Belum pun isu kematian Zara
Qairina masih belum selesai dan reda, negara kita digemparkan pula dengan kes
rogol beramai-ramai di sebuah sekolah di Melaka dan kes pembunuhan di sebuah
sekolah di Petaling Jaya. Itu pun belum diambil kira lagi kes hamil luar nikah
di kalangan pelajar-pelajar.
Di manakah kesilapan kita pada
hari ini? Adakah ini disebabkan oleh kesilapan ibu bapa dan guru-guru? Sudah
tentu ini menunjukkan bahawa Dasar Pendidikan Negara kita perlu dikaji dan
digubal semula mengikut peredaran zaman.
Saya juga kadang-kadang berasa
sinis dengan kata-kata di ruangan komen yang menyatakan bahawa Menteri Pendidikan
kita perlu ditukar dan hukuman rotan di sekolah perlu dikembalikan semula untuk
memberi kuasa kepada guru-guru. Saya percaya ini hanyalah merupakan serpihan
daripada kerangka Dasar Pendidikan Negara yang perlu dikaji semula.
Percayalah bahawa tukar Menteri
Pendidikan pun tidak akan menyelesaikan masalah di sekolah-sekolah di seluruh
negara dalam sekelip mata!
Benarlah kata-kata Saidina Umar
al-Khatab, “Didiklah anak kamu mengikut kepada peredaran zaman.” Nampaknya,
dengan kebejatan sosial yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah
sekarang memerlukan perubahan radikal yang menyeluruh dalam sistem pendidikan
di negara kita. Sistem pendidikan kita mungkin sudah lapuk dan ketinggalan zaman
dan tidak boleh mengikut cara lama dalam mendidik para pelajar.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment