Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Saya masih teringat lagi sehari selepas PRU-11 pada tahun 2004, Mingguan Malaysia menyiarkan berita tajuk besar “BN Rampas Terengganu”. Sehari selepas PRU-12 Mingguan Malaysia menyiarkan tajuk besar “Pembangkang Tawan 5 Negeri”. Pada hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan tajuk besar “BN Menang” selepas PRU-13 dijalankan semalam.
Saya masih teringat lagi sehari selepas PRU-11 pada tahun 2004, Mingguan Malaysia menyiarkan berita tajuk besar “BN Rampas Terengganu”. Sehari selepas PRU-12 Mingguan Malaysia menyiarkan tajuk besar “Pembangkang Tawan 5 Negeri”. Pada hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan tajuk besar “BN Menang” selepas PRU-13 dijalankan semalam.
Berita sedih buat Umno-BN apabila
Umno-BN pada kali ini gagal memperolehi 2/3 majoriti parlimen di Dewan Rakyat
bahkan prestasi Umno-BN pada kali ini adalah lebih teruk berbanding daripada
keputusan PRU-12. Pada kali ini (PRU-13), BN memperolehi kerusi parlimen
sebanyak 133 kerusi sahaja berbanding pada tahun 2008 di mana BN memperolehi kerusi
parlimen sebanyak 140.
Tsunami politik pada kali ini
lebih kencang sekiranya dibandingkan pada tahun 2008 kerana kerusi BN berpindah
tangan sebanyak 7 kerusi kepada pembangkang. Keadaan ini betul-betul membuatkan
BN goyah. Laungan BN yang menyatakan bahawa mereka dapat membentuk semula majoriti
2/3 parlimen hanya tinggal omongan kosong sahaja. Cuma tsunami politik pada
kali ini lebih diam kalau tidak kerana BN tidak kehilangan 2/3 majoriti
parlimen pada tahun 2008.
Telahan bekas Menteri Kewangan
Tun Daim Zainuddin benar apabila beliau mengatakan bahawa negeri Kedah akan
jatuh ke tangan BN dan BN akan kehilangan beberapa kerusi Dun dan Parlimen di
Johor, Sarawak dan Sabah kepada pembangkang. Namun, telahan Tun Daim yang
mengatakan bahawa Selangor akan jatuh ke tangan BN tidak menjadi kenyataan
apatah lagi Tun Daim menyatakan bahawa BN boleh menguasai 2/3 parlimen juga
tidak menjadi kenyataan.
Sekiranya dilihat pada kali ini,
pengundi cina telah menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada Dap. Jika
dilihat sebelum ini, sokongan mereka kepada Dap pada kali ini adalah secara
terbuka dan bukan lagi seperti dahulu yang hanya menyokong Dap secara diam-diam
dengan hanya mengundi MCA. Pada kali ini, kita dapat melihat bilangan kerusi
Dap dalam Dewan Rakyat terus bertambah sebanyak 38 kerusi sekaligus mendominasi
dalam Pakatan Rakyat.
Orang-orang cina sememangnya pada
kali ini memang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kuasa politik
dengan mengundi Dap di mana mereka telah menolak Mca dan Gerakan secara fatal. Ini dapat dilihat bahawa majoriti
yang dimenangi oleh Dap di kerusi-kerusi yang mereka tandingi rata-ratanya
menang dengan majoriti yang besar dengan mencecah puluhan ribu undi. Ini
termasuklah di Gelang Patah di mana Lim Kit Siang dapat menewaskan Datuk Ghani
Othman dengan majoriti yang besar iaitu dengan 14,762 undi.
Lim Kit Siang adalah hero kepada
masyarakat cina kerana beliau memperjuangkan hak kaum tersebut. Berlainan pula
dengan Ghani yang sudah menjadi Menteri Besar Johor namun masih tidak mampu mempengaruhi
pengundi-pengundi cina menolak Lim Kit Siang. Ada yang menyatakan bahawa BN di
Gelang Patah tidak bekerja keras sepertimana Dap. Faktor ini menyebabkan Ghani
kalah di Gelang Patah. Walaubagaimanapun, kaum cina tidak boleh menjatuhkan
maruah pemimpin mereka yang memperjuangkan hak mereka walaupun mereka datang
daripada negeri yang berlainan.
Sememangnya orang cina pada kali
ini keluar mengundi beramai-ramai dengan skala yang besar pada kali ini.
Orang-orang cina yang tinggal di luar negara juga balik untuk mengundi walaupun
hanya sehari. Di sini, dapat kita lihat bahawa mereka tekun berusaha dengan
gigih dan tidak mengharapkan undi orang lain untuk menang begitu sahaja tanpa
pergi mengundi.
Lihat sahaja di Kepong di mana
Dap memenangi majoriti sebanyak 40,307 undi, Seputeh (51,552 undi), Bukit
Bintang (19,399 undi), Segambut (19,199 undi) serta kawasan-kawasan lain dengan
majoriti yang lebih besar di mana kawasan tersebut adalah kawasan pengundi
cina.
Walaupun dalam pembahagian kerusi
untuk parlimen bagi Pakatan Rakyat, dapat dilihat bahawa PKR bertanding
sebanyak 99 kerusi, Pas sebanyak 73 kerusi dan 51 kerusi namun apa yang terjadi
ialah Dap memenangi kerusi sebanyak 38 kerusi berbanding PKR dengan 28 kerusi
dan Pas dengan 21 kerusi. Ini menunjukkan Dap bertanding di kerusi-kerusi yang
berkualiti di mana kerusi ini mempunyai potensi yang besar untuk dimenangi
walaupun Dap bertanding dengan kerusi parlimen yang paling kecil dalam Pakatan
pada mulanya.
Kemenangan Kedah buat BN pada
kali ini adalah hanya kemenangan moral yang kecil buat BN kerana banyak lagi
kerusi-kerusi Dun di negeri lain jatuh ke tangan pembangkang. Contohnya di
Terengganu yang menyaksikan BN hanya menguasai hanya lebih 2 Dun berbanding Pas
dan di Perak di mana BN hanya memperolehi majoriti hanya 3 Dun. Itu belum
diambil kira lagi negeri-negeri lain di mana pembangkang sudah dapat menembusi
kubu-kubu kuat BN.
Berita sedih juga buat Selangor
kerana walaupun Pakatan Rakyat masih dapat bertahan di negeri tersebut, namun
Dap menguasai Dun di negeri tersebut di mana Dap menguasai 15 kerusi Dun
daripada 44 kerusi Dun Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Jika tidak kerana
adanya Sultan, sudah tentu Menteri Besar Selangor dilantik daripada kalangan
kaum cina.
Nampaknya, produk 1Malaysia dan
Program Transformasi yang sering dicanang oleh Perdana Menteri tidak dapat
menambat hati pengundi kerana bilangan kerusi parlimen BN terus jatuh merudum.
Ini menunjukkan bahawa rakyat pada hari ini tidak dapat ditambat oleh wang bagi
meraih sokongan mereka apatah lagi dengan kaum cina dengan secara bulat-bulat
telah menolak BN.
Pendek kata, PRU-13 menjadi
igauan baru buat BN walaupun BN pada mulanya mencanang mereka boleh memperolehi
sokongan yang lebih besar. Apa yang jelas PRU kali ini menunjukkan penentangan
secara jelas oleh kaum cina kepada BN. Apakah kaum cina marahkan Najib kerana
merampas Perak daripada Dap pada tahun 2009? Adakah kaum cina ingin menghukum
Najib kerana peristiwa tersebut?
Ada yang menyifatkan bahawa
PRU-13 adalah tsunami politik orang cina kerana mereka inginkan kuasa politik.
Ini tidak menghairankan bahawa mereka sudah menguasai ekonomi sejak sekian
lama. Oleh itu, tidak mustahil mereka ingin menguasai politik negara pula.
Sesungguhnya ekonomi itu dapat membeli kuasa politik. Apakah strategi yang
digunakan oleh Najib selepas ini untuk menambat hati kaum cina setelah produk
1Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau tidak memberi sebarang kesan kepada
kaum tersebut? Adakah dengan melakukan persempadanan semula kawasan
pilihanraya? Semuanya akan terjawab untuk tempoh 5 tahun akan datang sebelum
menjelang PRU-14 seterusnya.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
1 comment:
mungkin ada dikalangan wakil BN lompat parti
Post a Comment