Kotor
tetapi suci dan bersih tetapi tidak suci – Rasa pelik tak tajuk entri yang saya
tulis pada kali ini? Memang pelik jika kita fahami betul-betul maksud dan makna
tajuk ini.
Jika
sesuatu pakaian kotor, tidak semestinya ia tidak suci dan jika sesuatu pakaian
itu bersih tidak semestinya ianya suci.
Jika
kita fahami betul-betul syarat sah solat, salah satu syarat sah solat ialah
kita perlu suci daripada najis pada pakaian atau badan kita bukannya bersih
daripada segala kekotoran.
Bagaimana
jika sesuatu pakaian itu kotor tetapi suci? Sudah tentu solat kita adalah sah
jika kita gunakan. Contohnya ialah kita memakai sehelai baju yang sudah
seminggu tidak dibasuh. Sudah tentu segala kotoran akan melekat pada pakaian
kita tetapi masih belum terkena najis. Selagi mana baju ini masih belum terkena
najis, selagi itu ianya sah untuk dipakai ketika solat.
Jika
pakaian itu terkena najis dan dibasuh tetapi tidak suci, sudah tentu pakaian
ini tidak sah jika digunakan untuk menunaikan solat. Contohnya, sehelai baju
yang terkena najis kemudian direndam selama beberapa hari dengan sabun basuh.
Kemudian, baju ini terus dijemus tanpa dibilas untuk membuang semua saki-baki
najis yang masih terdapat pada baju tersebut. Baju ini sudah pasti tidak sah
untuk digunakan ketika solat walaupun berbau wangi kerana masih tidak suci.
Begitu
juga halnya dengan kulit kita. Sesuatu yang dikategorikan sebagai najis yang
keluar daripada kulit kita ialah darah dan nanah. Selainnya ia tidak dikira
sebagai najis. Contohnya, ada air yang keluar dari kulit kita kerana kita ada
masalah kulit. Air ini tidak dikira sebagai najis dan ianya adalah kotoran.
Jika ia terkena pada pakaian kita, pakaian kita masih sah untuk digunakan dalam
solat.
Jelaslah
di sini bahawa suci dan bersih itu sebenarnya membawa erti yang berbeza dari
sudut fekah khususnya apabila kita ingin memakai sesuatu pakaian dalam solat. Apa
yang penting di sini kita harus jelas bahawa yang kotor itu tidak semestinya
tidak suci dan yang bersih itu tidak semestinya suci.
Wallhua’lam.
1 comment:
Masih aktif gais
Post a Comment