Thursday, July 21, 2016
Wednesday, June 29, 2016
Pengunduran Husni Hanadzlah Menimbulkan 1,001 Persoalan
Pengunduran
Husni Hanadzlah daripada kabinet Mohd. Najib menimbulkan 1,001 persoalan ketika
negara berdepan dengan cabaran isu 1MDB. Mohd. Najib ketika mengumumkan kabinet
baru beliau menyatakan bahawa Husni meletak jawatan kerana sebab-sebab
peribadi. Apa yang lebih penting lagi perletakan jawatan ini adalah jawatan
yang merupakan portfolio teras dalam kabinet – Kementerian Kewangan.
Jika
seseorang menjawat Menteri Kewangan penuh, maka beliau merupakan orang yang
ketiga paling berkuasa di Malaysia selepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri. Malangnya, pada hari ini Menteri Kewangan penuh dijawat oleh Perdana
Menteri sendiri.
Umum
mengetahui bahawa perletakan jawatan Husni adalah berhubungkait dengan isu 1MDB
di mana ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Kedua, beliau menjadi jurucakap
bagi isu ini. Sudah tentu beliau mengetahui selok-belok dan sepak terajang
dengan apa yang berlaku dengan krisis dalaman 1MDB ini.
Tidak
kurang daripada itu, selepas satu hari pengumuman kabinet baru Mohd. Najib,
Husni meletak semua jawatan dalam Umno dan juga BN – Bendahari Umno dan
Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak,
Ketua Umno Bahagian Tambun, dan Pengerusi Parlimen Tambun.
Jarang
sekali kita boleh melihat pemimpin-pemimpin di Malaysia berhenti ketika berada
di tengah-tengah puncak kuasa politik. Namun, mungkin apa yang berlaku kepada
Husni adalah kerana tidak mahu bersekongkol dengan kemungkaran apa yang berlaku
dalam kabinet mahupun parti Umno itu sendiri.
Berlainan
dengan Muhyiddin dan Mukhriz, Husni tidak mengambil jalan seperti kedua-dua
tokoh ini pergi menghentam Najib di depan khayalak umum. Natijahnya, maruah
kedua-dua orang pemimpin ini diaibkan apabila disingkirkan daripada Umno
sendiri yang sudah tentu sedang desperate dalam mengukuhkan kedudukan Presiden
dan perpaduan ahli-ahlinya dalam menghadapi PRU akan datang.
Kerjasama
politik dengan pembangkang merupakan satu tindakan murahan kerana mengharapkan
sokongan lawan sendiri bagi meraih simpati politik. Husni tidak mengambil jalan
ini apabila meletak noktahnya sendiri dalam kerjayanya dengan berundur secara
terhormat. Beliau tidak mengambil jalan berisiko dengan seseorang itu
digugurkan daripada kabinet
Dalam
politik, jasa-jasa seorang pemimpin boleh dikenang ataupun boleh dilupakan.
Pengunduran Husni adalah ketika masyarakat masih memerlukan khidmat beliau.
Jika semua menteri mengambil tindakan seperti beliau, sudah tentu amat sukar
bagi Mohd. Najib mencari pengganti yang boleh menutup dosa-dosa beliau.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
Tuesday, June 21, 2016
Najib Menang Bergaya, Dr. Mahathir Hanya Mengigit Jari
Memang ternyata. Kredibiliti Mohd. Najib dalam PRK pada kali ini memang teruji kerana mampu meraih majoriti yang lebih besar di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Walaupun dihimpit dengan 1,001 skandal pentadbiran negara, saudara Najib mampu menang dalam kedua-dua PRK ini. Motto 'cash is king' memang relevan dalam memacu survival politik beliau.
Rakyat secara umumnya tidak berminat dengan isu-isu 1MDB. Saya secara peribadi pun rasa meluat dan malas hendak melayan skandal-skandal kewangan ini. Apa yang rakyat hendak ialah tempat tinggal, makan minum, pekerjaan, cukup. Isu-isu peribadi jet Rosmah dan sebagainya tidak mampu untuk menambat hati rakyat untuk meraih undi.
Dari satu sudut yang lain, pembangkang pula berada dalam keadaan yang haru-biru kerana berpecah sesama sendiri. Benar kata-kata orang, sebelum mendapat kuasa bercakap macam pejuang. Selepas dapat kuasa, pecah semua tembelang.
Perpecahan di kalangan pembangkang sehinggakan wujudnya blok pembangkang ketiga memberi 1,001 rahmat kepada Mohd. Najib kerana wujudnya pertandingan 3 penjuru yang memberi kelebihan undi kepada BN. Sekiranya trend ini berterusan, keadaan ini memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi PRU akan datang. Bahkan untuk memperolehi majoriti 2/3 parlimen adalah tidak mustahil.
Apa yang lebih menarik, sokongan masyarakat cina semakin pulih walaupun pada tahap 35%. Saya percaya sokongan masyarakat cina yang semakin meningkat ini bukan disebabkan oleh perpecahan pembangkang tetapi kerana tindak balas hukuman GST kepada mereka yang dikenakan kepada golongan mereka yakni sebagai masyarakat peniaga.
