Banyak penulis menulis banyak buku dalam banyak bidang dan subbidang.
Sebagai contoh, dia menulis buku motivasi, buku pengurusan, buku isu-isu
semasa, buku biografi tokoh dan seterusnya. 
Lazimnya penulis
jenis ini tidak berhasil menjana pendapatan tinggi daripada royalti setiap buku
itu. Dia mendapat sedikit royalti daripada tiap-tiap judulnya. Setiap kali dia
memerlukan wang, dia terpaksa menulis buku baru.
Cara yang betul bagi
menjana pendapatan tinggi adalah dengan menulis banyak buku di bawah bidang yang
sama. Sebagai contoh, katakanlah saudara menulis dalam bidang komunikasi
interpersonal, tulislah buku-buku yang isi kandungannya bertindan antara satu
sama lain. Lihat contoh-contoh di bawah:
- Panduan
      Komunikasi di Tempat Kerja
 - Panduan
      Komunikasi untuk Pemimpin dan Ketua
 - Panduan
      Komunikasi Kekeluargaan
 - Panduan
      Komunikasi Bisnes
 - Panduan
      Komunikasi Lelaki-Perempuan
 - Panduan
      Komunikasi untuk Guru
 - Panduan
      Komunikasi untuk Pendakwah
 - Panduan
      Komunikasi untuk Perkhidmatan Kaunter
 - Panduan
      Komunikasi untuk Perkhidmatan Pelanggan
 - Panduan
      Komunikasi dalam Organisasi
 - Panduan
      Komunikasi untuk Pekerja Sosial
 - Belajar
      Berkomunikasi
 - Teori-Teori
      Komunikasi
 - Panduan Komunikasi Efektif, dan banyak lagi.
 
Apabila saudara
menulis siri buku dalam bidang dan sub-bidang yang sama, banyak bahan-bahan
dalam buku itu yang dapat saudara gunakan berkali-kali, bagi menghasilkan
beberapa buku. Bahagian teori dan prinsip-prinsipnya adalah bahan yang dapat
digunakan dalam beberapa buku. Hanya contoh-contoh aplikasinya yang disesuaikan
dengan tajuk yang berlainan.
Inilah cara yang
betul bagi menghasilkan banyak buku dalam masa singkat. Jangan menulis buku
dalam pelbagai bidang di mana setiap bahagian buku itu harus ditulis baru. 
Jika saudara
melakukan cara yang tidak betul itu, saudara tidak dapat menghasilkan banyak
buku dalam masa setahun. Isi kandungan dan analisis yang saudara kemukakan
dalam buku-buku itu juga tidak mendalam, oleh itu tidak meningkatkan
kredibiliti saudara.
Dari sudut mencari
penerbit pula, saudara terpaksa mencari beberapa penerbit yang berlainan bagi
setiap buku saudara. Apabila diterbitkan, buku-buku saudara itu akan diletakkan
di rak-rak yang berbeza dalam kedai-kedai buku, mengikut topik tiap-tiap buku.
Disebabkan saudara menerbitkan buku dengan banyak penerbit, saudara tidak akan
diberi layanan istimewa oleh mana-mana penerbit saudara.
Apabila buku-buku saudara itu semuanya berkenaan satu topik utama,
buku-buku itu dapat dipromosi dan dijual sebagai satu set oleh penerbit. Cuba
lihat buku-buku dalam kedai-kedai buku. Lihat bagaimana penerbit-penerbit buku
berlumba-lumba mempamerkan set-set buku mereka.
Sumber : universitipts.com
No comments:
Post a Comment