Saturday, July 23, 2011

Dosa Riba'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

1. Semalam pada hari Jumaat (23 Julai 2011), saya pergi memeriksa Cukai Pendapatan di Unit Sumber Manusia (HR) organisasi saya dan berjumpa kakitangan di unit itu. Apabila disemak, didapati saya tidak dikenakan sebarang Cukai Pendapatan untuk tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya dan kakitangan di Unit HR tersebut melihat had potongan gaji saya masih banyak dan bertanyakan adakah saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman bank. Saya menjawab," Semua pinjaman bank adalah riba'..."

2. Di sini, saya berminat untuk menulis semula dosa riba' yang diterangkan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Apakah kewangan kita bebas daripada riba'? Firman Allah dalam Surah al-Baqarah (278-279):

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."

3. Imam Abu Hanifah meriwayatkan ayat di atas merupakan ayat yang paling menakutkan di dalam al-Quran. ayat di atas, ayat ini dituju kepada orang-orang beriman sahaja kerana Allah telah menapis ayat ini dengan menyeru "Wahai orang-orang beriman". Bagi orang-orang yang mempunyai iman yang tidak utuh, mereka tidak akan memandang serius ayat ini. Sesiapa yang ingin tergolong dalam golongan beriman, perlu meneliti ayat ini.

4. Perintah Allah seterusnya adalah menyeru orang-orang beriman supaya betaqwalah kepada Allah. Ini adalah kerana Allah ingin menguji ketaqwaan kita melalui ayat "tinggalkan sisa riba" apatah lagi melarang mengambil riba secara total.

5. Ayat berikutnya, Allah berfirman sekiranya tidak meninggalkan saki-baki riba', maka mereka (orang yang mengambil riba') telah mengisytiharkan perang terhadap Allah dan Rasul. Ayat ini bersifat hakiki dan bukan bersifat perumpamaan. Imam Malik bin Anas meriwayatkan bahawa beliau tidak berjumpa dosa yang menakutkan dalam al-Quran dan hadis nabi melainkan dosa riba' kerana Allah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengambil riba'.

6. Allah menghancurkan keberkatan kehidupan orang-orang yang mengambil riba' dan Allah menambah keberkatan kepada orang-orang yang bersedekah dan orang menunaikan zakat. Ibnu Hajar menyatakan orang yang hilang keberkatan dalam hidup dapat dilihat melalui kehidupan mereka yang berasa ringan membuat dosa dan berasa berat membuat pahala.

7. 1 dirham hasil riba' yang dimakan oleh lelaki atau perempuan, dosanya adalah lebih berat daripada 30 kali zina. Namun begitu, ayat ini bukanlah menyatakan zina itu dosa kecil, tetapi ia adalah menggambarkan betapa beratnya dosa makan riba'. Dosa riba' adalah berselindung di akhir zaman berbanding dosa zina di mana anak luar nikah yang dibuang dimerata-rata tempat, seolah-olah riba' ini diredhai pada akhir zaman.

8. Riba' mempunyai 62 pintu dosa di mana dosa paling ringan adalah sumbang mahram dengan ibu atau bapa sendiri. Ini menunjukkan dosa riba' merupakan dosa besar dan bukan sebarangan dosa.

Wallhua'lam.

Rujukan

1. Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman,
http://www.youtube.com/watch?v=lEPzUeXB87I&feature=related

