Tanggal malam 9 Mei 2018, rakyat Malaysia
bersorak gembira kerana telah dapat menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional
pimpinan Najib Razak. Saya percaya bahawa rata-rata rakyat Malaysia berasa
gembira kerana diharap kerajaan baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH)
dapat membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Saya percaya bahawa ramai orang-orang Melayu di luar sana yang telah menangis
dalam diam apabila melihat sikap pemimpin bukan Islam khususnya Cina dan India
menunjukkan sikap belang dan durjana masing-masing.
Sikap-sikap liar pemimpin kerajaan bukan
Islam ini cuba menodai kesucian agama Islam dan juga hak keistimewaan orang
Melayu. Sikap biadap Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan terserlah apabila memberikan
peruntukan yang sama bagi sekolah agama berbanding dengan sekolah-sekolah
vernakular yang lain yang sekali gus menunjukkan agama Islam sebagai agama
rasmi negara sudah tidak dihormati lagi. Manakala sekolah-sekolah persendirian
juga diberi peruntukan dalam belanjawan tahun 2019.
Begitu juga perjuangan pemimpin bukan Islam
yang ingin melaksanakan ICERD di negara yang secara tidak langsung menghapuskan
kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Apa lebih malang lagi,
pelaksanaan ICERD ini akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu atau
Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan supaya orang Melayu
yang dahulu dihormati sebagai tuan rumah negara ini dianggap sama taraf sahaja
dengan kaum-kaum pendatang lain.
Saya pasti ramai yang menyesal menyokong dan
mengundi PH pada PRU yang lepas. Harapan untuk melihat Dr. Mahathir untuk
mengemudi kerajaan PH dengan baik juga tidak kesampaian kerana parti cap bunga
beliau sendiri merupakan parti paling kecil bilangan kerusi parlimennya dalam
PH. Saya percaya orang-orang Cina DAP hanya menggunakan Dr. Mahathir untuk
menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang kononnya kuat mengamalkan rasuah. Walaupun
diberi jawatan Perdana Menteri, berapa sangatkan usia untuk memegang jawatan
ini sekiranya sudah berumur 93 tahun?
Dr. Maszlee yang dianggap sebagai
cendikiawan pula hanyut dengan cita-cita mat jeninnya apabila menjawat Menteri
Pendidikan. Beliau sibuk dengan kasut dan stokin sekolah sahaja tanpa
memikirkan untuk menambah kualiti sistem pendidikan kita pada hari ini. Idea-ideanya
kelihatan amat bodoh sekali apabila ingin membina stesen minyak dalam kampus
universiti.
Begitu juga dengan PTPTN. Kerajaan PH juga
rupa-rupanya menabur janji palsu kononnya untuk menghapuskan pinjaman PTPTN. Janji
tinggal janji. Rupa-rupanya rakyat masih diwajibkan untuk membayar hutang ini
sama ada ianya manifesto ataupun manitomato.
Senario harga barang pada hari ini juga
menunjukkan GST bukanlah faktor harga keperluan asas terus naik. Akan tetapi,
ia adalah kesan daripada tindak balas ekonomi dunia. SST yang dilaksanakan oleh
Kerajaan PH dilihat sebagai terus menekan rakyat kerana kos sara hidup pada
hari ini terus naik.
Kita ibarat rakyat Iraq yang kononnya dahulu
bekerjasama dengan Amerika Syarikat yang ingin menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein.
Akibatnya, rakyat Iraq terus merana selepas Saddam digulingkan. Begitu juga
dengan PRU-14 yang lepas. Kita begitu ghairah ingin menumbangkan Barisan
Nasional. Malangnya, kita sendiri ditipu oleh Kerajaan Pakatan Harapan atau
lebih tepat lagi ditipu oleh mainan politik Tun Dr. Mahathir.
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment