Thursday, May 21, 2015

Dr. Mahathir Nak Tubuh Parti Baru Ke?


Biasanya orang-orang yang tubuh parti baru ni ialah orang-orang yang kecewa dengan Umno. Mana taknya rata-ratanya yang tubuh parti baru kebanyakannya adalah ex-Umno. Pkr dari Umno, Pas pun dari Umno, KITA pun dari Umno, Perkasa pun dari Umno, IKATAN dari Umno, Semangat 46 pun dari Umno, dan terbaru Dr. Mahathir pun nak tubuh parti baru.

Hei, betullah orang cakap. Umno adalah parti keramat. Dari Umno lahir lagi berbagai-bagai parti. Yang membezakan ialah survival parti itu sendiri itu untuk hidup dari semasa ke semasa. Al-maklumlah, kalau takda duit janganlah cuba nak tubuh parti-parti politik. Lagi-lagi nak PRU. Berjuta-juta makan belanja pasang sepanduk sana-sini. Tak masuk bagi upah pasang bendera kat jambatan sampai gaduh-gaduh ngan parti lawan. Silap wang pertaruhan hilang. Baik wak downpayment beli Iriz atau Viva je kan?

Berbalik kepada Dr. Mahathir tadi. Betul ke Tun nak tubuh parti baru? Tak habis-habis kecewa dengan Datuk Najib. Apa yang SNAD salute dengan Dr. Mahathir ini ialah main blog pun boleh jatuhkan Perdana Menteri (Pak Lah ler). Mana taknya. Sekali pos berjuta-juta orang baca. Tu pun belum kira lagi bila shared dalam Malaysiakini, masuk TV3, dll.  Pendek kata, Tun boleh mempengaruhi pendapat umum. Takut Najib pula jatuh kali ini kerana blog chedet.cc.
 
Apa kebarangkalian implikasi Dr. Mahathir tubuh parti baru?
1. Ahli Umno yang tak dapat projek atau kecewa tinggalkan parti Umno masuk Parti Tun Mahathir.
2. Parti Umno tinggal 2 orang aje – najib dan Rosmah serta ahli-ahli kabinet dapurnya (Termasuk Mat Maslan)                                       .
3. Keadaan masih sedia kala kerana tiada orang masuk parti baru Dr. M. (Parti baru meyakinkan ke?)
4. Dr. Mahathir memang perasan dia masih disokong ramai kerana PRU-13 menunjukkan pengaruhnya makin merosok kerana Umno terus kehilangan kerusi.
Datuk Najib tak bimbang ke? Ke nak main duduk diam je?         
http://wankamarul701.blogspot.com
 
 

Apabila Pas dan Umno Saling Memerlukan.


Haishhh.. apasal Tok Guru Haji Hadi tetiba memberikan sokongan kepada Datuk Najib ini lepas berbilion-bilion hilang. Tok Guru cakap Najib kena selesai sendiri masalah dia.

Agak-agaknya Najib nak selesai camana kalau dah bertong-tong duit rakyat sudah hilang? Bail-out semua ke 1MDB yang dah takda duit tu semua dengan duit rakyat etc. dengan duit Tabung Haji ke? Atau bagaimana?

Mahadei pula suruh Najeb letak jawatan. Sah-sah Najib tak nak letak jawatan kalau dah jadi orang nombor 1 negara. Apalagi Kak Ros tu dah control Najib sana-sini. Sekali-sekala SNAD tengok Mahadei macam nyanyuk juga asyik semua orang tak betul. Dia sorang saja yang betul. Kan gitew?

Lepas sehari Haji Hadi keluar statement, berbondon-bondonlah akhbar-akhbar utama siarkan statement Haji Hadi supaya Najib pertahan jawatan. Ada niat apa-apa ke?

Nah, SNAD yakin bahawa Pas tersempit dalam Pakatan apatah lagi Dap dah sah-sah tolak perjuangan hudud Pas. Kadang-kadang isu hudud menjadi senjata paling ampuh memecahkan Pakatan. Sudah tentu dalam konteks demokrasi, sokongan Umno amat-amat diperlukan buat masa ini buat Pas.

Di pihak Umno pula mereka terkongtang-kanting kerana sudah berduyun-duyun orang cina masuk sokong Dap. Apatah lagi harga barang asyik naik sahaja. Sapa nak sokong BN kalau keadaan macam ni. Betul orang cakap BN = Barang Naik. Ingat gaji kita orang nak buat bayar beli jet korang ke?

So, sokongan Pas amat diperlukan oleh Umno buat masa ini. Pegang sahaja Pas, maka penyokong-penyokong Pas secara otomatik akan sokong Umno. Kalau dah penyokong fanatik Pas, semua pemimpin Pas buat dikatakan betul. Doa Lim Guan Eng masuk Islam betul, duk kata Dap telah mengenal Islam, dll.. semua betul... Pemimpin Umno sahaja yang salah!!!

SNAD mungkin silap. Kadang-kadang Umno dan Pas perlu bergabung buat masa kini untuk kekuatan orang melayu sebenarnya. Apatah lagi Umno dan Pas sudah berada dalam keadaan lemah di pihak pakatan masing-masing. Sejarah pasti akan berulang. Dulu Umno dan Pas pernah bersatu. Tetapi akhirnya, Pas ditendang keluarkan dari BN.

Harap-harap lah kalau Umno dan Pas bersatu boleh melemahkan Dap. SNAD sebenarnya tak suka tengok Dap makin lama makin kuat. Orang-orang melayu duduk melolong duk sokong Dap. Sadisnya!!!
 
                        http://wankamarul701.blogspot.com         

Menulis 2 Perenggan 1 Hari


 
Berapa mukasurat kita nak menulis setiap hari?

10 mukasurat?

5 mukasurat?

3 mukasurat?

1 mukasurat?

Kalau menjadi penulis sepenuh masa, boleh terbitkan buku setiap 2 bulan sekali. Itu kalau menjadi penulis sepenuh masa.

Kalau Pak Latep penulis novel sejarah PTS, sekali bersin sahaja (terbit buku baru) 3 kali cetak..

Bagaimana kalau kita asyik sahaja dengan kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang?

Nak tulis berapa mukasurat sehari? Lagi-lagi kalau nak target sale buku menjadi bestseller. (Kalau Malaysia ni, buku bestseller jualan dia lebih 10,000 dalam masa setahun.)

So, ini tip untuk penulis part-time yang saya cuba lakukan iaitu menulis 2 perenggan sahaja sehari. Senang bukan? Sebulan pun paling kurang boleh tulis 40 perenggan (tolak 10 hari tak boleh menulis sebab ada hal lain). Anda bagaimana? Boleh nak cuba?

Seorang penulis tidak boleh mengatakan dia tak da masa. Kalau anda kata anda tak da masa nak menulis, sebenarnya anda tidak memberi peluang diri anda untuk menjadi penulis.

Terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, May 9, 2015

Jangan Pandang Rendah Terhadap Nilai Wang RM100


 

Percayalah! Sekiranya anda suka menasihati orang, sebenarnya anda juga sedang menasihati diri sendiri. Begitulah juga dengan penulisan, jika anda menasihati orang, anda sebenarnya sedang menasihati diri sendiri.

Manusia juga tidak terlepas daripada sikap lupa. Malah perkataan ‘insan’ (makna manusia dalam bahasa arab) berasal daripada perkataan ‘sayan’ yang bermaksud lupa. Oleh itu, tidak mengapa jika saya menyebut semula perkara yang telah saya sebut sebelum ini.

Masa sekarang adalah masa semua penjawat awam mahupun swasta mendapat kenaikan gaji tahunan. Ada yang dapat RM100, RM200,RM500, RM1000, dan sebagainya. Bergantung kepada pangkat masing-masing.

Apa yang ingin saya cuba highlight kan di sini ialah kita perlulah mengharga setiap sen wang kita apatah lagi mendapat kenaikan gaji tahunan saban tahun. Anda jangan fikir bahawa nilai RM100 tiada apa-apa.

Katakan begini. Anda mendapat kenaikan gaji tahunan RM100 sebulan. Anda mungkin lihat RM100 tiada apa-apa.

Baiklah. Cuba anda darabkan RM100 dengan 12 bulan dan didarab pula dengan baki tahun yang anda akan bersara lagi. Katakan baki tahun untuk anda berkhidmat tinggal 25 tahun lagi. Jadi :

                               RM100 x 12 bulan x 25 tahun = RM30,000!!!       

Ini baru 1 kenaikan untuk tempoh setahun sahaja. Belum lagi dikira kenaikan tahunan pada masa akan datang iaitu untuk 25 tahun lagi. Katakan anda menyimpan RM100 setiap kali mendapat kenaikan tahunan untuk tempoh 5 tahun akan datang.

                               RM500 x 12 bulan x 20 tahun = RM120,000!!!     

Dalam buku saya iaitu Biar Sedikit, Asal Diberkati, saya menerangkan Prinsip Sesendal Baji iaitu menyimpan separuh kenaikan tahunan. Kesannya ialah simpanan anda akan menjadi berganda selepas itu. Ini belum ditambah lagi dengan faedah kompaun jika anda menyimpan wang anda di tempat-tempat pelaburan tertentu.

Ringkasnya, hargai wang anda. Kesilapan ramai orang ialah inginkan jumlah wang yang besar terus. Sekaya-kaya manusia dengan wang, mereka pun bermula dengan langkah pertama terlebih dahulu. Hargai setiap sen wang anda mulai sekarang!

Terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2015

Ayat-ayat al-Quran untuk Renungan Bersama


1. Mengapakah ujian seberat ini ke atas diriku?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”al-Baqarah : 286

2. Apakah kita sudah betul-betul beriman kepada Allah  s.w.t.?     

“Apakah manusia mengira bahwa mereka dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” al-Ankabut : 2           

3. Adakah kita menggunakan anggota-anggota badan kita untukNya?

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” al-A’raf : 179 

4. Alangkah singkatnya masa berada di dunia ini…

“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari.” Al-Naaziat : 46

5. Apabila tibanya ajal, ia tidak akan diawalkan atau dilewatkan walaupun sesaat…

“Dan Allah tidak akan menangguhkan seseorang apabila datang ajalnya. Dan Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal) akan apa yang kamu kerjakan.” al-Munafiqun : 11

 

 

Friday, April 17, 2015

Engkau Tidak Keseorangan

Puisi buat orang tua kita, Tun Dr Mahathir



ENGKAU tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam kebisingan
Amanatmu tidak boleh disekat dihalang
Atau dilenyapkan oleh genderang perang.

Biarkan mereka meniupkan nafiri
Mendabik dada menunjuk berani
Biarkan mereka julang sang dewata
Biarkan mereka bersumpah setia
Menyanyikan lagu-lagu cinta
Sambil berkata:
“Kami cintakanmu sang dewata.”

Biarkan dia dijulang sejuta manusia
Biarkan dia disanjung demi kuasa
Biarkan dia dipuja kerana wang berjuta
Kerana engkau lebih besar daripada itu
Engkau tidak perlu puji dan puja palsu.

Engkau tidak keseorangan
Suaramu tidak hilang dalam keriuhan
Amanatmu tidak pudar kerana cemuhan
Atau dilenyapkan oleh sejuta tuduhan.

Biarkan mereka mengutuk mencacimu
Biarkan mereka menyumpah seranah namamu
Memanggilmu orang tua gila
Kerana azammu membela bangsa dan negara
Kerana pedulimu kepada rakyat jelata.


Biarkan mereka mendabik dada
Biarkan mereka tunjuk perkasa
Kerana kekuatanmu bukan pada senjata
Bukan pada penyokong palsu berjuta
Bukan pada kedudukan dan kuasa
Tetapi pada azam sekeras waja
Pada minda yang tiada taranya.

Engkau keseorangan ..bersendirian?

Jauh sekali, umpama air dengan api


Engkau punya ramai kawan dan teman
Engkau punya anak-anak yang cintanya sejati
Generasi yang engkau didik dan besarkan
Dengan idealisme dan perjuangan
Merekalah bala tenteramu
Merekalah pengarak panji-panjimu
Merekalah peniup nafirimu
Merekalah pemalu genderang perangmu.

Perjuangan-mu belum selesai
Bahtera kita dilanda ombak badai
Bahtera merdeka pusaka ibunda
Yang kita bina dengan keringat dan air mata
Berdosalah kita seandainya ia terkandas
Dirampas dirampok tangan-tangan ganas.

Anak-anakmu masih ingat luahan hatimu
“....Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan.”

Perjuanganmu belum selesai
Jangan biarkan hati anak-anakmu terlerai
Jangan biarkan negara kita hancur berkecai
Insya-Allah hasrat murni kita akan tercapai.
 

Sumber : Datuk A Kadir Jasin

Mungkinkah Doa Allahyarham Fadzil Noor Telah Dimakbulkan?


Di dalam kita sibuk mengikuti berita-berita semasa berhubung dengan serangan Dr. Mahathir Mohammad ke atas kepimpinan Mohd. Najib, adakah kita pernah berfikir di sebalik sebab-musabab yang berlaku ini? Sesungguhnya Tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu peristiwa yang berlaku dengan sia-sia tanpa mempunyai sebab dan hikmahnya tersendiri.

Saya tidak ingin mengulas mengenai serangan Dr. Mahathir ke atas kerajaan pimpinan Mohd. Najib seperti kes pembunuhan Altantuya, 1MDB, dan sebagainya. Jika saya menyebut kembali perkara-perkara ini seolah-olah saya menjadi pengulas berita sahaja.

Apa yang ingin saya sebutkan di sini ialah mengenai doa Allayarham Ustaz Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) iaitu beliau mendoakan supaya Dr. Mahathir dipanjangkan umur supaya beliau dapat melihat kemusnahan yang telah dibuat oleh tangannya.

Apakah yang dimaksudkan oleh Fadzil Noor dengan kemusnahan yang telah dibuat oleh Dr. Mahathir yang mungkin tidak dapat dilihat dan disedari oleh orang ramai lantaran banyak kejayaan yang dibina dan dipacu oleh Dr. Mahathir ketika menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia?

Jika kita melihat kembali sejak persaraan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, beliau tidak pernah duduk diam mengkritik Perdana Menteri yang datang selepasnya. Selepas Abdullah dijatuhkan, kemudian tiba giliran Mohd. Najib yang ingin beliau jatuhkan.

Sampai bila Dr. Mahathir akan mengkritik dan terus mengkritik kepimpinan kerajaan memerintah?

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.com