English Version


Assalamualaikum w.b.t. and Greetings,

1. Yesterday on Friday (July 23, 2011), I went to check on the Income Tax Unit of Human Resources (HR) my company and I see the staff who in-charge there. When checked, I found I do not asked pay any Income Tax Return for last year and previous years and the staff at the HR Unit to see my salary deduction limit is still a lot and asked me if I did not make any bank loans. I replied, "All the bank loans is riba'..."
2. Here, I am keen to rewrite the sin of riba' as described by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. What our financing free from riba'? Allah says in Surah al-Baqarah (278-279):
"O you who believe, fear Allah, and what remains of riba, if ye are believers. So if you do not (leave warned), then know that Allah and His Messenger to fight. And if you repent (taking request), then ye principal of your wealth you are not wrong and not (also) be persecuted. "
3. Imam Abu Hanifa narrated the above verse is the most frightening verses in the Qur'an. the above verse, the verse is addressed to those who believe only because God has been filtering text calling "O you who believe". For those who have faith is not strong, they will not seriously verse. Those who wish to belong to the believers, need to look at this verse.
4. He orders the next is called on believers to fear to God. This is because Allah wanted to test our devotion by the words "leave warned" not to mention totally forbids riba'.
5. The next verse, God said if they do not leave the residue of riba', so they (the riba') has declared war against Allah and His Messenger. This verse is real and not the nature of the parable. Imam Malik bin Anas reported that he did not see a sin of fear in the Quran and the hadith of the Prophet unless the sin of riba' because God declared war against the people who take riba'.
6. God destroyed the blessings of life of people who take riba' and increase the blessings of God to those who give alms and to practice regular charity. Ibn Hajar said the loss of blessings in life can be seen thriugh the lives of those who feel guilt and feels light to make the rewards.

7. 1 dirham results riba' eaten by man or woman, his sins are heavier than 30 times adultery. However, this verse is not stating the minor sins of adultery, but it illustrates the burden of sin riba'. Sin of riba' is hidden in the end than the sin of adultery in which an illegitimate child who dumped indiscriminately place.
8. Usury has 62 gates of sin is the sin of the lightest is incest with his own parents.This shows the sin of usury is a big sin.
Wallhua'lam.

Reference

1. Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman,
http://www.youtube.com/watch?v=lEPzUeXB87I&feature=related

Thursday, July 14, 2011

Cekalnya Seorang Pemuda: Khusairie Bani Hashim


"Seseorang pemuda tidak mengatakan sejarah ayahnya merupakan permata hatiku. Seseorang pemuda mengatakan ini adalah aku." Inilah yang merupakan pepatah arab yang patut kita tanam pada diri kita semua dengan meneladani kisah Khusairie Bani Hasim.

Khusairie Bani Hashim adalah seorang usahawan hartanah Melayu yang berjaya sebelum mencecah usia 40-an. Beliau mempunyai lima buah anak syarikat yang melibatkan bidang hartanah, kejuruteraan, bioteknologi, dan pelbagai bidang pelaburan yang melibatkan nilai berpuluh juta ringgit. Namun semua kejayaan ini tidak datang sekelip mata atau melalui jalan mudah.

Semuanya bermula ketika beliau berumur 21 tahun. Beliau telah mengambil langkah berani dengan pergi ke Kuala Lumpur dengan berbekalkan wang RM50 yang dipinjamkan oleh ibunya. Tujuan beliau adalah mencari pekerjaan. Sewaktu di Kuala Lumpur, beliau hidup merempat dan tidur di kaki lima Masjid India selama 3 bulan berturut-turut. Bagi menjimatkan wang, beliau hanya makan roti canai sebagai hidangan tengah hari manakala air paip dijadikan sebagai minumannya. Wang sebanyak RM50 hanya bertahan selama sebulan sahaja.

Di awal kehidupan beliau di Kuala Lumpur, beliau bekerja sebagai tukang basuh pinggan di restoran mamak di sebelah malam. Sebelah siangnya, beliau mencari kerja lain yang lebih terjamin. Sewaktu itu, ukur lilit pinggan beliau hanya 26 cm dan susuk tubuh yang kurus kering serta muka yang cengkung. Beliau sering dicaci dan dimaki serta dilabel sebagai penagih dadah. Selepas itu, beliau mendapat pekerjaan sebagai pekerja stor di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan pendapatan RM260 dan pada masa yang sama, beliau bekerja di restotan mamak tersebut.

Selepas 7 bulan berlalu, beliau mendapat kerja sebagai pencuci kereta dan kemudian beralih arah sebagai jurujual kereta di kedai menjual kereta terpakai di Jalan Klang Lama. Beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu bekerja sebagai pencuci kereta. Beliau menceritakan," Saya tidak malu mengatakan dan tidak akan lupa apabila saya pernah dipanggil 'anjing' oleh orang melayu sendiri ketika bekerja di Jalan Klang Lama. Pada ketika itu, Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, namun saya hanya mampu pendam, lagipun siapa saya ketika itu, hanya budak pencuci kereta.

Kehidupan eliau berubah ke arah lebih baik semasa menjadi jurujual kereta. Beliau memperolehi pendapatan sehingga RM2,000 sebulan tetapi tidak kekal lama. Beliau akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja dan menceburi kerjaya bidang hartanah.

Detik ini yang menjadikan beliau terlibat dalam bidang perniagaan hartanah. Semuanya bermula apabila beliau terbaca artikel mengenai kisah kejayaan jutawan dan hartawan duniayang disiarkan dalam majalah Forbes. Enam bulan pertama karier beliau sebagai ejen hartanah menemui kegagalan. Tiada satu pun aset hartanah yang dapat dijual oleh beliau sedangkan pendapatannya berasaskan komisyen. Dua bulan kemudian, kehidupan beliau semakin parah. Beliau terpaksa menjual kereta, motosikal dan terpaksa menaiki bas mini untuk bergerak ke mana-mana. Beliau kemudian membuat kerja sambilan di Kelab Sultan Sulaiman untuk menampung kehidupan yang sukar ketika ini.

Duit simpanan juga habis digunakan. Beliau membuat keputusan berani apabila menggunakanduit terakhir dalam poketnya yang berjumlah RM36 untuk membeli iklan di dalam akhbar The Malay Mail. Walaupun iklan itu mendapat respons tetapi peristiwa pahit berulang kembali.

"Ketika itu saya iklankan rumah mahu dijual berharga RM360,000 yang terletak di Seksyen 3, Petaling Jaya. Selepas iklan disiarkan, ramai yang menelefon dan berjumpa, tetapi disebabkan saya tiada pengalaman menjual dalam berurus niaga, 35 orang daripada pelanggan tidak minat membeli." Ujar beliau.

Ketika itu beliau merasakan sudah hampir berputus-asa sehingga suatu hari beliau menerima panggilan yang membawa sinar baru dalam kehidupan beliau. Seorang lelaki dari Melaka bersetuju membeli rumah tersebut. Pertemuan antara mereka berlangsung pada hari raya Aidiladha dalam suasana hujan lebat. Komisyen yang diterima beliau adalah berjumlah RM5,500 yang merupakan komisyen pertama beliau. Selepas itu, kejayaan demi kejayaan yang diraihnya dan beliau pernah mencatat jualan mencecah RM1 juta.

Beberapa tahun kemudian, beliau berkongsi dengan rakan baiknya menubhkan syarikat hartanah dan bergiat sepenuhnya selepas 2 tahun kemudian iaitu pada tahun 1998. Bermula di Selangor, kini perniagaan beliau berjaya dikembangkan ke Timur Tengah. Semuanya tidak menghairankan sekiranya dilihat komitmen beliau kepada kerja. Katanya." Bagi saya, tiada masa cuti dan setiap hari saya masuk jam 8 pagi dan balik 2 pagi, malah ada ketikanya saya tidur di pejabat.

Kini syarikat beliau iaitu Bani Hashim Gorup Sdn Bhd (Banigroup) telah terlibat dalam bidang pelaburan dan memajukan tanah-tanah rizab melayu yang berjumlah RM50 juta. Misi utama syarikat ini ialah untuk membangunkan, meningkatkan nilai-nilai tanah rizab melayu yang lebih terancanga dan berkualiti.

Daripada kisah suka-duka Khusairie Bani Hashim di atas, dapat kita simpulkan bahawa tiada jalan pintas untuk kita berjaya. Bukannya rolling duit orang dengan membuka akaun bank di facebook dan meminta orang memasukkan duit RM100 ke dalam akaun anda. Dunia ini penuh dengan rezeki yang melimpah-ruah yang disediakan oleh Tuhan kepada mereka yang sanggup mencarinya. Begitu juga dalam bidang perniagaan, jangan kita fikir bahawa kita akan berjaya dalam perniagaan untuk kali pertama. Sebenarnya, banyak ranjau dan duri yang perlu diharungi untuk berjaya dalam dunia perniagaan ataupun bidang lain. Apa yang penting ialah kita perlu mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjaya.

Wallahua'lam.

Sumber:
1. Nazri Kadir, 2010, Berfikir Gaya Trump, PTS Profesional.

English Version

"A boy does not say is a jewel of my father's history. A young man says this is me."This is an Arab proverb that we should be planted in all of us to emulate the story of Bani Hasim Khusairie.Khusairie Bani Hashim is an entrepreneur with a successful Malay land before the age of 40s. He has five subsidiaries involved in property business, engineering, biotechnology, and other investment areas that involve the tens of millions of dollars.But all this success does not come overnight or through the easy way.It all started when he was 21 years old. He has taken a bold step to go to Kuala Lumpur with an ever RM50 money loaned by her mother. His purpose was to find a job. While in Kuala Lumpur, merempat he lived and slept on the sidewalk Masjid India for three consecutive months. To save money, he could only eat roti canai for lunch while the tap water used as a drink. Sum of RM50 only lasted a month.At the beginning of his life in Kuala Lumpur, his work as a dishwasher at the mamak restaurant in the evenings. Brought forth its side, he looked for other jobs more secure. When the circumference of a plate he was only 26 cm and scrawny physique and a concave face. He often condemned and insulted and labeled as drug addicts.After that, he found a job as an employee of a supermarket store in Jalan Tuanku Abdul Rahman with RM260 income and at the same time, he worked at the mamak restotan.After seven months passed, he got a job as a cleaner car and then switched to a car salesman in the used car dealer in Old Klang Road. He has a bitter experience when working as car washers. She tells, "I'm not ashamed to say and will not forget when I once called the" dog "by the Malays themselves while working in Old Klang Road. At that time, God alone knows how I feel, but I can only latent, and besides who I amthen, just a car wash boy.Eliau life changing for the better when a car salesman. He earn up to RM2, 000 per month but did not last long. He finally decided to quit my job and career field of real estate.That makes this moment he was involved in the property business. It all started when he stumbled upon an article about the success story of a world rich millionaires and published in Forbes magazine. First six months of his career as a real estate agent failed. None of the real estate assets that can be sold by him while commission-based income. Two months later, his life was worse. He had to sell cars, motorcycles and mini-buses have to move anywhere. He then worked part time at the Sultan Sulaiman Club for supporting the difficult times.Money savings are exhausted. He made the bold decision when the last menggunakanduit in his pocket, amounting to RM36 to buy ads in The Malay Mail newspaper. While the ad received a response but a flip over again."At that time I want to advertise homes for sale priced at RM360, 000 which is located in Section 3, Petaling Jaya. After the ad aired, many people call and see, but because I had no experience selling in a business, 35 people from the customer is not buying interest." He said.When he felt that it almost gave-up until one day he received a call that brings new rays of his life. A man from Singapore agreed to buy the house. The meeting between them took place on the feast Aidiladha in a heavy rain. Received his commission amounted to RM5, 500 which was his first commission. After that, success after success as an achievement to accomplish, and he has recorded sales of RM1 million.Several years later, he shared with best friend menubhkan real estate company and is fully active after 2 years later in 1998. Starting in Victoria, is now successfully expanded his business to the Middle East. Everything is not surprising if viewed his commitment to the work. He said. "For me, no holidays and every day I went back at 8 am and 2 am, but there were times when I was sleeping in the office.Now his company is the Bani Hashim Gorup Ltd (Banigroup) has been involved in investment and promote Malay reserve land amounting to RM50 million. The company's mission is to develop, enhance the value of more Malay reserve land terancanga and quality.From the story of happiness and misery Khusairie Bani Hashim above, we can conclude that there is no shortcut to success. Instead of rolling the money by opening a bank account on facebook and asked for RM100 people putting money into your account. It is full of things which abundance provided by God to those who are willing to find it. Similarly in business, do we think that we will succeed in the business for the first time. In fact, many mines and downs to be overcome to succeed in business or other fields. What is important is that we should have a high morale to succeed.


Reference:
1. Nazri Kadir, 2010, Berfikir Gaya Trump, PTS Profesional.

Monday, July 4, 2011

Kejatuhan Khilafah Uthmaniah


Berita pemansuhan sistem khilafah oleh akhbar Times.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini tanggal 28 Rejab 1432 saya berkesempatan untuk memberi tazkirah di pejabat saya. Kebetulan tarikh ini merupakan tarikh peristiwa hitam kepada umat Islam iaitu peristiwa kejatuhan Khilafah Uthmaniah. Saya sempat menceritakan mengenai detik-detik kejatuhan Khilafah Uthmaniah, sultan-sultan terakhir dan peranan Mustafa Kamal Attaturk dalam menghapuskan sistem pemerintahan Islam. Saya menerima komen-komen berikut selepas memberi tazkirah:

i. Kebaikan Mustafa Kamal Attaturk ialah ia membenarkan kaum wanita untuk bekerja. Sebelum pemerintahan beliau, kaum wanita adalah tidak dibenarkan untuk bekerja.

ii. Walaupun Parti AKP memenangi pilihanraya di Turki baru-baru ini, ini bukanlah bermakna Islam akan naik secara demokrasi kerana demokrasi adalah sistem kafir. Namun, saya mengatakan bahawa saya pernah mendengar ceramah yang mengatakan para ulama' ingin melihat pemerintahan Parti AKP di Turki ketika memenangi piliharaya pada tahun 2002. Ini adalah kerana ada parti Islam yang memenangi piliharaya 1970-an tetapi tidak melaksanakan sistem Islam untuk ekonomi sahaja dan tidak menyeluruh.

iii. Janganlah menyebut Mustafa Kamal Laknatullah, seburuk-buruk beliau pun janganlah meletakkan gelaran kasar 'Laknatullah' kerana kita juga adalah insan biasa.

Setiap kata-kata boleh diterima dan boleh ditolak melainkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. Wallahua'lam.

Sekian, terima kasih.

English Version

Recently, the date 28 Rajab 1432 I had the opportunity to tazkirah in my office.Coincidentally, this date is the date a black event to the Muslims of the OttomanCaliphate fall events. I could tell about moments of the fall of the Ottoman Caliphate,the last sultans and the role of Mustafa Kemal Attaturk in combating Islamic system of government. I received the following comments after giving tazkirah:

i. Benefits of Mustafa Kemal Attaturk is that it allows women to work. Before his reign,women were not allowed to work.

ii. Although the AKP Party won the elections in Turkey recently, this does not mean that Islam will rise in democracy, because democracy is the system of paganism.However, I say that I have heard talks said the scholars would like to see Turkey's AKP Party rule while winning the election in 2002. This is because some Islamicparties that won 1970 elections but did not implement the Islamic economic systemand not comprehensive.
iii. Do not mention Mustafa Kamal Laknatullah, an evil he shall not put the gross title'Laknatullah' because we are normal human beings.
Every word can be accepted and may be refused unless the words of the Prophet Muhammad Flowers.
Thank you.



Wednesday, June 29, 2011

Cut Cost atau Bekerja Lebih Masa?

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Semoga Tuan dan Puan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Semoga hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan sebaik-baik hari adalah hari kematian yang merupakan hari terakhir kita berada di dunia ini. Bak kata Saidina Ali, " Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya, hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakalah orang itu. Moga-moga kita sentiasa terdiri daripada golongan pertama.

Dalam merancang untuk menambah pendapatan kita, perlukah kita bekerja lebih masa untuk melmbuat simpanan atau melabur? Perlukah kita bekerja lebih masa setelah berpenat lelah bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang selama 5 hari seminggu? Mungkin ia ada baik dan buruknya. Baiklah cuba kita situasi berikut:

Pendapatan bulanan: RM3,000.00
Perbelanjaan bulanan: RM2,200.00
Simpanan: RM800.00

Adalah tidak begitu sukar sekiranya kita ingin menambah simpanan kita sebanyak 10% atau RM300.00 dengan memotong (cut cost) perbelanjaan tidak perlu dan simpanan kita akan menjadi RM1,100.00 seperti berikut:

Pendapatan bulanan: RM3,000.00
Perbelanjaan bulanan: RM1,900.00
Simpanan: RM1,100.00

Bagaimana sekiranya kita bekerja lebih masa untuk semata-mata untuk mencari duit tambahan RM300.00?Anda mungkin menghadapi risiko seperti kehilangan lebih banyak wang apabila perniagaan gagal atau lebih teruk lagi akan menghadapi masalah kesihatan dan menerima tekanan apabila bekerja lebih masa.

Duit lebihan ini boleh digunakan untuk membayar hutang-hutang dengan lebih cepat atau digunakan untuk menjana pendapatan pasif. Kebiasaannya, orang yang berkerja lebih masa, pendapatannya digunakan untuk membayar gaya kehidupan mereka apabila bertambah seperti membeli membeli kereta mewah yang semakin susut nilainya dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda semua perlu mempunyai kewangan IQ Kewangan yang tinggi supaya tidak terjebak dalam mengejar dalam gaya hidup mewah. Bak kata Saidina Ali," Ilmu menjaga engkau dan wngkau pula menjaga harta..." Wallhua'lam.

Sekian, terima kasih.

Hubungi

WAN KAMARUL


Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad


 






Friday, June 24, 2011

Antara Segulung Ijazah dan Kemahiran Softskill

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

1. Semoga Tuan dan Puan sentiasa dirahmati Allah sentiasa dan dilimpahan kurniaan rezeki setiap masa. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dalam menjalani kehidupan ini. Pekerjaan di luar sana sama ada di sektor kerajaan atau swasta memerlukan 2 perkara iaitu kelulusan ataupun kemahiran softskill yang tinggi.

2. Pekerjaan yang memerlukan kelulusan segulung ijazah adalah pekerjaan yang menuntut seseorang itu pakar atau mahir dalam sesuatu bidang contohnya dalam bidang guaman, perakaunan, pendidikan, teknologi maklumat dan sebagainya. Jika anda tidak mempunyai kelulusan di atas, maka anda tidak boleh menceburi bidang-bidang ini.

Bekerja di syarikat swasta memerlukan kemahiran softskill yang tinggi...

3. Berlainan pula dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran softskill yang tersendiri contohnya kemahiran komunikasi tersendiri. Kebiasaannya, bahagian jualan biasanya menuntut kemahiran softskill yang tinggi terutama bank-bank untuk yang mengeluarkan pinjaman kepada orang ramai. Anda memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi untuk terlibat dalam bidang jualan walaupun anda tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Anda boleh dinaikkan pangkat dengan cepat sekiranya jualan anda melepasi sasaran atau target syarikat dan anda tidak dikenali sebagai pembodek di dalam organisasi kerana semua orang menyanjungi anda.

4. Azizi Ali dalam bukunya Jutawan Ekstrem menyatakan sekiranya anda mencapai 1000% dari target sebenar jualan syarikat, anda dianggap sebagai lagenda. Persoalannya, bolehkah kita mencapai sasaran 1000% daripada sasaran kerja yang ditentukan? Saya mempunyai rakan yang merupakan bekas kakitangan AmBank di bahagian jualan. Dia menyatakan bahawa 3 bulan pertama, sesorang itu perlu mengeluarkan pinjaman sebanyak RM350,000. Pada bulan ke-4 hingga ke-6, seseorang perlu mencapai pinjaman sebanyak RM700,000. Ini adalah untuk lantikan secara kontrak. Sekiranya, anda tidak mencapai sasaran yang ditentukan, bank mengucapkan selamat tinggal kepada anda kerana kontrak anda sudah tidak diperbaharui. Apabila anda melepasi target di atas, anda dilantik secara tetap dan anda perlu mengeluarkan pinjaman sebanyak RM1 juta sebulan.

5. Mungkin untuk mencapai sasaran pinjaman sebanyak RM1 juta sebulan adalah bagi sukar bagi kita semua? Bagaimana pula sekiranya ada orang yang boleh mengeluarkan pinjaman sebanyak RM7-8 juta sebulan? Bukankah itu sudah dianggap lagenda? Menurut rakan saya lagi, memang ada pekerja yang berjaya mencapai sasaran pinjaman sebanyak itu. Ini adalah kerana pekerja tersebut mempunyai kaki-kaki atau networking yang kuat. Networking ini diperolehi daripada pelanggan-pelanggannya yang berada dalam Syarikat MLM yang menjadi lubuk untuk mendapatkan pelanggan. Oleh itu, pinjaman mudah dikeluarkan dengan banyak dan pihak syarikat berbangga dengan beliau.

Malangnya anda sekiranya anda dikenali sebagai pembodek di syarikat anda...

6. Benar seperimana yang dikatakan oleh Azizi Ali bahawa sekiranya anda mencapai jualan 1000% sasaran syarikat, anda akan dianggap sebagai lagenda. Syaratnya mudah sahaja, iaitu anda perlu mempunyai sistem yang tersendiri. Oleh itu, cuba cipta peluang yang baru di sekeliling anda untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Jangan membuat kerja dengan tanpa haluan seperti orang sasau kerana tertekan dengan target yang ditentukan oleh pihak syarikat.

7. Secara keseluruhannya, tidak kira anda berada di mana untuk bekerja sama ada di bahagian yang memerlukan kemahiran profesional atau softskill yang tinggi. Anda perlu mempunyai seni dalam membuat sesuatu kerja. Gunakan akal dengan bijak untuk menyelesaikan masalah kerja di sekeliling kita. InsyaAllah, kerja dapat disiapkan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 22, 2011

Bebas Riba

Bebaskan kewangan anda dari unsur riba...



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.


Semoga Tuan dan Puan sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan dengan kebaikanyang mendadak daripada pagi sehingga ke petang hendaknya. Setiap orang mempunyai perancangan tersendiri pendapatan yang diperolehinya sama ada bekerja sendiri ataupun makan gaji. Beza kedua-dua sumber pendapatan ini adalah sangat besar. Sekiranya saudara bekerja sendiri, setiap titik peluh saudara akan dibayar serta saudara boleh memperolehi pendapatan tanpa had. Berbeza pula dengan pula dengan bekerja makan gaji, saudara akan dibayar setiap bulan selagi saudara bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang selama 5 hari seminggu dengan majikan saudara. Namun begitu, saudara dibayar gaji tetap sama ada saudara kuat berkerja ataupun malas bekerja.


Persoalannya, ke manakah duit kita yang dibelanjakan? Rezeki yang baik adalah rezeki yang terdapat di hadapan mata kita. Ada sahabat saya yang bekerja suatu ketika dahulu bekerja di Jabatan Perangkaan. Dia menceritakan bahawa dia suka membuat tuntutan (claim) walaupun dia malas bekerja. Walaupun mendapat tuntutan yang tinggi, dia tidak tahu ke manakah wangnya dibelanjakan. Oleh itu, sebagai pekerja makan gaji kita perlulah menilai setiap sen duit kita yang diperolehi sama ada adakah kita melakukan kerja dengan baik ataupun tidak.


Perkara yang paling penting sekali ialah adakah kewangan kita adalah bebas daripada riba? Adakah kewangan kita bebas daripada pinjaman bank, kad kredit dan sebagainya? Hukumnya adalah haram menurut Islam. Ramai berpendapat sekiranya saya tidak membuat pinjaman bank, sampai bilakah saya akan kaya? Baiklah, saya ingin menceritakan bahawa ada seorang peniaga (dirahsiakan identitinya) yang telah membeli bangunan berharga RM80 juta secara tunai. Apabila ditanya apakah rahsianya berjaya dalam perniagaan, dia menjawab,"Saya tidak membuat pinjaman bank, kerana semua pinjaman bank adalah riba..." Melalui cerita ini, adakah kita tidak yakin dengan janji Allah untuk menolong kita sekiranya kita berpegang teguh dengan hukum Allah? Tepuk dada, tanya hati masing-masing.

Seterusnya, lengkapkan diri kita dengan membuat banyak pembacaan mengenai pengurusan kewangan kerana banyak godaan dan perangkap di luar sana yang sentiasa menanti untuk membaham duit kita. Bak ungkapan kata Saidina Ali," Ilmu itu menjaga engkau, dan engkau pula menjaga harta..."Apabila ilmu sudah banyak di dada, tiada siapa yang berupaya untuk memperbodohkan kita untuk mendapatkan duit kita.


Moga-moga kita terus memastikan pengurusan kewangan kita adalah seimbang antara rohani dan jasmani. Pengurusan secara rohani adalah penting supaya kita boleh mendapatkan pertolongan Allah apabila kita berada dalam kesukaran. Pengurusan secara jasmani pula diperolehi melalui pembacaan buku-buku kewangan dan pergaulan kita dengan orang yang berpengalaman dalam pengurusan kewangan. InsyaAllah, hidup kita selamat di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.


Sekian, terima kasih.