Buat Dr. Mahathir, kita akan ketinggalan sekiranya kita tidak mahu berubah. Saya percaya Dr. Mahathir hanya mengigit jari melihat kejayaan Mohd. Najib dan terus menghentam Najib di dalam blognya meluahkan perasaan tidak puas hati. Hari-hari tua Dr. Mahathir akan berakhir dengan kekecewaan dan mungkin tidak lagi sebagai ahli Umno selama-lamanya.
Wallhua'lam.
Sempurna Solat, Sempurnalah Puasanya
Masyarakat pada hari ini amat memberatkan ibadat puasa berbanding dengan ibadat solat. Sehinggakan kadang-kadang budak-budak yang tidak berpuasa tidak boleh berada bersama dengan orang-orang yang berpuasa ketika ingin berbuka.
Nabi Muhammad s.a.w. menyeru kepada kita supaya mendidik anak kita supaya mendirikan solat ketika berumur 7 tahun dan hendaklah merotan kanak-kanak tersebut jika masih tidak mendirikan solat.
Malangnya, masyarakat hari ini amat memberatkan kanak-kanak berpuasa dan bukannya mendirikan solat. Sebab itu kadang-kadang terdapat orang yang berpuasa tetapi tidak mendirikan solat. Jika solat seseorang itu sempurna, maka ibadat puasa secara automatiknya akan dilaksanakan.
Wallhua'lam.
Tuesday, June 14, 2016
Monday, June 6, 2016
Adakah Kaum Arab Jahiliyah Menanam Bayi Perempuan?
Adakah kaum arab jahiliyah menanam bayi perempuan mereka?
Kita sudah tentu biasa mendengar perkara ini. Namun dari sudut, sejauh manakah logik ini - 'perbuatan menanam arab perempuan'?
Jika menanam anak perempuan sekalipun, bukankah kaum perempuan juga yang melahirkan anak-anak bangsa mereka yakni lelaki atau perempuan?
Bagaimana pula dengan nasib golongan ibu dalam kaum arab jahiliyah? Bukankah mereka juga melalui zaman bayi dan juga zaman kanak-kanak mereka? Adakah mereka langsung tidak dibunuh?
Perkara ini yang saya pertimbang-timbangkan. Jika anak-anak perempuan dibunuh, sudah tentu kaum arab tidak berkembang-biak sehingga hari ini.
Wallhua'lam.
Friday, June 3, 2016
Apabila Ahli-ahli Nujum Ramai Muncul di Musim PRK
Apa
yang menarik mengenai politik Malaysia ialah ramai ahli-ahli nujum atau peramal
yang muncul apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) sama ada di peringkat
Dun mahupun Parlimen. Peramal-peramal ini muncul daripada penganalisis politik,
pemerhati politik, ahli politik, blogger-blogger, dan sebagainya.Ahli-ahli
nujum ini ada yang meramalkan secara adil atau tanpa bias. Tidak kurang
daripada itu ada yang meramalkan penuh emosi atau kebencian terhadap parti
lawan masing-masing.
Sudah
pasti yang menjadi ‘punch bag’ dalam PRK kali ini di Kuala Kangsar atau Sungai
Besar ialah Mohd. Najib kerana beliau sarat dengan isu-isu atau skandal-skandal
kewangan yang melingkari beliau di samping dengan isu kepimpinan yang sering
menimbulkan pertikaian pada setiap hari.
Kredibiti
Mohd. Najib sebagai pengerusi Umno/ BN akan teruji dalam 2 PRK ini walaupun
dihambat dengan kemenangan kejayaan BN di Sarawak di bawah pimpinan Adnan
Satem. Namun, kredibiliti Najib dalam memulihkan keyakinan rakyat masih belum
teruji.
Di
dalam matematik, ia dikenal apa yang dipanggil sebagai kebarangkalian. Jika satu
kerusi yang disertai oleh dua orang untuk bertanding, maka terdapat kebarangkalian
menang dan kalah antara dua orang ini. Mungkin pembangkang menang. Atau mungkin
pihak kerajaan menang.
Namun,
apabila BN berjaya menang dalam PRK ini. Akan muncul telahan-telahan berikut.
(1) Najib berjaya memulihkan kepercayaan rakyat kepadanya. (2) 1MDB tidak menjejaskan
keyakinan rakyat kepada BN. (3) Pengaruh Tun Mahathir semakin merosot (4)
Rakyat semakin yakin terhadap BN, dan sebagainya.
Dalam
senario yang berbeza jika BN kalah dalam PRK ini maka telah-telahan yang
mungkin muncul ialah (1) Kepimpinan Najib sudah semakin lemah. (2) 1MDB menjadi
punca penolakan rakyat terhadap BN. (3) Harapan Tun Mahathir untuk
menyingkirkan Najib semakin cerah, dan sebagainya.
Drama-drama
atau wayang-wayang PRK sering mewarnai politik Malaysia dan seolah-olah ia
lebih besar daripada PRU sebenar kerana di sinilah seluruh kekuatan jentera
kerajaan dan pembangkang dapat dikumpulkan di sini untuk beradu antara satu
sama lain.
Wallhua’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

