Terdapat 2 jenis barang yang boleh dijual kepada
orang ramai iaitu barang yang mempunyai jualan berulang dan barang yang tidak
mempunyai jualan berulang.
Barang yang mempunyai jualan ulangan atau repeat
sale adalah barang yang mempunyai permintaan yang berterusan sepanjang masa
walaupun daripada seorang pelanggan. Contohnya ialah ubat kencing manis yang
dijual oleh syarikat jualan langsung. Jika ubat tersebut baik, maka seseorang
pelanggan akan terus membelinya dari semasa ke semasa.
Manakala barang yang tidak memerlukan jualan
ulangan atau repeat sale ialah barang yang hanya dibeli sekali sahaja oleh
pelanggan. Contoh yang mudah ialah menulis dan membuat jualan buku. Sesebuah
buku tidak akan dibeli oleh pelanggan yang sama lebih daripada sekali. Jika
beli lebih daripada sekalipun, ia hanya untuk dijadikan hadiah untuk rakan
kenalan yang terdekat.
Jualan buku umpama jualan filem. Sesuatu filem
akan panas dan meletup di panggung wayang sewaktu ianya mula-mula diterbitkan
dan ditayangkan sahaja. Mungkin 3 bulan pertama sahaja. Selepas itu, ia mula
menjadi suam-suam suku dan kemudian orang tidak menontonnya lagi selepas muncul
lambakan filem baru selepas itu.
Contohnya pada tahun 2014, filem yang pecah
panggung ialah Abang Long Fadhil yang mencatat kutipan sebanyak RM4.61 juta
dalam masa 29 hari! Begitu juga dengan kutipan filem Balistik yang mencatat
kutipan sebanyak RM2.27 juta dalam masa 21 hari! Kemudian, apabila masuk tahun
2015, muncul pula filem-filem baru yang menyebabkan filem-filem yang telah
diterbitkan sebelumnya tenggelam.
Jika kita melihat proses sesebuah filem itu
diterbitkan, ia mengambil masa 2 tahun walhal orang sebenarnya menonton
sesebuah filem 2 jam sahaja! Begitu juga dengan buku, di mana seseorang itu
mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkannya walhal seseorang pembaca
boleh menghabiskan bacaannnya beberapa hari sahaja.
Tetapi kedua-duanya membawa pulangan lumayan jika
kena caranya! Namun, usahlah kita bergantung kepada sesuatu produk sahaja untuk
menerbitkan buku. Seseorang penulis itu perlu menerbitkan bukunya secara
berkala supaya bisnes bukunya sentiasa segar sepanjang masa.
Umpama menulis blog. Ramai orang yang menulis blog
dalam tempoh sekejap sahaja. Alasannya ialah tiada orang hendak baca. Sedarlah
saudara bahawa untuk menulis itu memerlukan komitmen yang tinggi – Tidak mengharapkan
duit daripada iklan nuffnang, komen pelawat dan sebagainya. Ianya adalah proses
untuk mengejar kepuasan! Jika tulisan anda bagus dan sentiasa mengemaskini blog
anda secara berkala, percayalah bahawa anda akan mempunyai peminat yang
tersendiri!
Pendek kata, timbal terbalik menerbit filem dan
buku sama sahaja di mana ia mencatat jualan panas ketika ia mula-mula
diterbitkan sahaja.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogpot.com
No comments:
Post a Comment