Meminjam kata-kata Hishamuddin Rais – A
Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin sebenarnya merupakan penulis upahan UMNO.
Walaubagaimanapun, A Kadir Jasin tidak lagi menjadi ahli Umno dan Zainuddin
Maidin masih kekal menjadi ahli Umno walaupun parti itu sentiasa dilanda krisis
rasuah yang kian meruncing. Parti ini sudah dijadikan oleh Najib dan gang-gangnya
sebagai mesin ATM mereka dalam memperkayakan diri dan kaum kerabat mereka.
Sudah pasti kedua-dua ini menjadi penulis
upahan Umno ketika zaman pemerintahan Dr. Mahathir.
Berbalik kepada A Kadir Jasin dan Zainuddin
Maidin, tidak dinafikan bahawa kualiti penulisan dan tulisan mereka mempunyai
kelasnya yang tersendiri. Zainuddin Maidin yang hanya bermula sebagai stinger
Utusan Melayu tidak menyangka bahawa beliau akhirnya menjadi Ketua Pengarang
Utusan Melayu suatu hari nanti dan mencapai hierarki dalam politik sebagai
Menteri Penerangan. Namun, Zainuddin Maidin atau Zam menganggap Utusan Melayu
sebagai universitinya kerana beliau sendiri tidak pernah menjejaki kaki ke
university.
Bak kata Syed Qutb, “Satu peluru boleh
menembus satu kepala manakala satu tulisan boleh menembusi jutaan manusia.”
Kedua-dua penulis ini memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi pendapat umum terhadap isu politik semasa. Sudah
tentu dalam menyebarkan dakyah propaganda kerajaan peranan mereka ini tidak
dapat diketepikan begitu sahaja.
Kedua-duanya yakni A Kadir Jasin dan Zam mempunyai
kelebihan dan kekuatan penulisannya yang tersendiri. A Kadir Jasin mempunyai
analisa yang mantap dalam menceritakan perkembangan dan naik turun ekonomi
kepada masyarakat. Bacaan-bacaan akhbar antarabangsa mengenai iklim ekonomi
dunia yang dianalisa dengan mendalam turut menambah kejituannya apabila
membicarakan mengenai ekonomi semasa. Tambahan pula pengalaman bersama dengan
orang-orang politik ternama negara sepanjang kerjaya kewartawanannya memberi
kelebihan kepada beliau untuk menambah harta intelek dalam penulisan beliau.
Manakala Zam pula mempunyai caranya
tersendiri apabila dalam menyusun bait-bait ayat-ayatnya dari setiap perenggan
ke setiap perenggan yang lain. Bak kata Hamka, penulisan yang baik itu adalah
menyalahi tatabahasa penulisan. Apabila terdapat kesalahan tatabahasa, sudah
tentu sesuatu penulisan itu akan nampak daripada yang lain. Dalam hal ini, saya
amat teruja dengan gaya penulisan Zam yang kadang-kadang menyalahi tatabahasa
dalam penulisannya.
Mereka ini adalah penulis-penulis yang
terkenal di zaman kegemilangan Umno dahulu. Apabila Umno sudah lemah sekarang
kerana terpalit dengan skandal-skandal, tiada lagi penulis upahan Umno yang
disifatkan oleh Hishamuddin Rais yang dilahirkan sekarang. Di pihak
pembangkang, mereka pun tiada penulis yang berkualiti yang berkredibiliti
seperti A Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin. Yang mereka tahu di pihak
pembangkang ialah duduk maki-hamun pemimpin-pemimpin kerajaan.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment