tetamu bertaraf VVIP untuk meminta pandangan mereka
berkenaan dengan sesuatu isu semasa, berkongsi pandangan mengenai kepakaran
atau minat mereka dan sebagainya. Namun, apa yang saya berasa skeptikal apabila
pihak penganjur menjemput negarawan negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad
dalam siaran podcast mereka.
Apabila melihat podcast-podcast yang baru disiarkan dalam
Youtube dengan tetamu undangan ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, saya berasa
skeptikal dalam siaran podcast ini kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada Tun
Dr. Mahathir adalah isu-isu lama atau basi yang sudah biasa kita dengar.
Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh podcaster-podcaster
ialah penyelesaian ekonomi oleh beliau ketika kegawatan ekonomi Asia 1997/98
dan langkah-langkah kawalan modal yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan
masalah ekonomi negara, hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Tun Daim Zainuddin,
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pandang ke Timur, dan boleh dikatakan semua soalan
ini telah diceritakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku memoir beliau yang
bertajuk Doktor Umum.
Untuk podcaster-podcaster yang berada di luar sana jika
ingin menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai tetamu undangan mereka, cubalah tanya
soalan-soalan kepada beliau mengenai isu-isu yang masih belum didengar ataupun
tidak diketahui oleh penonton bagi mengetahui pandangan daripada beliau yang
masih belum didengar. Para penonton memang mengalu-alukan para podcaster untuk
membuat siaran bersama Tun Dr. Mahathir tetapi janganlah semata-mata menjemput
negarawan ini sekadar untuk menaikkan bilangan subscriber untuk channel mereka
dengan bertanyakan soalan-soalan yang orang awam sudah tahu dan maklum mengenai
negarawan ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment